Jumlah pelawat :  

Penamaan & Kepentingan Penamaan

Penamaan merupakan proses ahli menamakan penama di kalangan:-
Individu; ATAU
Institusi yang diluluskan
 

Kelayakan Penamaan

1. Ahli berumur 18 tahun dan ke atas; ATAU

2. Warganegara Malaysia; ATAU

3. Jika bukan warganegara Malaysia;
(i) Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
(ii) Telah mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

 

Penama

PENAMA AHLI BERAGAMA ISLAM AHLI BUKAN BERAGAMA ISLAM
Individu
Mana – mana individu
(ahli dinasihatkan menamakan waris terdekat seperti suami, isteri, anak – anak atau ibu/bapa)           
Mana – mana individu
(ahli dinasihatkan menamakan waris terdekat seperti suami, isteri, anak – anak atau ibu/bapa)
Institusi Yang Diluluskan Boleh menamakan Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama*
1. Boleh menamakan Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama*
2. Boleh melantik ARB sebagai Pemegang Amanah kepada penama yang di bawah umur 18 tahun
* sekiranya ahli memilih untuk menamakan ARB sebagai penama, ARB adalah Pentadbir kepada SEMUA (100%) bahagian simpanan ahli.
 

Tanggungjawab dan Status Penama/Pemegang Amanah 

PENAMA/ PEMEGANG AMANAH AHLI BERAGAMA ISLAM AHLI BUKAN BERAGAMA ISLAM
Tanggungjawab Penama/ Pemegang Amanah Sebagai Wasi / Pentadbir yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada waris – waris yang berhak mengikut Undang – Undang Islam
1. Jika menamakan individu: Individu adalah Penerima mutlak (benefisiari) kepada simpanan ahli yang meninggal dunia
2. Jika menamakan ARB: ARB merupakan Pentadbir kepada simpanan ahli yang meninggal dunia
3. Jika melantik ARB: ARB sebagai Pemegang Amanah kepada penama di bawah umur 18 tahun.
Status Penamaan Ahli Penama meninggal dunia sebelum atau selepas kematian ahli. Penamaan tersebut adalah terbatal dan pemohon yang layak adalah waris terdekat ahli.
1. Penama meninggal dunia sebelum kematian ahli, pemohon yang layak adalah waris terdekat ahli.
2. Penama meninggal dunia selepas kematian ahli, pemohon yang layak adalah waris terdekat penama.

 

Kaedah Membuat Penamaan
 
Penamaan boleh dibuat oleh ahli dengan melengkapkan KWSP 4 dan mengemukakan sendiri di mana-mana Cawangan di seluruh negara.
 
Dokumen-Dokumen Penamaan
 
NAMA DOKUMEN WARGANEGARA/ PENDUDUK TETAP (PR)
BUKAN WARGANEGARA
(Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998)
Borang Penamaan (KWSP4)
Salinan Kad Pengenalan Awam / Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) /    Kad Pengenalan Tentera  
Salinan passport yang sah laku  
Salinan dokumen pengenalan diri penama-penama*
* Tidak terpakai bagi ahli yang melantik ARB sebagai penama 
 

Semakan Maklumat Penamaan 

Ahli boleh membuat semakan penamannya melalui saluran berikut:
i-Akaun (Ahli)
Aplikasi mudah alih
Hadir sendiri ke mana-mana cawangan KWSP
 

Pengemaskinian Penamaan 

Penamaan boleh dikemas kini dari semasa ke semasa dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4) yang baru. Penamaan baru akan membatalkan penamaan ahli yang terdahulu.

Pembatalan Penamaan 

Penamaan yang dibuat terbatal sekiranya :
*Penama meninggal dunia semasa ahli masih hidup
Ahli mengemukakan Borang Pembatalan Penamaan (KWSP 4A)
Ahli membuat penamaan baru dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4)
Bagi ahli beragama Islam  (Penamaan yang dibuat mulai 1 Januari 2017):
          - *Penama belum mencapai umur 18 tahun ketika permohonan pengeluaran kematian dibuat oleh penama/waris;
              ATAU
          - *Penama tidak membuat permohonan pengeluaran dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kematian ahli.
             *Nota : Terbatal untuk bahagian penama berkenaan sahaja
Penamaan sebelum 1 Februari 2008 TERBATAL, sekiranya ahli membuat Pengeluaran Umur 55 Tahun (kesemua simpanan) pada atau sebelum 1 Februari 2008

 

Pertanyaan

Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai penamaan, sila hubungi :

Mana-mana Pejabat KWSP yang berhampiran
Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP. Tel: 03-89226000
Maklum balas online, http://enquiry.kwsp.gov.my
 
Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan Diri anda apabila berurusan dengan KWSP.
 
"NAMAKAN PENERIMA SIMPANAN KWSP ANDA HARI INI JUGA"

Anda Keutamaan Kami