Print

KWSP Limbang Berpindah Ke Lokasi Baru

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Limbang berpindah ke Lot 1565, Tingkat Bawah, Jalan Buangsiol, 98700 Limbang, Sarawak mulai 14 Februari 2011 bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada ahli.

“Ahli adalah keutamaan KWSP, oleh itu KWSP telah mengambil keputusan memindahkan cawangan Limbang ke premis baru yang lebih selesa dan mudah dikunjungi ahli. Ini selaras dengan objektif KWSP untuk mendekati ahli dengan lebih berkesan,” kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Encik Nik Affendi Jaafar.

KWSP Limbang akan terus menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan seperti menerima permohonan pengeluaran, menyedia dan menerima pelbagai borang KWSP daripada ahli dan majikan, membekalkan penyata kira-kira ahli, mengendalikan pertanyaan dan aduan pelanggan, serta memberikan khidmat nasihat mengenai perkhidmatan KWSP.

Waktu operasi kaunter bermula dari pukul 8.15 pagi hingga 4.45 petang, Isnin hingga Jumaat.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana pencen terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

Tarikh: 11 Februari 2011

Jumlah pelawat :