Bangkit

Hadapi Cabaran

Laporan Tahunan 2020

FAKTA SEKILAS PANDANG

  • Ahli

    14,887,988

    7,591,053 merupakan ahli aktif yang masih mencarum

    Majikan Mencarum kepada KWSP

    534,398

  • Caruman Tahunan Diterima daripada Pekerja dan Majikan

    RM 78,414.74 juta

    Jumlah Pengeluaran dan Pengembalian Caruman

    RM 58,294.50 juta

  • Jumlah Aset

    RM 1,000,372.15 juta

    Meningkat 8.13% daripada RM927,894.93 juta pada tahun 2019

    Jumlah Pendapatan Pelaburan Kasar

    RM 63,450.22 juta

    Meningkat 24.65% daripada RM50,903.01 juta pada tahun 2019

  • Kadar Dividen Simpanan Konvensional

    5.20 %

    Bayaran Dividen
    RM42.88 bilion

    Kadar Dividen Simpanan Shariah

    4.90 %

    Bayaran Dividen
    RM4.76 bilion

MUAT TURUN KANDUNGAN INI

Mesej Utama

Bicara Bersama Pengerusi KWSP

Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir
Pengerusi KWSP

Pada tahun 2020, kemunculan dan penularan COVID-19 telah menyebabkan berlakunya krisis global pada kadar dan skala yang tidak terjangka. Walau bagaimanapun, di Malaysia, KWSP telah mengatasi cabaran yang timbul daripada pandemik ini dan mencatatkan prestasi kewangan yang mantap seterusnya mengekalkan rekod perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir
Pengerusi KWSP

MUAT TURUN KANDUNGAN INI

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ketua Pegawai Eksekutif

KWSP telah menjadi simbol kepercayaan rakyat selama beberapa dekad. Saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada organisasi dana persaraan terkemuka ini sejak saya menerajui KWSP pada bulan Mac 2021. Sehingga kini, KWSP teguh berdiri sebagai mercu kredibiliti dan integriti.

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ketua Pegawai Eksekutif

MUAT TURUN KANDUNGAN INI
MUAT TURUN LAPORAN KHAS - INISIATIF LUAR BIASA BAGI SITUASI YANG TIDAK TERJANGKA
MUAT TURUN LAPORAN KHAS - INISIATIF LUAR BIASA BAGI SITUASI YANG TIDAK TERJANGKA

Model Penciptaan Nilai KWSP

MUAT TURUN KANDUNGAN INI

ULASAN BAHAGIAN

  • BAHAGIAN PELABURAN

    Rohaya Mohammad Yusof
    Ketua Pegawai Pelaburan

    “Walaupun berdepan dengan persekitaran yang tidak terjangka dan didorong oleh komitmen yang teguh untuk memenuhi matlamat organisasi, KWSP berjaya mencapai prestasi yang kukuh. KWSP telah mengisytiharkan kadar dividen Simpanan Konvensional sebanyak 5.20% dan Simpanan Shariah sebanyak 4.90%, yang mana kedua-duanya melebihi kadar minimum 2.50%, seperti yang dimandatkan oleh Akta KWSP 1991. Kadar dividen sebenar bagi purata tiga tahun berturut-turut untuk Simpanan Konvensional ialah sebanyak 5.43 %, iaitu 3.43% melebihi sasaran purata tiga tahun 2.00%. Kadar dividen sebenar bagi purata tiga tahun berturut-turut untuk Simpanan Shariah ialah sebanyak 5.10%, yang juga lebih tinggi daripada sasaran 2.00%.”

    Rohaya Mohammad Yusof
    Ketua Pegawai Pelaburan

  • Bahagian Operasi

    Dato' Mohd Naim Daruwish
    Ketua Pegawai Operasi

    “KWSP sebagai sebuah organisasi keselamatan sosial yang berorientasikan pelanggan adalah komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pihak berkepentingan terutamanya ahli dan majikan. KWSP bertindak pantas dalam membangunkan inisiatif bagi mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh ahli dalam mendepani pandemik pada tahun 2020.”

    • Ahli yang berdaftar dengan KWSP ialah 14.89 juta
    • Ahli yang didaftarkan di bawah Simpanan Shariah mencapa 1,117,303 ahli
    • Jumlah amaun pengeluaran yang diluluskan untuk tahun 2020 ialah RM45.92 bilion berbanding RM45.60 bilion untuk 2019
    • Pengeluaran di bawah i-Lestari ialah penyumbang terbesar kepada jumlah permohonan yang diluluskan.

    Dato' Mohd Naim Daruwish
    Ketua Pegawai Operasi

  • Bahagian Strategi

    Nurhisham Hussein
    Ketua Pegawai Strategi

    “Kini, terdapat keperluan mendesak untuk merangka strategi jangka panjang bagi memperkukuh sistem perlindungan sosial negara dan meningkatkan kesediaan negara dalam menangani sebarang krisis pada masa depan. Ini memerlukan penyelarasan usaha ke arah meningkatkan keselamatan pendapatan, peralihan pekerja sektor tidak formal ke sektor formal, perlindungan pekerjaan, dan penetapan langkah-langkah lain yang dapat membantu perniagaan untuk mengekalkan pekerja mereka.

    Pandemik COVID-19 telah mempercepat penerimaan umum dan penggunaan pembelajaran dalam talian oleh kakitangan KWSP. Kami meningkatkan keupayaan EPF Learning Campus (ELC) dengan membangun dan melancarkan sistem pengurusan pembelajaran yang dijenamakan sebagai EPF Learning Xperience (LX). LX menyediakan kandungan pembelajaran seperti kursus dalam talian, video, bahan pembelajaran kendiri, dan kursus POWERLinkedIn (LinkedIn Learning) yang boleh diakses pada bila-bila masa, di mana sahaja, melalui peranti mudah alih dan komputer.”

    Nurhisham Hussein
    Ketua Pegawai Strategi

  • BAHAGIAN TEKNOLOGI DIGITAL

    Muhammad Afhzal Abdul Rahman
    Ketua Pegawai Teknologi Digital

    “Sebagai sebuah organisasi dana simpanan persaraan negara, KWSP perlu menghubungkan, melibatkan dan memperkasakan pelanggan agar kekal relevan pada masa hadapan.

    Bahagian Teknologi Digital akan terus memperkukuh aspirasi digital KWSP dengan menyediakan penyelesaian digital dan infrastruktur teknologi yang mantap. Ini akan membantu KWSP mencapai matlamat strategik dan operasinya serta memastikan pengurusan operasi yang selamat, boleh skala dan berdaya tahan.”

    Muhammad Afhzal Abdul Rahman
    Ketua Pegawai Teknologi Digital

MUAT TURUN KANDUNGAN INI

MUAT TURUN LAPORAN

Tahun 2020 merupakan tahun yang penuh dengan peristiwa tidak terjangka, dalam persekitaran yang tidak menentu, tiada kepastian, kompleks dan tidak jelas (VUCA), berikutan krisis kesihatan dan ekonomi. KWSP telah bangkit mendepani cabaran dengan cekal, untuk terus mencipta dan menyampaikan nilai kepada pihak berkepentingan, dan pada masa yang sama berpegang pada matlamat terasnya.

MUAT TURUN LAPORAN 2020
Kembali
ke Atas