Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP 03-8922 6000     EN | BM

Definisi

Apakah definisi 'Majikan'?

Majikan adalah orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan atau perantisan.


Majikan termasuklah:
  1. Pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang 'pekerja'
  2. Mana-mana kumpulan orang sama ada atau tidak berkanun atau diperbadankan
  3. Mana-mana Kerajaan, jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun, pihak-pihak berkuasa tempatan atau badan-badan lain yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua, Akta KWSP 1991.

Apakah definisi 'Pekerja'?

Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu boleh dalam secara bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.

Adakah ditetapkan umur minimum yang diwajibkan mencarum?

Tiada had umur minimum yang ditetapkan. Setiap pekerja adalah bertanggung (liable) untuk mencarum.

Walau bagaimanapun di bawah Act 350, Child And Young Persons (Employment) Act 1996 (Revised 1998) Employment - had umur minimum adalah 14 tahun.

Apakah maksud 'Caj Lewat Bayar dan Dividen' ke atas caruman yang lewat dibayar?

Caj Lewat Bayar merupakan denda yang dikenakan kepada majikan mengikut peruntukan Seksyen 49(1) Akta KWSP 1991 kerana gagal membayar caruman dalam tempoh yang ditetapkan oleh KWSP.

Selain daripada Caj Lewat Bayar, majikan juga dikehendaki membayar dividen yang sepatutnya terakru ke atas caruman yang lewat diterima bagi tiap-tiap satu bulan mengikut kadar dividen semasa yang ditetapkan oleh Lembaga KWSP bagi tahun berkenaan.

Apakah maksud 'Caruman'?

Caruman adalah potongan wajib dari gaji pekerja yang merupakan syer pekerja beserta dengan tambahan syer majikan yang perlu dicarumkan dalam tempoh yang ditetapkan. Caruman bagi sesuatu bulan merupakan potongan gaji bulan sebelumnya. Majikan hendaklah membayar caruman berdasarkan kadar yang dinyatakan di dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.(tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Contoh: Syer pekerja bagi potongan gaji bulan Januari 2014 bersama-sama dengan syer majikan hendaklah dibayar sebagai caruman Februari pada atau sebelum 15 Februari 2014.

Apakah maksud 'Bulan Caruman'?

Bulan caruman bermaksud bulan di mana caruman wajib dibayar berdasarkan bulan gaji sebelumnya. Sebagai contoh untuk gaji bulan Januari 2014, bulan caruman adalah Februari 2014 dan hendaklah dibayar sebelum atau pada 15 Februari 2014.

Apakah maksud 'Orang gaji domestik'?

Orang gaji domestik adalah sepertimana yang ditakrifkan oleh Seksyen 3, Akta Pampasan Pekerja 1952. Antara lainnya:

  1. Pembantu rumah
  2. Tukang masak
  3. Tukang kebun
  4. Tukang cuci
  5. Pengasuh (babysitter), pemandu dan seumpamanya.

Apakah yang dimaksudkan kontrak Perkhidmatan Vs Kontrak untuk Perkhidmatan?

Kontrak Perkhidmatan ialah suatu perjanjian, yang dipersetujui bersama antara majikan dengan pekerja untuk menyempurnakan sesuatu perkhidmatan. Perjanjian boleh dibuat secara bertulis, lisan, nyata atau tersirat. Contract of Employment between Employer and Employee Kontrak untuk Perkhidmatan ialah suatu perjanjian untuk memberi perkhidmatan kepada seseorang atau kumpulan orang. Orang yang memberi perkhidmatan adalah bebas dari kawalan dan pengawasan orang atau kumpulan orang yang mendapat perkhidmatan. Contract to provider service by independent contractor VSKONTRAK UNTUKPERKHIDMATANKONTRAKPERKHIDMATAN gambar imej image picture table graf graph rajah gambarajah jadual

Apakah maksud 'Upah'?

Upah ialah semua saraan dalam bentuk wang yang dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan sama ada ia dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya.

Apakah 'Komponen Upah'?

Antara bayaran yang dikenakan caruman KWSP:

  

Gaji 1 Bonus 2 Komisen 3 Insentif 4 Tunggakan Upah 5 Elaun (semua jenis kecuali elaun perjalanan) 6 Apa-apa bayaran lain yang kena dibayar di bawah kontrak perkhidmatan 7 Bayaran bagi cuti rehat tahnan dan cuti sakit yang tidak digunakan 8 Upah yang dibayar semasa cuti bersalin, cuti belajar dan cuti separuh 9 gambar imej image picture table graf graph rajah gambarajah jadual

Apakah maksud 'Bukan Upah'?

Bayaran yang Dikecualikan Caruman KWSP

Bayaran yang dikecualikan caruman KWSP Caj perkhidmatan Bayaran kerja lebih masaGanjaranFaedah persaraan Caj Lewat Bayar pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamaan Senarai diatas adalah tidak terhadMana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan Bayaran sebagai ganti notis penamatan perkhidmatanYuran pengarah gambar imej image picture table graf graph rajah gambarajah jadual

Siapakah Pemeriksa KWSP?

Pemeriksa KWSP adalah pegawai yang dilantik di bawah Seksyen 34, Akta KWSP 1991 yang diberi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan ke atas majikan.

Bayaran

Bolehkah caruman bulanan dibayar dua bulan sekali atau digabungkan sebagai satu bulan?

Tidak boleh. Berdasarkan Seksyen 43(1), Akta KWSP 1991, majikan wajib membayar caruman secara bulanan.

Bagaimanakah caranya jika majikan ingin mencarum melebihi kadar syer majikan?

Majikan boleh mencarum melebihi kadar syer majikan dengan membuat pilihan Caruman Sukarela (VE) dengan mengisi dengan mengisi Borang KWSP 17(Maj) - Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Majikan). Caruman ini hendaklah dibayar dalam jumlah ringgit yang genap dan tidak boleh dibuat untuk tempoh yang dikebelakangkan.

Jika pekerja memilih untuk mencarum melebihi kadar bagi syer pekerja, bolehkah majikan memotong gaji pekerja untuk tujuan tersebut?

Ya, jika pekerja tersebut telah membuat pilihan Caruman Sukarela (VE) dengan mengisi Borang KWSP 17A(AHL) - Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja)

Pengiraan Syer Majikan dan Pekerja

Bagaimanakah pengiraan syer majikan dan pekerja bagi amaun upah melebihi RM20,000.00?

Bagi bulan-bulan apabila upahnya melebihi RM20,000.00, kadar caruman oleh pekerja hendaklah dikira pada 11% daripada amaun upah bagi bulan itu, dan kadar caruman oleh majikan ialah 12% daripada amaun upah bagi bulan itu. Jumlah caruman yang termasuk wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit berikutnya.

Untuk maklumat lanjut, rujuk Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

Amaun Bertanggung Mencarum

Adakah gaji yang dibayar mengikut jam dikenakan caruman KWSP?

Ya, sekiranya bekerja dalam mana-mana hari dalam sesuatu bulan dan menerima upah melebihi RM10.00 (sama ada berbentuk gaji hari, jam atau piece rated) adalah dikenakan caruman KWSP.

Adakah tunggakan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dikenakan caruman KWSP?

Ya dan dibayar sebagai caruman bulan sebenar.

Rasional:

KGT adalah bayaran yang perlu dibayar bagi bulan sebenar berlakunya kenaikan gaji. Oleh itu, caruman bagi KGT hendaklah dibayar sebagai caruman bulan sebenar.

Adakah pelarasan gaji dikenakan caruman KWSP?

Ya dan dibayar sebagai caruman semasa.

Rasional:

Pelarasan gaji adalah bayaran yang dibuat bukan secara berjadual dan tidak tertakluk kepada mana-mana bulan. Oleh itu, caruman bagi pelarasan gaji hendaklah dibayar sebagai caruman bulan semasa.

Adakah bayaran kerja lebih masa dikenakan caruman KWSP?

Bayaran kerja lebih masa tidak dikenakan caruman KWSP (Rujuk kategori Definisi - Bukan Upah : Bayaran Yang Dikecualikan Caruman KWSP).

Adakah upah yang dibayar jika bekerja pada hari cuti (cuti umum, cuti rehat) dikenakan bayaran caruman KWSP?

Ya, kecuali kehadiran bekerja adalah dianggap sebagai kerja lebih masa.

Adakah elaun trip pemandu layak dicarumkan?

Elaun trip adalah termasuk dalam elemen upah. Oleh itu, ia perlu dicarumkan.

Pendaftaran

Bilakah Pendaftaran Majikan Perlu Dibuat dan Dokumen Apakah Yang Diperlukan?

Seksyen 41(1), Akta KWSP 1991

Majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh mengambil pekerjaMajikan melengkapkan Borang KWSP 1 dan menyerahkannya berserta dengan Borang Pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa (Contoh: Borang 49 / Sijil Pendaftaran oleh SSM)Majikan akan diberikan:a. No. Rujukan Majikanb. Sijil Pendaftaran Majikanc. Borang A (KWSP 6) - Bayaran Carumand. Borang KWSP 3 - Pendaftaran Pekerjae. Borang KWSP 4 - Borang Penamaan gambar imej image picture table graf graph rajah gambarajah jadual

Bilakah pekerja perlu didaftarkan dengan KWSP dan kaedah pendaftaran terlibat?

Pekerja perlu didaftarkan dengan KWSP, serta merta melalui kaedah-kaedah berikut:

Menggunakan Borang KWSP 3 (melalui Kaunter atau Mel) KAEDAH 1 Pekerja warganegaraMalaysia mengemukakanmaklumat & kad pengenalankepada majikan.Bagi pekerja bukan warganegara, mengemukakan pasport,permit kerja atau visayang sah serta Borang KWSP16B kepada majikan. Melalui borang caruman bulanan (Borang A) KAEDAH 2 Kaedah ini hanya terpakaibagi pekerja warganegaradan pemastautin tetap yang mempunyai kad pengenalan7 dan 12 digit sahaja.Majikan memasukkan nama dan nombor kad pengenalan yang tepat seperti mana kad pengenalan pada borang caruman (Borang A).Pendaftaran ahli akandibuat secara 'auto'. Melalui MyKad Di Kaunter KAEDAH 3 Pekerja perlumengemukakan MyKaddi mana maklumat peribadipekerja akan diekstrak daricip MyKad dan disimpandalam sistem KWSP. Majikan log in ke i-Akaun Majikan (myEPF) KAEDAH 4 Masukkan maklumat pendaftaran ahli.Selepas 3 hari, semak status pendaftaran ahli.Ahli datang ke kaunter untuk pengesahan cap ibu jari. gambar imej image picture table graf graph rajah gambarajah jadual

Liabiliti

Apakah maksud 'Pekerja Yang Diwajibkan Mencarum'?

Pekerja Tetap 1 Pekerja Kontrak 2 Pekerja Sambilan 3 Pekerja Sementara 4 Pekerja dalam tempoh Percubaan 5 Pengarah Syarikat yang menerima gaji atau upah 6 Telah mengeluarkan simpanan di bawah Pengeluaran Hilang Upaya dan bekerja semula dalam mana-mana pekerjaan 7 Telah mengeluarkan simpanan di bawah Pengeluaran Umur 55 tahun dan belum mencapai 75 tahun dan bekerja dalam mana-mana pekerjaan 8 Telah diberi taraf berpencen dan bekerja dengan majikan selain Kerajaan Persekutuan, Negeri atau pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan 9 Telah mengeluarkan simpanan di bawah Pengeluaran Pekerja berpencen dan bekerja semula selepasm umur persaraan 10 gambar imej image picture table graf graph rajah gambarajah jadual

Bilakah seorang pekerja itu layak dibayar caruman KWSP?

Apabila menerima upah lebih dari RM10.00 dalam suatu bulan atau sebahagian daripadanya.

Contohnya, bekerja satu hari pada bulan Mac 2013 dan menerima upah RM10.01

Adakah pekerja sambilan atau bekerja lebih dari satu majikan dikenakan caruman KWSP?

Ya, dikenakan caruman KWSP.

Adakah pekerja warganegara asing diwajibkan mencarum?

Pekerja warganegara asing tidak wajib mencarum tetapi boleh membuat pilihan untuk mencarum. Jika telah memilih untuk mencarum, pekerja dan majikan wajib untuk mencarum dan tidak boleh membatalkan pemilihan yang telah dibuat.

Adakah syarikat asing yang mengambil warganegara Malaysia bekerja wajib mencarum?

Ya, sekiranya syarikat asing berdaftar dan beroperasi di Malaysia.

Berapakah jumlah bilangan pekerja minimum yang wajib dicarum?

Seorang.

Adakah tanggungan mencarum bagi pekerja yang meninggal dunia?

Tidak layak mencarum bagi bulan berlakunya kematian (Seksyen 43(7), Akta KWSP 1991).

Adakah pengarah syarikat perlu mendaftar sebagai ahli serta mencarum kepada KWSP?

Wajib mendaftar sebagai ahli dan mencarum sekiranya Pengarah dibayar gaji.

Majikan mendaftar pekerja sebagai ahli dalam masa selepas 3 bulan dengan alasan "tempoh percubaan" . Bilakah bermulanya tempoh pertama untuk caruman kepada pekerja?

Tanggungan Caruman bermula sebaik sahaja pekerja diambil bekerja.

Caj Lewat Bayar dan Dividen

Dalam keadaan manakah majikan akan dikenakan Caj Lewat Bayar dan dividen?

Caruman yang lewat dibayar akan dikenakan Caj Lewat Bayar dan dividen di mana Caj Lewat Bayar akan dikenakan apabila bayaran untuk sesuatu bulan caruman dibuat selepas 15hb bulan berkenaan.

Dividen akan dikenakan apabila bayaran untuk sesuatu bulan caruman dibuat pada atau selepas 1 hb bulan berikutnya.

Caruman yang lewat dibayar adalah:

  1. Caruman tertunggak
  2. Caruman terkurang bayar

Contoh:

Senario 1:

Majikan membuat bayaran caruman tertunggak bagi Feb 2014 pada 20 Feb 2014. Majikan akan dikenakan Caj Lewat Bayar sahaja.

Senario 2:

Majikan membuat bayaran caruman tertunggak bagi Feb 2014 pada 2 Mac 2014. Majikan akan dikenakan Caj Lewat Bayar dan dividen.

Sekiranya 15hb merupakan cuti umum, adakah majikan masih dikenakan Caj Lewat Bayar jika bayaran dibuat pada hari bekerja berikutnya?

Tidak.

Potongan Caruman

Bolehkah majikan memotong syer majikan daripada gaji pekerja?

Tidak boleh.

Seksyen 47(1), Akta KWSP 1991 - Mana-mana majikan memotong atau cuba memotong daripada upah atau saraan mana-mana pekerja keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada caruman majikan, boleh dikenakan penjara tidak melebihi 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Bolehkah majikan memotong syer pekerja dari upah pekerja?

Ya, majikan boleh memotong syer pekerja untuk upah yang dibayar bagi bulan itu sahaja.

Seksyen 48(3), Akta KWSP 1991 - Mana-mana majikan yang memotong caruman pekerja daripada upah pekerja dan gagal membayar jumlah wang yang dipotong itu atau mana-mana bahagiannya kepada KWSP, boleh dikenakan tindakan penjara tidak melebihi 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Majikan tidak membuat potongan syer pekerja tetapi telah membayar caruman kepada KWSP. Bolehkah majikan mendapatkan kembali amaun syer pekerja tersebut dari upah pekerja pada bulan berikutnya?

Seksyen 48(4)(b), Akta KWSP 1991

BOLEH dengan kebenaran bertulis Pekerja dan kelulusan Pemeriksa dalam tempoh 6 bulan ADA bayaran caruman dibuat kepada KWSP TIDAK BOLEH TIADA bayaran caruman dibuat kepada KWSP gambar imej image picture table graf graph rajah gambarajah jadual

Tanggungjawab

Apakah tanggungjawab Majikan?

Rujuk Video Youtube - Panduan Ringkas Tanggungjawab Majikan

Mendaftar sebagai Majikan KWSP dalam tempoh 7 hari dari tarikh menggaji pekerja Mendaftarkan Pekerja sebagai Ahli KWSP Menyimpan Buku/ Daftar Upah/Gaji Membayar Caruman KWSP Memaklumkan KWSP perkara berikut:a) Maklumat dalam Penyata Caruman KWSP berbeza dengan rekod majikanb) Pertukaran Alamat dan Nama/Status Majikanc) Penamatan Tanggungjawab Mencarumd) Tidak Mempunyai Tanggungjawab Mencarum Sementara Menyediakan Penyata Upah/Gaji 1 2 3 4 5 6 gambar imej image picture table graf graph rajah gambarajah jadual

Apakah tanggungjawab Pengarah?

Tanggungjawab Pengarah adalah sama sepertimana tanggungjawab majikan.

Pemeriksa

Apakah kuasa-kuasa Pemeriksa?

Kuasa-kuasa pemeriksa adalah seperti mana yang dinyatakan dalam Seksyen 35, Akta KWSP 1991.

Antara lain seperti berikut:

  1. Memasuki mana-mana premis perniagaan yang mempunyai pekerja.
  2. Membuat pemeriksaan dan siasatan bagi memastikan peruntukan-peruntukan Akta dipatuhi.
  3. Membuat soal siasat sama ada secara bersendirian atau dengan kehadiran orang lain untuk mendapatkan maklumat.

Bolehkah Pegawai Pemeriksa KWSP menerima wang tunai?

Pegawai Pemeriksa KWSP tidak boleh menerima bayaran tunai dari majikan atau wakil majikan.

Kesalahan dan Penalti

Jika majikan gagal mendaftar sebagai majikan dalam tempoh ditetapkan, apakah tindakan yang akan dikenakan kepada majikan?

Majikan boleh dikenakan penjara tidak melebihi 3 tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya (Seksyen 41 (2), Akta KWSP 1991).

i-Akaun

Bagaimana mendaftar i-Akaun Majikan?

Wakil majikan aktifkan i-Akaun di myEPF menggunakan Kod Pengaktifan dalam tempoh 30 hari Wakil majikan akan terima kod Pengaktifan melalui SMS Petugas KWSP mendaftarkan i-Akaun majikan melalui Support Centre Wakil majikan menyerahkan dokumen kepada petugas KWSP untuk pendaftaran Petugas KWSP membuat pengesahan terhadap dokumen yang diperlukan. Antara dokumen yang perlu disahkan adalah:a. Borang KWSP 1 / KWSP 1 (i)b. Cop Rasmi Syarikat Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5 gambar imej image picture table graf graph rajah gambarajah jadual

Apakah kelebihan i-Akaun Majikan?

  1. Menggunakan Perkhidmatan e-Caruman:
    • Penghantaran Borang A Beserta Bayaran
    • Penghantaran Borang A Sahaja
    • Penghantaran Bayaran Sahaja
  2. Menggunakan Perkhidmatan e-CTML - Penghantaran Penyelesaian CTML
  3. Menyemak nombor KWSP pekerja
  4. Mendaftar ahli baru KWSP
  5. Mengakses kalkulator syer dividen bagi majikan Kerajaan
  6. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  7. Menyemak log aktiviti i-Akaun

e-Caruman

Apakah e-Caruman?

e-Caruman adalah kemudahan penghantaran borang caruman dan/atau bayaran untuk caruman bulanan secara online melalui laman web KWSP (www.kwsp.gov.my) bagi majikan yang mempunyai i-Akaun.

Apakah syarat utama penggunaan e-Caruman?

Syarat utama penggunaan e-Caruman adalah berdaftar i-Akaun majikan dan terma-terma dan syarat-syarat yang diperuntukkan dalam laman web KWSP (www.kwsp.gov.my)

Apakah perkhidmatan utama e-Caruman?

  1. Penghantaran Borang A dan Bayaran
  2. Penghantaran Borang A sahaja
  3. Penghantaran Bayaran sahaja

Apakah kelebihan e-Caruman kepada majikan?

  1. Transaksi boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana jua
  2. Pembayaran cepat, tepat dan selamat
  3. Ketepatan maklumat majikan dan ahli
  4. Semakan status transaksi secara online
  5. Mesra pelanggan dan hassle free

Kadar Dividen

Apakah kadar dividen yang telah diisytiharkan oleh KWSP mengikut tahun?

Simpanan Konvensional:

TAHUN % TAHUN % TAHUN %
1952-1959 2.50 1983-1987 8.50 2006 5.15
1960-1962 4.00 1988-1994 8.00 2007 5.80
1963 5.00 1995 7.50 2008 4.50
1964 5.25 1996 7.70 2009 5.65
1965-1967 5.50 1997-1998 6.70 2010 5.80
1968-1970 5.75 1999 6.84 2011 6.00
1971 5.80 2000 6.00 2012 6.15
1972-1973 5.85 2001 5.00 2013 6.35
1974-1975 6.60 2002 4.25 2014 6.75
1976-1978 7.00 2003 4.50 2015 6.40
1979 7.25 2004 4.75 2016 5.70
1980-1982 8.00 2005 5.00 2017 6.90

Simpanan Shariah:

TAHUN %
2017 6.40

Terma dan Syarat | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman | Tip Sekuriti Online Semua Hakcipta Terpelihara. 2012 | www.kwsp.gov.my

Laman web rasmi KWSP | Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur http://enquiry.kwsp.gov.my
Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP: 03-8922 6000      No. Faks KWSP: 03-8922 6222