Bahagian Strategi
Melalui siasatan terperinci dan pengesahan
Bahagian ini ditugaskan mengurus dan menyelaras aktiviti utama selaras dengan misi KWSP untuk menyediakan simpanan persaraan yang terbaik untuk ahli. Antara aktiviti utama termasuk merangka dasar dan skim untuk memenuhi landskap persaraan masa hadapan; berkomunikasi, melibatkan diri dan mendidik semua pihak berkepentingan berkaitan isu persaraan; merancang, menyediakan dan meletakkan KWSP untuk memenuhi mandat dan objektifnya; dan menyediakan infrastruktur dan kemampuan modal insan terbaik untuk menjadikan KWSP salah satu organisasi terbaik untuk mereka bekerjasama di Malaysia.
Jabatan ini bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan Sumber Manusia yang efektif dan menghasilkan modal insan yang cekap. Ia juga bertindak sebagai rakan strategik untuk pembangunan organisasi melalui peningkatan peluang kerjaya dan kemahiran, penstrukturan pengurusan bakat dan perancangan penggantian, mengawal kos sumber manusia, mengoptimumkan tenaga kerja dan memupuk budaya yang berasaskan prestasi.
Fungsi utama EPF Learning Campus (ELC) adalah untuk merancang dan melaksanakan program latihan yang berkesan untuk memenuhi kompetensi profesional, fungsional dan kepimpinan kakitangan. ELC juga menawarkan pembelajaran alternatif melalui Pengurusan Pengetahuan dan kursus i-Learning yang disokong oleh infrastruktur latihan komprehensif.
Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP bertanggungjawab menguruskan reputasi organisasi melalui komunikasi dalaman dan luaran yang berkesan dan strategik - dengan matlamat keseluruhan mengukuhkan peranan KWSP sebagai organisasi keselamatan sosial.
Jabatan Pengurusan Strategi bertanggungjawab merangka hala tuju dan pelan tindakan strategi peringkat organisasi. Fungsi jabatan adalah merangkumi penyelarasan hala tuju perniagaan sejajar dengan strategi korporat, pemantauan prestasi organisasi selaras dengan visi dan misi, dan memastikan pelaksanaan inisiatif-inisiatif utama yang efisien dan efektif. Jabatan ini turut terlibat aktif dalam pengurusan perhubungan strategik dengan pihak-pihak berkepentingan bagi memacu penggubalan polisi dan memperkenalkan produk dan perkhidmatan baru untuk meningkatkan kesejahteraan ahli KWSP dalam memenuhi aspirasi membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik.
Jabatan Ekonomi dan Penyelidikan memantau perkembangan dalam ekonomi di semua negara di mana KWSP mempunyai pelaburan. Ini memberikan gambaran mengenai strategi pelaburan dan peruntukan portfolio KWSP, serta membantu mengenal pasti faktor risiko.
Sila sertakan nombor ahli KWSP atau nombor kad pengenalan/pasport anda dan juga tajuk soalan anda semasa menghubungi KWSP.
Maklum Balas Pelanggan
Pejabat KWSP
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 69 dan ke atas, Firefox 61 dan ke atas, Safari 11 dan ke atas, Opera 54 dan ke atas, atau Edge 16 dan ke atas.
© KWSP 2019. Hakcipta Terpelihara