Program Kami
Program Pendidikan Khas untuk Majikan Anjuran KWSP
Kursus ini memberi penekanan kepada pengurusan caruman, penyelesaian masalah dan prosedur kerja baru KWSP. Kursus ini akan turut menyentuh pembaharuan terkini dari aspek perkhidmatan KWSP kepada majikan seperti skim pengeluaran KWSP, i-Akaun serta menambah kajian-kajian kes sepertimana permintaan para peserta yang dinyatakan dalam borang penilaian mereka selepas menghadiri kursus.
1. Kursus Obligasi Majikan Terhadap Akta KWSP
Tajuk: Pengurusan Caruman & Prosedur Kerja Baru KWSP
- Kumpulan Sasaran
Semua majikan/wakil serta bakal majikan terutama pegawai yang terlibat dalam aspek pembayaran caruman dan pengurusan sumber manusia.
- Objektif Kursus
Peserta akan dapat mendalami pengetahuan mengenai peruntukan utama dan pindaan terkini dalam Akta KWSP dan memastikan majikan mereka menjalankan tanggungjawab moral dan undang-undang dalam melindungi hak pekerja mereka yang merupakan ahli KWSP. Di samping itu, peserta akan mempelajari langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelak dan menyelesaikan masalah urusan pembayaran caruman KWSP.
- Kandungan Kursus
- Pengenalan kepada KWSP, Visi, Misi dan Piagam Pelanggan KWSP, Objektif Penubuhan, Fungsi, Tanggungjawab dan Peranan KWSP sebagai organisasi keselamatan sosial dan perkhidmatan untuk pelanggan.
- Tanggungjawab Majikan untuk Mencarum, Definisi Pekerja, Majikan, Perkhidmatan & Perantisan dan Upah, Orang-orang yang Diwajibkan Mencarum, Upah yang Perlu Dicarum dan Dikecualikan.
- Pengurusan Caruman KWSP, Pendaftaran Majikan dan Pekerja, Potongan, Pembayaran, Penghantaran Borang dan Pengesahan Caruman - Penyelenggaraan Rekod & Prosedur Kerja Baru KWSP, Teknik Penyelesaian Masalah, Kesilapan Bulan Caruman & Bulan Gaji, Kelebihan & Kekurangan Bayaran, Caruman Tanpa Maklumat Lengkap dan Borang A/E Defektif.
- Hak & Faedah Ahli, Skim-skim Pengeluaran terkini KWSP, i-Akaun & Penamaan.
- Tarikh dan Lokasi (Tahun 2020)
Maklumat Program dan Kalendar Kursus (Januari - Jun 2020)
2. Bengkel Tanggungjawab Majikan Terhadap Pekerja
Tajuk: Peranan Majikan dari Konteks Akta KWSP, Akta PERKESO, Akta Kerja dan Akta Cukai Pendapatan
- Kumpulan Sasaran
Semua penyelia atau pengurus yang menguruskan hal ehwal pekerjaan, kewangan, undang-undang, pengurusan sumber manusia, perhubungan perusahaan dan percukaian.
- Objektif Kursus
Peranan KWSP, PERKESO dan Jabatan Tenaga Kerja dalam merealisasikan prinsip keselamatan sosial di Malaysia dan keselamatan sosial pekerja. Hak dan faedah pekerja di bawah Skim KWSP. Isu-isu berkaitan faedah serta prosedur tuntutan Skim PERKESO. Perlindungan pekerjaan di bawah Undang-Undang Buruh, Isu-isu semasa berkaitan KWSP, PERKESO, Jabatan Tenaga Kerja dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Kandungan Kursus
- Menekankan kepentingan perlindungan pekerjaan dan keselamatan sosial melalui skim KWSP, LHDN, PERKESO dan Undang-Undang Buruh.
- Menjelaskan isu-isu semasa berkaitan hak buruh dan faedah pekerja dari konteks Akta KWSP, Akta PERKESO, Akta Kerja dan Akta Cukai Pendapatan.
- Memastikan peserta memperolehi satu kefahaman konseptual berkaitan hak-hak asas pekerja dan tanggungjawab undang-undang majikan.
- Tarikh dan Lokasi (Tahun 2020)
Maklumat Program dan Kalendar Bengkel (Januari - Jun 2020)
Nota: Tertakluk kepada pindaan akhir oleh EPF Learning Campus. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM300.00 bagi Kursus Obligasi Majikan Terhadap Akta KWSP (Pengurusan Caruman & Prosedur Kerja Baru KWSP) dan bayaran sebanyak RM1,000.00 untuk Bengkel Tanggungjawab Majikan Terhadap Pekerja yang akan dikendalikan bersama oleh pegawai-pegawai kanan dari KWSP, PERKESO, Jabatan Tenaga Kerja dan LHDN.
Majikan yang berminat untuk mengikuti program ini boleh menghubungi EPF Learning Campus di talian 03-8921 0329, 03-8921 0321 dan 03-8926 4571 atau melalui emel kepada [email protected]