Print

83 Majikan Didakwa Di Bawah Akta KWSP 1991

Lapan puluh tiga majikan telah didenda oleh mahkamah sebanyak RM302,500 dari bulan Julai hingga September 2002 kerana tidak mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Denda tersebut berjumlah di antara RM1,000 hingga RM24,000 adalah atas kesalahan di bawah Seksyen 43(2), Akta KWSP 1991.

Denda paling tinggi sebanyak RM24,000 dikenakan ke atas majikan Zoomlink Holding Sdn. Bhd., Johor Bahru dan Projass Engineering Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor. Sri Ternak Wilayah Sdn. Bhd., Rawang, Selangor telah didenda sebanyak RM15,000. Strength Piling & Construction Sdn. Bhd., Petaling Jaya; Lucksoon Contract Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor dan Therma Industrial Boilers & Vessels Sdn. Bhd., Rawang, masing-masing dikenakan denda sebanyak RM12,000. Mechatronic Engineering Sdn. Bhd., Kajang, Selangor dikenakan denda sebanyak RM10,500 dan L.S Rubber Sdn. Bhd., Kulai, Johor pula dikenakan denda sebanyak RM7,500.

Sementara itu, tiga majikan didenda sebanyak RM6,000 iaitu Univas Switchgear Sdn. Bhd., Shah Alam; Omniwise International Sdn. Bhd., Ampang, Selangor dan Precision Plastic Industries Sdn. Bhd., Johor Bahru.

Trans Floral Design Centre, Kuala Lumpur telah dikenakan denda sebanyak RM5,500 dan Aseania Travel & Tours Sdn. Bhd., Kuala Lumpur dan Aki Beranang Sdn. Bhd., Kajang, masing-masing dikenakan denda sebanyak RM5,000. Sonia Alu Casting, Kulai, telah dikenakan denda sebanyak RM4,500.

Lapan majikan telah dikenakan denda sebanyak RM4,000 ialah RBK Town Planning Consultants, Johor Bahru; KL Catering Sdn. Bhd. dan Aznan Jaya & Co dari Ampang; Leader Injection Moulding Sdn. Bhd., Johor Bahru; United Moulding Sdn. Bhd., Tapah, Perak; Everyday Ceramic Mfg Sdn. Bhd. dan Foh Huat Engineering dari Ipoh, Perak dan Samavest Sdn. Bhd., Langkawi, Kedah.

Cotvt Industries Sdn. Bhd., Marang, Terengganu dan Cardigan Guard Sdn. Bhd., Kuala Terengganu dikenakan denda sebanyak RM3,600 dan RM3,500.

Seramai sembilan majikan dikenakan denda sebanyak RM3,000 ialah Mechtric Services Sdn. Bhd. dan Perniagaan Lean Seng dari Kuala Terengganu; Ling Dynamic Sdn. Bhd., Jitra, Kedah; JQS Industries (M) Sdn. Bhd. dan Sin Seng Lie Shoe Industries Sdn. Bhd. dari Kulai; Ng Kouk Thai & Sons, Ipoh; Kejuruteraan Arus Dingin Sdn. Bhd., Kawan Equipment Sdn. Bhd. dan Infra Bina Sdn. Bhd. dari Shah Alam.

Pascabaru Sdn. Bhd., Kuala Lumpur telah dikenakan denda sebanyak RM2,800. S.E.T Weighing Systems Sdn. Bhd. dan Zainliew Marble Ind Sdn. Bhd. dari Ipoh dan Star Polymer Sdn. Bhd., Kuala Lumpur telah dikenakan denda sebanyak RM2,500. Manakala Music Valley Sdn. Bhd. (Executive), Johor Bahru dan Pelaras M&E Sdn. Bhd., Kuala Lumpur masing-masing dikenakan denda sebanyak RM2,400 dan RM2,300.

Empat puluh tiga majikan lain yang didenda di antara RM1,000 hingga RM2,000 ialah Moze Technic (M) Sdn. Bhd., Rawang (RM2,000); Batang Padang Supermarket Sdn. Bhd., Bidor, Perak (RM2,000); Pesakabumi Industries Sdn. Bhd., Marang (RM2,000); Sukmasutra Hotels & Resort Sdn. Bhd., Setiu, Terengganu (RM2,000); Lim Sin Loi, Ipoh (RM2,000); Wang Fock Heng, Kuching, Sarawak (RM2,000); Aria Utama Sdn. Bhd., Kuching (RM2,000); Warisan Naning Distribution Sdn. Bhd., Petaling Jaya (RM2,000); Sanwa Laundry Sdn. Bhd., Kajang (RM2,000); Skiva Manufacturing Sdn. Bhd., Ampang (RM2,000); Mega Height Sdn. Bhd., Ampang (RM2,000); Cosmo Mercantile Sdn. Bhd., Kuala Terengganu (RM2,000); Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (RM2,000); Vitraco Marine Engg & Serv., Ipoh (RM2,000); Pesakabumi Corporation Sdn. Bhd., Marang (RM1,800); Star Polymer Sdn. Bhd., Kuala Lumpur (RM1,700); Cooling Capacity (BJ) Sdn. Bhd., Jitra (RM1,600); Pantas Technologies Sdn. Bhd., Alor Setar, Kedah (RM1,600); Comfort Industries Sdn. Bhd., Jitra (RM1,600); Mayamin Construction Sdn. Bhd., Melaka (RM1,500); Syarikat Percetakan Muncul Sistem Sdn. Bhd., Melaka (RM1,500); Industri Kawat Zubir H Yusoff Sdn. Bhd., Melaka (RM1,500); Pesaka Oil & Tools Sdn. Bhd., Marang (RM1,500); Ida Marketing Sdn. Bhd., Kuching (RM1,500); Recopile Sdn. Bhd., Melaka (RM1,500); A.Z Customcroff, Ipoh (RM1,500); Equaltra (M) Sdn. Bhd., Melaka (RM1,500); Platinum Corner Sdn. Bhd., Kuala Lumpur (RM1,300); Krubong Management Services (Melaka) Sdn. Bhd., Melaka (RM1,200); Citatulus Sdn. Bhd., Kuala Nerang, Kedah (RM1,200); Pramuda Enterprise, Kuala Terengganu (RM1,200); SF Technologies Sdn. Bhd., Melaka (RM1,200); Biru Klasik Sdn. Bhd., Sri Manjung, Perak (RM1,000); Jumbo Shoes Trading Sdn. Bhd., Ipoh, Perak (RM1,000); Eternal Furniture Sdn. Bhd., Ipoh (RM1,000); Imbasan Kurnia Sdn. Bhd., Alor Setar (RM1,000); Elektrik Teguh, Langkawi (RM1,000); Bentara Muda Sdn. Bhd., Johor Bahru (RM1,000); Unicorn Timber Industries Berhad, Ipoh (RM1,000); Hot Tracks (M) Sdn. Bhd., Sri Manjung (RM1,000); Straits Horticulture, Melaka (RM1,000); Denolta Sdn. Bhd., Besut, Terengganu (RM1,000); CCAAP Tech (M) Sdn. Bhd., Kuala Lumpur (RM1,000) dan First Flight (M) Sdn. Bhd., Petaling Jaya (RM1,000).

KWSP sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang tidak mencarum bagi pihak pekerja mereka dalam tempoh yang ditetapkan. Akta KWSP 1991 telah menetapkan semua majikan membayar caruman bulanan KWSP sebelum atau pada 15hb setiap bulan. Majikan yang telah diberikan peringatan tetapi masih tidak membayar caruman bagi pihak pekerjanya akan dikenakan tindakan undang-undang. Ini adalah untuk menentukan majikan melaksanakan tanggungjawab membayar caruman pekerja mereka dengan teratur sebagai jaminan kewangan dan keselesaan hidup semasa bersara pekerja berkenaan.

(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Kanan
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Jumlah pelawat :