Setiap orang mempunyai matlamat kewangan yang berbeza pada setiap peringkat hidup. Kita semua mempunyai impian besar yang ingin kita capai, seperti membeli rumah, kereta, atau mengembara ke serata dunia. Walau bagaimanapun, kita sering berfikiran bahawa impian tersebut jauh dari jangkauan.
Untuk mencapai matlamat ini, terdapat beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan. Anda boleh mulakan dengan membuka akaun bank simpanan khusus atau meneroka pelan pelaburan, yang dapat memberikan asas yang kukuh untuk simpanan anda. Selain itu, sesetengah individu menemui nilai melalui pelaburan dalam emas dan perak.
Dengan mempelbagaikan jenis pelaburan dan simpanan, anda boleh mengurangkan risiko kerugian duit. Satu pelaburan mungkin mengalami kerugian nilai, tetapi kerugian tersebut boleh diselamatkan melalui pelaburan yang lain. Ini membantu untuk mencapai pulangan keseluruhan yang lebih konsisten.
Tahukah anda sebenarnya KWSP juga menawarkan cara untuk anda mempelbagaikan lagi simpanan anda?
KWSP menggunakan simpanan anda untuk melabur dalam pelbagai portfolio pelaburan, seperti saham, bon, dan hartanah, yang membantu mempelbagaikan sumber pendapatan dan memaksimumkan potensi pulangan anda dengan risiko yang munasabah. Dengan mengamanahkan simpanan anda kepada KWSP, kepakaran kami boleh menguruskan dan mempelbagaikan dana tersebut sekaligus memberikan anda peluang untuk mengembangkan simpanan itu dari semasa ke semasa.
Berikut adalah manfaat yang boleh dijangkakan apabila duit anda meningkat dengan KWSP dari semasa ke semasa:
Selain daripada caruman wajib yang terdiri daripada syer majikan dan syer pekerja, anda juga digalakkan untuk mengambil inisiatif untuk meningkatkan simpanan KWSP anda secara sukarela. Apa yang lebih menarik lagi, dengan menyimpan di KWSP, anda dapat menyimpan dengan lebih mudah dan efektif menggunakan dua pilihan yang kami sediakan.
Pilihan ini memudahkan anda untuk meningkatkan simpanan KWSP dengan lebih proaktif dan menjamin masa depan kewangan yang lebih baik.
Tambahan lagi, jumlah simpanan maksimum bagi Caruman Sukarela telah dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM100,000 setahun. Pelarasan baru ini menawarkan potensi yang lebih besar untuk anda mencapai matlamat kewangan dalam jangka masa yang lebih pendek.
Jika anda memilih untuk mencarum melebihi kadar berkanun, anda hanya perlu memaklumkan kepada majikan anda. Pilihan ini memudahkan proses simpanan, kerana anda tidak perlu lagi menyimpan secara manual pada setiap bulan. Selain itu, ia membolehkan anda menyimpan dengan lebih konsisten kerana caruman akan dibuat secara automatik.
Anda mungkin tertanya-tanya kenapa menyimpan di KWSP? Ini kerana, ia memberi anda kelebihan dimana anda bukan sahaja dapat menjimatkan duit anda, tetapi juga mendapat pelbagai faedah tambahan, seperti:
Kami menawarkan pulangan dividen tahunan yang kompetitif sejajar dengan risiko pelaburan tersebut. Tambahan lagi, kerajaan menjamin dividen sebanyak 2.5% setiap tahun bagi ahli yang memilih Simpanan Konvensional dalam KWSP. Dividen ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan simpanan persaraan anda dari semasa ke semasa.
Anda mempunyai fleksibiliti untuk membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 2 KWSP anda untuk pelbagai tujuan. Ini termasuklah membeli rumah, melanjutkan pelajaran dan lain-lain. Contohnya, Pengeluaran Pendidikan membolehkan anda membiayai perbelanjaan pendidikan anda, seperti membayar pinjaman PTPTN.
Ini memberikan anda kebebasan untuk memanfaatkan simpanan anda sesuai dengan keperluan anda, bergantung pada skim pengeluaran yang terdapat dalam KWSP. Katakanlah anda sudah membuat caruman sukarela atau mencarum melebihi kadar berkanun, wujudkah cara lain untuk meningkatkan lagi simpanan anda? Ya, terdapat cara lain yang boleh juga membantu anda!
Menyimpan dengan membuat pelaburan adalah pilihan yang bijak kerana ia dapat membantu meningkatkan simpanan anda dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, ketahui dan nilai tahap keselesaan anda terhadap pengambilan risiko sebelum membuat sebarang pelaburan.
Skim Pelaburan Ahli kami menawarkan cara yang effektif untuk meningkatkan simpanan anda. Dengan skim ini, ahli yang layak untuk membuat pelaburan boleh memindahkan amaun yang diperlukan dari simpanan di Akaun 1 untuk tujuan pelaburan yang diluluskan oleh pihak KWSP.
Apa yang lebih menarik lagi adalah, anda boleh melabur secara atas talian melalui fasiliti i-Invest KWSP yang terdapat di platform i-Akaun.
Ketahui lebih lanjut mengenai Skim Pelaburan Ahli KWSP di sini:
Mula menyimpan dari sekarang untuk menjamin masa depan yang lebih baik untuk diri anda sendiri. Walau apa jenis simpanan yang anda pilih sekalipun, pastikan anda menguruskannya dengan berhemah dan bijak.
Adakah Anda Pasti Simpanan Anda Cukup Untuk Persaraan Yang Selesa?
Pastikan Jaminan Masa Depan Isteri Anda, Walaupun Anda Sudah Tiada