
Tadbir Urus
KWSP komited untuk memastikan standard tadbir urus korporat yang tinggi diamalkan di seluruh organisasi sejajar dengan peranannya melindungi simpanan persaraan ahli. Bagi mencapai hasrat ini, KWSP sentiasa berusaha untuk menjadi peneraju pelaburan yang mampan dan menyokong isu-isu Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus dalam mempertimbangkan pelaburannya.
KWSP percaya bahawa rangka kerja tadbir urus korporat yang teguh menggalakkan kepimpinan yang mantap oleh Lembaga Pengarah. Justeru, amalan pengurusan yang baik akan menyumbang kepada peningkatan akauntabiliti, ketelusan dan kejayaan jangka panjang organisasi.
Beberapa inisiatif telah dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran tadbir urus korporat dan amalan tadbir urus korporat yang baik. Inisiatif ini termasuk:
• Indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)
• Kod Etika
• Tonggak Integriti (Integrity Pillars)
• Penilaian Integriti Organisasi
• Pernyataan Anti-Rasuah KWSP
Sementara itu, standard tadbir urus korporat KWSP digubal dengan merujuk kepada pelbagai amalan terbaik. Antara rujukan tersebut adalah :
i. Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia
ii. Panduan Tadbir Urus Korporat: Ke Arah Kecemerlangan Lembaga Pengarah oleh Bursa Malaysia
iii. Kod Pelabur-Pelabur Institusi Malaysia 2014
Tarikh Kemaskini: 14 Mei 2018
Tarikh Semakan: 14 Mei 2018