Kemaskini terakhir : 06 Ogos 2019    

Bahagian Pelaburan

Bahagian Pelaburan menguruskan dana pelaburan KWSP dengan dua objektif pelaburan jangka panjang yang utama - untuk memelihara dan meningkatkan nilai modal daripada sumbangan ahli; dan untuk mengekalkan pulangan yang stabil dan konsisten jangka panjang dalam batasan risiko yang boleh diterima. KWSP melabur dalam beberapa instrumen kewangan yang diluluskan termasuk Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Setara; Ekuiti; Pinjaman dan Bon; Instrumen Pasaran Wang; dan Hartanah dan Infrastruktur.

Equity Research Department

Jabatan Penyelidikan Ekuiti

Jabatan Penyelidikan Ekuiti menyediakan cadangan penyelidikan pelaburan kepada syarikat awam yang disenaraikan dan memantau tadbir urus korporat syarikat-syarikat yang dilaburkan.

Domestic Equity Department

Jabatan Ekuiti Domestik

Fungsi utama Jabatan Ekuiti Domestik adalah untuk melabur dan mengurus portfolio ekuiti domestik berdasarkan peruntukan aset dan mandat pelaburan yang diluluskan dengan cara yang berhemah, telus dan profesional dan dalam masa yang sama, mengoptimumkan pulangan pelaburan dalam parameter risiko yang dibenarkan melalui pengurus portfolio dalaman dan luaran.

Economic and Capital Market Research Department

Jabatan Ekonomi dan Pasaran Modal

Jabatan Ekonomi dan Pasaran Modal memantau perkembangan dalam ekonomi di semua negara di mana KWSP mempunyai pelaburan. Ini memberikan gambaran mengenai strategi pelaburan dan peruntukan portfolio KWSP, serta membantu mengenal pasti faktor risiko.

 
Quantitative Performance Analysis Department

Jabatan Kuantitatif dan Analisa Prestasi

Jabatan ini bertanggungjawab untuk strategi pelaburan peringkat tinggi (Peruntukan Aset Strategik/Peruntukan Aset Taktik), analisis pelaburan dan analisis prestasi pelaburan untuk memastikan pulangan pelaburan dioptimumkan dalam tahap risiko tertentu dan selaras dengan objektif pelaburan KWSP.

Global Equity Department

Jabatan Ekuiti Luar Negara

Jabatan Ekuiti Luar Negara bertanggungjawab untuk mengurus pelaburan ekuiti antarabangsa melalui pengurus portfolio dalaman dan luaran dengan cara yang bijak dan telus untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan. Niat strategik kami adalah untuk menjadi pengurus pelaburan ekuiti luar negara terkemuka dalam industri pencen dan pada masa yang sama memenuhi keperluan pihak berkepentingan.

Capital Market Department

Jabatan Pasaran Modal

Fungsi utama Jabatan Pasaran Modal adalah untuk menyediakan pilihan pasaran modal yang komprehensif dengan tujuan meningkatkan nilai kepada pemegang kepentingan.

 
Private Market Department

Jabatan Pasaran Persendirian

Fungsi utama Jabatan Pasaran Persendirian adalah untuk mendapatkan peluang di Pasaran Persendirian, termasuk Hartanah Domestik dan Global, yang dapat memenuhi pulangan yang disasarkan.

Treasury Department

Jabatan Perbendaharaan

Jabatan Perbendaharaan bertanggungjawab menguruskan aliran tunai harian dan mengekalkan tahap tunai optimum untuk memenuhi komitmen KWSP dan memaksimumkan pulangan melalui pelaburan dalam portfolio pendapatan tetap (Kerajaan dan kesetaraan). Jabatan ini juga menguruskan keperluan pertukaran asing KWSP dan melaksanakan dasar perlindungan nilai untuk melindung nilai risiko pertukaran asing dan kadar faedah.

Jabatan Pengurusan Pengurus Dana Luar

Jabatan Pengurus Dana Luar

Jabatan Pengurus Dana Luar bertanggungjawab mengawasi pengurus dana luar berdasarkan amalan terbaik industri bagi mengoptimumkan pulangan pelaburan dalam kawalan risiko yang berpatutan melalui kepelbagaian pelaburan dengan melantik pengurus dana terbaik dalam kelas aset yang berkenaan di pasaran domestik dan global.

 
Jabatan Operasi Pelaburan

Jabatan Operasi Pelaburan

Jabatan Operasi Pelaburan adalah Rakan Perniagaan Bahagian Pelaburan dalam hal-hal berkaitan digital dan teknologi maklumat, penambahbaikan proses yang berterusan, perakaunan pelaburan bagi anak-anak syarikat dan syarikat bersekutu, dan pembangunan modal insan untuk memenuhi keperluan dan ekspektasi Bahagian Pelaburan.

Jabatan ini turut memberikan perkhidmatan berkaitan syariah yang terdiri daripada penyelidikan & penasihatan syariah, pematuhan syariah dan risiko syariah yang merupakan sebahagian daripada tadbir urus syariah bagi Simpanan Shariah KWSP.

 

housing

Perlukan Bantuan?

Sila sertakan nombor ahli KWSP atau nombor kad pengenalan/pasport anda dan juga tajuk soalan anda semasa menghubungi KWSP.

Maklum Balas Pelanggan

Pejabat KWSP