Members Login
e-Pengeluaran


Business Partners Login

Ahli Ahli

Jumlah pelawat :  

Web Mobile myEPF

Pengguna yang mengakses laman web myEPF menggunakan alamat www.kwsp.gov.my melalui telefon mudah alih yang mempunyai kemudahan internet akan mendapat paparan versi mobile. Ahli boleh login seperti biasa menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan i-Akaun untuk mengakses akaun online KWSP masing-masing.
Kemudahan ini disediakan untuk i-Akaun Ahli sahaja. Bagi i-Akaun Majikan, akses ke versi penuh myEPF diperlukan untuk login ke i-Akaun. Pautan untuk mengakses versi penuh myEPF turut disediakan di skrin.

Aplikasi Mobile

KWSP juga menawarkan aplikasi mobile kepada pengguna iaitu EPF i-Akaun dan e-Caruman bagi kemudahan pengguna untuk mendapatkan maklumat melalui peranti elektronik (telefon pintar/ tab). Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Playstore dan App Store.
Kini, ahli KWSP yang mempunyai i-Akaun boleh menyemak penyata tahunan dan maklumat profil melalui aplikasi ini. Manakala majikan KWSP yang mempunyai i-Akaun boleh melakukan penghantaran Borang A berserta bayaran melalui aplikasi Mobile e-Caruman.

 

Tarikh Kemaskini: 15 November 2016

Tarikh Semakan: 15 November 2016