KUALA LUMPUR, 12 Januari 2021: Berikutan pengumuman Kerajaan untuk melaksanakan beberapa langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin mengumumkan langkah-langkah seperti berikut:
Ketika negara memasuki fasa baharu kawalan pergerakan untuk mengawal penularan COVID-19 yang kian serius, KWSP amat menggalakkan ahli untuk berurusan secara dalam talian melalui i-Akaun untuk perkhidmatan tertentu agar mengurangkan keperluan untuk hadir di cawangan, sekaligus mengurangkan risiko jangkitan.
Jika ada keperluan untuk hadir di cawangan, KWSP memohon kerjasama semua pengunjung untuk mematuhi SOP yang ditetapkan seperti menjalani pemeriksaan suhu, mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis dan mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial yang ditetapkan pada setiap masa ketika berada di dalam premis KWSP.
KWSP amat menghargai pertimbangan dan kerjasama daripada ahli. Dalam persekitaran semasa yang tidak menentu ini, KWSP komited untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua ahli sama ada melalui perkhidmatan kaunter atau saluran digital. Sebarang perubahan terhadap operasi KWSP akan dimaklumkan kelak. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.
Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
12 Januari 2021
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.