Nilai
Bersama
Dihayati
Laporan Tahunan
2019

Fakta Sekilas Pandang

  • Ahli
    14,587,811
    Ahli
    7,626,262 merupakan Ahli Aktif yang masih mencarum
    Majikan Yang Mencarum Kepada KWSP
    522,297
  • Kadar Dividen
    Simpanan Konvensional
    5.45 %
    Bayaran Dividen
    RM 41.68 BILION
    Kadar Dividen
    Simpanan Syariah
    5.00 %
    Bayaran Dividen
    RM 4.14 BILION
  • Jumlah Pendapatan Kasar
    RM 49,756.59 Juta
    Meningkat 1%
    daripada RM49,436.69 juta pada tahun 2018
    Jumlah Aset
    RM 927,894.93 Juta
    Meningkat 11%
    daripada RM836,542.19 juta pada tahun 2018
  • Caruman Tahunan Yang Diterima Daripada Pekerja Dan Majikan
    RM 75,928.08 Juta
    Jumlah Pengeluaran
    RM 44,803.40 Juta

Perutusan Pengerusi
dan Ketua Pegawai Eksekutif

  • KWSP bertuah kerana telah lama mengenal pasti keperluan sesebuah organisasi untuk mengembangkan dan mengukuhkan strategi masa depannya. Berpandukan pengalaman hampir tujuh dekad, kami berupaya merancang masa depan, mengambil iktibar daripada krisis kewangan dan kemelesetan pada masa lalu, bahawa dalam setiap tempoh sukar, yang berjaya adalah mereka yang sentiasa bersedia dan tangkas. Ini telah mendorong kami agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan mengambil pendekatan yang berhemah dalam menguruskan risiko dan krisis.
    TAN SRI SAMSUDIN OSMAN
    Pengerusi
    Februari 2007 - April 2020
  • Saya amat berbesar hati kerana diberi penghormatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Laporan Tahunan 2019 selaku Pengerusi baharu KWSP, sebuah organisasi yang mempunyai sejarah pencapaian yang membanggakan dan masa hadapan yang mengujakan. Pertama sekali, saya ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mantan Pengerusi yang kita sanjungi, Tan Sri Samsudin Osman, atas khidmat bakti, usaha gigih dan pencapaian hebat beliau selama ini yang menjadi penanda aras kepada pemimpin selepasnya.
    TAN SRI AHMAD BADRI MOHD ZAHIR
    Pengerusi
    Mulai 1 Mei 2020
  • Penularan pandemik COVID-19 yang bermula pada akhir tahun 2019 dan masih belum ada penawarnya telah mendedahkan dunia kepada krisis baharu. Justeru, KWSP mengakhiri tahun 2019 dalam keadaan berwaspada dalam mendepani era baharu yang dibayangi persekitaran tidak menentu, tiada kepastian, kompleks dan kabur (VUCA) yang pastinya penuh dengan cabaran namun sarat dengan pelbagai peluang.
    ALIZAKRI ALIAS
    Ketua Pegawai Eksekutif

Tadbir Urus kami

Kami percaya bahawa tadbir urus korporat yang kukuh dan disokong oleh kepimpinan yang mantap dan amalan pengurusan yang baik dapat menyumbang kepada peningkatan integriti, akauntabiliti dan ketelusan. Kami akan terus menumpukan usaha untuk meningkatkan kesedaran dan mempraktikkan tadbir urus korporat yang baik. Sebagai institusi simpanan persaraan terbesar di Malaysia dengan aset pelaburan berjumlah RM924.75 bilion, kami berusaha menjadi peneraju dalam pelaburan lestari berlandaskan prinsip Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam pertimbangan pelaburan kami.

Ulasan Perniagaan Mengikut Bahagian

  • ALOKASI ASET STRATEGIK (SAA)
    Kajian semula ke atas SAA sebelum ini dibuat pada tahun 2016, yang berkuatkuasa bagi tahun 2016 hingga 2019 dengan peruntukan sebanyak 51% daripada aset pelaburan KWSP dalam Instrumen Berpendapatan Tetap, 36% dalam Ekuiti, 10% dalam Hartanah dan Infrastruktur, serta 3% dalam Instrumen Pasaran Wang.

    Pada tahun 2019, kami mengkaji semula SAA bagi tempoh efektif tahun 2020 hingga 2022. Rangka kerja hasil kajian semula ini akan memastikan objektif untuk memelihara dan menambah nilai simpanan ahli tercapai, sejajar dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik.
    Alokasi Aset Strategik (SAA) mengikut Kelas Aset Utama
    51%
    36%
    10%
    3%
    Instrumen Berpendapatan Tetap
    Ekuiti
    Hartanah dan Infrastruktur
    Instrumen Pasaran Wang
  • STATISTIK OPERASI
    2019
    Pendaftaran Ahli Dan Majikan
    526,766
    Ahli Baharu
    72,218
    Majikan Baharu
    Kutipan Caruman
    RM75.93
    bilion
    Jumlah Caruman Yang Diterima
    Pengeluaran
    2.39
    juta
    Bilangan Permohonan
    RM45.40
    bilion
    Diluluskan
    Penamaan
    430,067
    Penamaan Baharu
    Seiring dengan perkembangan KWSP sebagai sebuah organisasi keselamatan sosial yang bertanggungjawab ke atas 14.6 juta ahli dan lebih setengah juta majikan dan dalam era yang menuntut kepantasan perkhidmatan dan penggunaan teknologi terkini, adalah penting bagi kami untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan secara efisien bagi memenuhi peningkatan permintaan dan ekspektasi pelanggan yang semakin tinggi. Oleh itu, keperluan untuk berevolusi dan memperlengkapkan organisasi dengan kapasiti dan keupayaan digital bukan lagi satu pilihan, tetapi merupakan satu matlamat perniagaan yang penting.
    • PERSIDANGAN KESEJAHTERAAN SOSIAL ANTARABANGSA 2019 (ISWC 2019)
      KWSP menganjurkan persidangan antarabangsanya yang ke-lapan pada bulan November 2019. Persidangan ini dinamakan semula sebagai Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) daripada nama sebelumnya, iaitu Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa, bagi lebih mencerminkan lagi isu-isu yang pantas mengubah dunia dan yang perlu diberi perhatian segera.
    • MEMUPUK PEMIKIRAN KRITIS DALAM POLISI KESEJAHTERAAN SOSIAL
      Kami turut mengetengahkan keupayaan untuk mencakna pemikiran yang kritis dalam pembangunan program pembelajaran kami, selaras dengan usaha-usaha KWSP untuk kekal relevan pada masa hadapan. Keupayaan ini diterapkan dalam program tahunan KFAIR 2019 yang dianjurkan pada bulan Oktober. Program yang bertemakan ‘Brave New World: Staying True to Our Core’ ini adalah bertujuan mempersedia anggota dengan keupayaan dan pengetahuan ketika mengharungi cabaran dalam dunia yang sentiasa berubah.

Muat Turun

Kembali
ke atas