Kemaskini terakhir : 23/11/2021 10:06     

PENUTUPAN PENUH KWSP JALAN RAJA CHULAN

KUALA LUMPUR, 22 November 2021: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan penutupan penuh cawangan Jalan Raja Chulan di Changkat Raja Chulan, Kuala Lumpur yang akan berkuat kuasa mulai 16 Disember 2021.

Ahli dan majikan dinasihatkan untuk mengunjungi cawangan berhampiran seperti KWSP Jalan Raja Laut, KWSP Wangsa Maju, KWSP Kepong, KWSP Petaling Jaya atau KWSP Seri Petaling untuk apa-apa urusan transaksi. Sebagai alternatif, ahli dan majikan juga dinasihatkan untuk mengakses perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh merujuk saluran komunikasi rasmi KWSP, laman web rasmi di www.kwsp.gov.my, atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
22 November 2021

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.