Pilihan Simpanan KWSP
Patuh Syariah

Daftar sebelum 24 Disember 2017
untuk Simpanan Shariah 2018
di mana-mana cawangan KWSP

KWSP Simpanan Shariah

Ciri-ciri Utama Simpanan Shariah:

  • Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah

  • Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah

  • Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)

  • Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP

Ketahui lanjut

Nota Penting

Ahli KWSP yang memilih Simpanan Shariah tidak boleh membatalkan pilihannya selepas tarikh kuat kuasa dan kembali ke Simpanan Konvensional.

Bagaimanakah cara ahli memilih Simpanan Shariah?

Ahli perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli.

Apakah yang perlu dibawa untuk permohonan?

1

MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia)

2

Menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli

3

Ahli akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada soalan lazim.

Pendaftaran Simpanan Shariah dibuka sepanjang tahun di semua kaunter KWSP