Jumlah pelawat :  
Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login

Faedah Sebagai Ahli KWSP

 

Penambah Simpanan Akaun 1

Penambahan Simpanan Akaun 1 merupakan kemudahan yang disediakan untuk meningkatkan simpanan  persaraan ahli di samping menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan.  Melalui kemudahan ini, keluarga ahli boleh sama-sama membantu menambah simpanan persaraan bagi pihak ahli secara sukarela dengan cara Penambah  membuat bayaran caruman tambahan kepada Penerima. Penambahan Simpanan Akaun 1 boleh dibuat oleh: 

1.

Suami kepada Isteri

2.

Isteri kepada Suami

3.

Anak-anak kepada Ibu bapa

4.

Ibu bapa kepada anak-anak  

 

Syarat-syarat Penerima Simpanan dan Penambah Simpanan adalah seperti berikut:

Penerima Simpanan

Penambah Simpanan

  • Menjadi Ahli KWSP
  • Berstatus warganegara Malaysia ATAU Pemastautin Tetap Atau Bukan Warganegara yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998
  • Belum mencapai umur 55 tahun

Tidak semestinya berdaftar sebagai ahli KWSP

Penambahan simpanan boleh dibuat setiap bulan di kaunter KWSP tertakluk kepada had maksimum RM60,000.00 setahun.

Manfaat Persaraan

Simpanan KWSP adalah simpanan untuk persaraan anda. Simpanan ini terdiri daripada caruman bahagian pekerja dan majikan dan ditambah oleh dividen tahunan setiap tahun.

Apabila anda mencarum 8% daripada gaji anda dengan KWSP, majikan anda akan menambah 12% atau 13% lagi caruman daripada gaji anda (kadar caruman ini tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh kerajaan).

Bagaimanapun, anda atau majikan atau kedua-duanya boleh mencarum melebihi kadar berkanun yang ditetapkan. Oleh itu, jika anda tidak mencarum, anda akan kehilangan manfaat persaraan tersebut.

Dividen

Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.5%.

Dividen ke atas setiap akaun ahli dikira berdasarkan agregat baki harian (aggregate daily balance).

Dividen Simpanan Shariah

Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.
 

Bantuan Hilang Upaya Dan Bantuan Kematian

Bantuan Hilang Upaya dan Bantuan Kematian adalah tanda simpati KWSP yang dibayar kepada ahli/penjaga atau waris ahli bagi meringankan beban kewangan apabila ahli mengalami hilang upaya ataupun meninggal dunia. Bayaran ini bukanlah daripada simpanan ahli tetapi hasil daripada pendapatan pelaburan KWSP. 

Bantuan Hilang Upaya (Pengeluaran Hilang Upaya)

Bantuan Hilang Upaya dibayar kepada ahli yang hilang pekerjaan disebabkan oleh hilang upaya dan telah membuat Pengeluaran Hilang Upaya. Jumlah Bantuan Hilang Upaya adalah sebanyak RM5,000.00. Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja dan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  •  Ahli belum mencapai umur 55 tahun;
  • Memohon Pengeluaran Hilang Upaya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh tamat perkhidmatan atau hilang pekerjaan;
  •  Tempoh perkhidmatan akhir hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan;
  • Ditamatkan perkhidmatan disebabkan tidak berupaya untuk bekerja dan bukan atas sebab sukarela atau tindakan disiplin.

Bantuan  Kematian (Pengeluaran Kematian)

Bantuan Kematian dibayar kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli apabila Pengeluaran Kematian dibuat.  Bayaran kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli adalah mengikut budi bicara KWSP. Jumlah Bantuan Kematian adalah sebanyak RM2,500.00. Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja dan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Ahli belum mencapai umur 60 tahun semasa kematian;
  • Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan daripada  tarikh kematian ahli.

Pelepasan Cukai Pendapatan

Caruman KWSP mendapat pelepasan cukai sehingga jumlah maksimum RM6,000.00 tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa (termasuk pelepasan untuk bayaran premium insurans nyawa). 

Anda tidak perlu membayar cukai pendapatan ke atas simpanan yang anda keluarkan di bawah pengeluaran simpanan KWSP.  Selain itu, pulangan pelaburan KWSP juga terkecuali daripada dikenakan cukai.