Kemaskini terakhir : 01/04/2020 7:25     

PERMOHONAN I-LESTARI DIBUKA

KUALA LUMPUR, 1 April 2020: Ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 mulai hari ini, melalui i-Akaun (Ahli). Berikutan pemanjangan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Kerajaan, semua cawangan KWSP dan Pusat Perhubungan Pelanggan masih ditutup sehingga 14 April 2020. Sehubungan itu, ahli boleh melakukan transaksi melalui aplikasi i-Akaun atau menghantar emel untuk servis-servis berikut:

 

  1. Pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari: [email protected]
  2. Penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari: [email protected]
  3. Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun: [email protected]
  4. Penghantaran borang permohonan pengekalan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus: [email protected]
  5. Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP lain: https://www.kwsp.gov.my/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry
     

KWSP ingin memberi makluman bahawa untuk menerima pembayaran pengeluaran bermula bulan Mei, ahli boleh membuat permohonan sehingga 30 April. Untuk permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut, pembayaran pengeluaran akan bermula pada bulan berikutnya.

 

Ahli boleh rujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang telah dikemaskini di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari untuk maklumat lanjut.

 

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk

Jabatan Hal Ehwal Korporat

1 April 2020

 

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.