Kemaskini terakhir : 08/10/2021 2:42     

PENGURUS PORTFOLIO LUARAN KWSP CATAT PRESTASI BAIK DALAM PASARAN MENCABAR 2020

KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2021: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan sebanyak RM155.18 bilion telah disalurkan kepada pengurus portfolio luaran setakat 31 Disember 2020. Jumlah ini, yang telah dilaburkan ke dalam ekuiti dan instrumen pendapatan tetap, mewakili 15.55 peratus daripada keseluruhan aset pelaburan KWSP.

Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, “Walaupun terpaksa beroperasi dalam persekitaran pasaran global yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19, pengurus portfolio luaran KWSP tetap menunjukkan prestasi pelaburan yang baik dan berupaya memberikan pulangan dalam lingkungan objektif pelaburan KWSP.

“Seiring dengan pertumbuhan saiz dana, KWSP akan terus memperuntukkan sebahagian daripada dana tersebut kepada pengurus portfolio luaran bagi mengoptimumkan pulangan dan meningkatkan prestasi aset. Ketelitian pandangan dan kepakaran mereka telah menjadi antara  faktor penyumbang kepada kejayaan KWSP dan kesejahteraan persaraan ahli, terutamanya ketika keadaan ekonomi yang mencabar ini.”

Bagi Anugerah Tahunan Pengurus Portfolio Luaran 2021, sebanyak 19 anugerah, yang terdiri daripada 9 kategori Pendapatan Tetap dan 10 kategori Ekuiti, telah diberikan kepada pengurus-pengurus portfolio luaran yang terbaik sebagai pengiktiran prestasi cemerlang mereka.

Bagi tahun kewangan berakhir 2020, KWSP telah mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5.20% dengan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion untuk Simpanan Konvensional, dan 4.90% bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan sebanyak RM4.76 bilion. Secara kumulatif, agihan KWSP pada tahun 2020 adalah berjumlah RM47.64 bilion.

Selaras dengan matlamat pelaburan lestari, KWSP juga bekerja rapat dengan pengurus portfolio luaran untuk inisiatif Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) KWSP dalam aspek membina kesedaran serta mengaplikasikan parameter kemampanan dalam proses pelaburan oleh pengurus dana bagi memastikan keselarasan matlamat antara kedua-dua pihak.

“KWSP yakin bahawa pengurus dana akan terus mencatatkan prestasi cemerlang serta mengekalkan standard yang tinggi dalam  menguruskan portfolio KWSP, selain memastikan aset-aset terus mampan untuk jangka panjang,” tambah Tan Sri Ahmad Badri.

Rujuk Lampiran untuk senarai pemenang Anugerah.

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
8 October 2021

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

 

LAMPIRAN

Pemenang Mandat Ekuiti

Bil.

Kategori

Pemenang

1

Best 3-Year ROI International Equity Fund Manager for MSCI Ethical Asia (ex Japan ex Malaysia) 2020

Amundi Malaysia Sdn Bhd

2

Best 3-Year ROI International Equity Fund Manager for MSCI Shariah Asia (ex Japan ex Malaysia) 2020

Nomura Islamic Asset Management Sdn Bhd

3

Best 3-Year ROI International Equity Fund Manager for FTSE Ethical World Developed 2020

BNP Paribas Asset Management Malaysia Sdn Bhd

4

Best 3-Year ROI International Equity Fund Manager for FTSE Shariah World Developed 2020

BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn Bhd

5

Best International Equity Fund Manager for FTSE Asean All Shares Ethical Index ex Malaysia 2020

Franklin Templeton Asset Management (Malaysia) Sdn. Bhd.

6

Best International Equity Fund Manager for MSCI Ethical Asia (ex Japan ex Malaysia) 2020

Nomura Asset Management Malaysia Sdn Bhd

7

Best International Equity Fund Manager for MSCI Shariah Asia(ex Japan ex Malaysia) 2020

Nomura Islamic Asset Management Sdn Bhd

8

Best International Equity Fund Manager for FTSE Ethical World Developed 2020

Nomura Asset Management Malaysia Sdn Bhd

9

Best International Equity Fund Manager for FTSE Shariah World Developed 2020

BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn Bhd

10

Best Domestic Equity Fund Manager (Shariah) 2020

AIIMAN Asset Management Sdn Bhd

Pemenang Mandat Pendapatan Tetap

Bil.

Kategori

Pemenang

1

Best 3-Year ROI Global Bond Fund Manager 2020

Amundi Malaysia Sdn Bhd

2

Best 3-Year ROI Global Sukuk Fund Manager 2020

Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd

3

Best 3-Year ROI Emerging Market Debt Fund Manager 2020

Amundi Malaysia Sdn Bhd

4

Best 3-Year ROI Domestic Fixed Income Fund Manager 2020

Affin Hwang Asset Management Berhad

5

Best 3-Year ROI Domestic Sukuk Fund Manager 2020

BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn Bhd

6

Best Global Bond Fund Manager 2020

Amundi Malaysia Sdn Bhd

7

Best Global Emerging Market Debt Fund Manager 2020

Amundi Malaysia Sdn Bhd

8

Best Domestic Fixed Income Fund Manager 2020

AmFunds Management Berhad

9

Best Domestic Sukuk Fund Manager 2020

Nomura Islamic Asset Management Sdn Bhd