Kemaskini terakhir : 26 Jun 2019    

Bahagian Teknologi Digital

-

Digital Enterprise Solutions Department 

Digital Enterprise Solutions Department bertanggungjawab untuk merekabentuk, membina, menguji dan melaksanakan penambahbaikan bagi aplikasi-aplikasi bukan teras yang memenuhi keperluan maklumat, operasi and pengurusan KWSP secara cekap dan berkesan. 

Digital Infrastructure Department

Digital Infrastructure Department bertanggungjawab merancang, menyediakan, mengurus dan menyenggara infrastruktur teknologi digital bagi KWSP. Jabatan ini berusaha untuk menyokong keperluan operasi perniagaan KWSP dari segi kapasiti dan prestasi IT dengan melaksanakan infrastruktur digital yang mantap, ketersediaan, tahap pemulihan yang optimum dan selamat dari ancaman cyber serta mematuhi rekabentuk teknikal piawai yang ditetapkan oleh KWSP.

Digital Security Department

Digital Security Department bertangungjawab memastikan kerahsiaan, integriti dan ketersediaan maklumat dan aset kritikal KWSP dipelihara. Jabatan ini juga membangunkan dan menguatkuasa polisi dan prosedur keselamatan digital berdasarkan piawaian industri, amalan terbaik dan garis panduan agensi pengawalan yang berkaitan.

Digital Core Solutions Department 

Digital Core Solutions Department ini bertanggungjawab untuk merekabentuk, membina, menguji dan melaksanakan penambahbaikan bagi aplikasi Sistem Terasw (Core Provident Fund System), Business Intelligence (BI) dan aplikasi-aplikasi yang berkaitan yang memenuhi keperluan maklumat, operasi dan pengurusan KWSP secara cekap dan berkesan. 

housing

Perlukan Bantuan?

Sila sertakan nombor ahli KWSP atau nombor kad pengenalan/pasport anda dan juga tajuk soalan anda semasa menghubungi KWSP.

 

Maklum Balas Pelanggan

Pejabat KWSP