Kemaskini terakhir : 07/03/2019 3:37     

KWSP Mengemaskini Senarai Dana Amanah Untuk 2019/2020

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2019: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan senarai tahunan Institusi Pengurusan Dana (IPD) dan dana-dana unit amanah yang layak ditawarkan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP), berkuatkuasa 1 Mac 2019 hingga 29 Februari 2020.

 

Bagi tempoh 2019/2020, sebanyak 382 dana telah diluluskan di bawah SPA KWSP, walau bagaimanapun hanya 282 dana, termasuk sembilan dana baru, daripada 19 IPD yang layak untuk ditawarkan. Ini merupakan peningkatan kecil sebanyak 0.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif berkata, “Senarai dana unit amanah yang ditawarkan di bawah SPA KWSP telah melalui proses penilaian tahunan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh KWSP dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

 

“Mana-mana dana yang tidak mencapai skor minimum penilaian tahunan tersebut akan digantung dan tidak boleh ditawarkan dalam tempoh tersebut.”

 

Jadual 1: Senarai Dana dan IPD Mengikut Kategori

 

Kategori Dana

2018/2019

 (Setakat 28 Februari 2019)

2019/2020

(Berkuatkuasa 1 Mac 2019)

Dana yang Layak Ditawarkan

IPD

Dana yang Layak Ditawarkan

IPD

Ekuiti

146

19

155

17

Aset Campuran

74

16

73

16

Bon

34

11

28

9

Pasaran Wang

25

17

25

17

Amanah Hartanah

1

1

1

1

 

280

-

282

-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Skor kelayakan minimum pengiraan Purata Mudah Untuk Pulangan Konsisten (Simple Average Consistent Return) yang perlu dicapai telah dikekalkan pada 2.33 untuk tiga tahun berturut-turut. 26 peratus daripada dana yang diluluskan digantung tawarannya untuk tahun ini kerana tidak mencapai kelayakan tersebut.  

 

SPA KWSP memberi pilihan kepada ahli untuk melabur sebahagian daripada simpanan Akaun 1 dalam dana unit amanah atau melalui mandat pengurusan wang yang diuruskan oleh IPD yang dilantik. Ahli boleh memindahkan sehingga 30 peratus daripada jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas mengikut umur untuk dilaburkan ke dalam dana yang layak di bawah skim ini. (Rujuk Jadual 2)

 

Dato’ Mohamad Nasir berkata, “Semakan semula ke atas kuantum Simpanan Asas dari RM228,000 kepada RM240,000 pada umur 55 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Dengan ini, ahli perlu mempunyai simpanan yang lebih tinggi di dalam akaun KWSP supaya layak untuk menyertai SPA KWSP.”

 

Kuantum baru Simpanan Asas telah ditanda aras dengan kadar pencen minimum pekerja sektor awam yang telah dinaikkan dari RM950 kepada RM1,000 sebulan.

 

Beliau menambah bahawa KWSP kini sedang membangunkan platform elektronik SPA (e-Members Investment Scheme – e-MIS) yang membolehkan ahli untuk melakukan transaksi secara dalam talian dengan kos yang lebih rendah. Kemudahan ini memberikan ahli lebih fleksibiliti untuk melabur dalam dana unit amanah.

 

Kemudahan dalam talian yang akan diperkenalkan menjelang akhir tahun ini akan memberikan ahli lebih akses kepada maklumat dana yang ditawarkan, serta nilai dan prestasi dana di bawah SPA. Ini membolehkan ahli membuat perbandingan dan keputusan pelaburan yang wajar berdasarkan keperluan dan selera risiko masing-masing.

 

Ahli juga diingatkan bahawa pelaburan di bawah SPA KWSP merupakan pilihan sendiri dan sebarang keputusan untuk menyertai skim ini adalah di bawah tanggungjawab ahli.

 

“Kelulusan ke atas dana-dana unit amanah ini tidak bermakna bahawa kami mengesyorkan atau mencadangkan mana-mana dana kepada ahli. Kami menggalakkan ahli untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada penasihat kewangan yang bertauliah sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim ini,” tambah Dato’ Mohamad Nasir.

 

KWSP telah menggariskan panduan kepada IPD sebagai langkah untuk melindungi integriti skim ini dan kepentingan ahli yang menyertainya, selain memantau IPD menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka secara berhemah. KWSP juga melantik juruaudit bebas bagi menjalankan pengauditan tahunan ke atas IPD. KWSP boleh mengenakan tindakan seperti memberi amaran, mengenakan denda, menggantung atau menarik balik pelantikan sekiranya mana-mana IPD gagal mematuhi arahan dan garis panduan yang dikeluarkan.

 

Untuk mendapatkan senarai penuh dana yang ditawarkan di bawah setiap IPD yang dilantik, ahli boleh melayari laman web KWSP di pautan http://www.kwsp.gov.my/ms/member/investment.

 

Jadual 2: Kuantum Simpanan Asas Baru Berdasarkan Umur

 

AGE

BASIC SAVINGS QUANTUM

AGE

BASIC SAVINGS QUANTUM

 18

2,000

37

68,000

19

4,000

38

74,000

20

6,000

39

80,000

21

8,000

40

86,000

22

10,000

41

93,000

23

13,000

42

101,000

24

15,000

43

108,000

25

18,000

44

116,000

26

21,000

45

125,000

27

24,000

46

134,000

28

27,000

47

144,000

29

31,000

48

154,000

30

35,000

49

164,000

31

39,000

50

175,000

32

43,000

51

187,000

33

47,000

52

199,000

34

52,000

53

212,000

35

57,000

54

226,000

36

62,000

55

240,000

 

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan dana persaraan terulung Malaysia yang ditubuhkan untuk membantu ahli mencapai simpanan yang cukup untuk persaraan yang selesa.  Ini selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang baik serta misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. KWSP telah berkembang daripada sebuah organisasi berpaksikan transaksi kepada sebuah organisasi pengurusan dana professional dengan tumpuan terhadap jaminan persaraan. KWSP berpandukan rangka kerja tadbir urus yang mantap dan profesional dalam membuat keputusan pelaburan. Ia terus memainkan peranan sebagai pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi negara dan bertujuan untuk memupuk budaya menabung dan melabur di kalangan ahli untuk meningkatkan tahap celik kewangan di peringkat negara.