Jumlah pelawat :  

Tugas dan Tanggungjawab Lembaga dan Panel Pelaburan

Lembaga memikul beberapa tanggungjawab tertentu seperti menyelia pelaksanaan dasar-dasar berkaitan dengan operasi KWSP, mengenal pasti bidang berisiko dan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk mengurus, serta mengkaji semula kecukupan dan integriti sistem kawalan dalaman.

Akta KWSP 1991 juga memperuntukkan penubuhan Panel Pelaburan untuk menyediakan hala tuju strategik mengenai isu-isu yang berkaitan pelaburan. Panel Pelaburan menentukan dan meluluskan aktiviti pelaburan selaras dengan garis panduan, polisi risiko dan alokasi aset.

Lembaga juga bergantung dengan nilai integriti dan ketekunan wajar pengurusan kanan, juruaudit luar dan penasihat untuk menyelia objektif prestasi keseluruhan, inisiatif utama operasi, pelan kewangan dan bajet tahunan, pelaburan utama, pelupusan dan cadangan pembiayaan, ulasan prestasi kewangan , pengurusan risiko dan amalan tadbir urus korporat.

 

Tarikh Kemaskini: 9 Jun 2015

Tarikh Semakan: 30 Disember 2016