Kemaskini terakhir : 13/04/2020 2:26     

LANJUTAN TARIKH MEMBUAT BAYARAN CARUMAN WAJIB BULAN APRIL 2020

KUALA LUMPUR, 13 April 2020: Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesan terhadap perniagaan di Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh membuat bayaran caruman wajib KWSP untuk gaji bulan Mac (caruman April 2020) dari 15 April kepada 24 April 2020.  

 

Majikan boleh membuat bayaran caruman tersebut melalui laman sesawang KWSP iaitu e-Caruman dalam portal i-Akaun (Majikan), perbankan Internet ataupun di kaunter bank yang dilantik.
 

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk

Jabatan Hal Ehwal Korporat

13 April 2020

 

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.