Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain, ekspatriat, pemastautin tetap (PR) atau pekerja asing yang kembali ke negara asal boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.

Siapa Yang Boleh Memohon

icon card
Warganegara Malaysia/ PR yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan/ PR ATAU Ekspatriat/ pekerja asing yang tidak lagi bekerja/ berhasrat meninggalkan Malaysia
icon card
Mempunyai simpanan KWSP
Nota: Ahli yang telah mencapai umur 60 tahun dinasihatkan untuk membuat Pengeluaran Penuh Umur 60 tahun.

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

• Keseluruhan simpanan KWSP

Leaving the Country (What You Can Withdraw) Accordion

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

back chevron

Kesemua simpanan KWSP


Update & Maintain Records

Bilakah pendaftaran majikan perlu dibuat dan dokumen apakah yang diperlukan?

back chevron

Mengikut Seksyen 41(1), Akta KWSP 1991, majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh mengambil pekerja. Majikan melengkapkan Borang KWSP 1 dan menyerahkannya berserta dengan Borang Pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa (Contoh: Borang 49/ Sijil Pendaftaran oleh SSM). Majikan akan diberi:

a. Nombor Rujukan Majikan
b. Sijil Pendaftaran Majikan
c. Notis Pendaftaran Majikan


Apakah itu pendaftaran majikan dalam talian bagi syarikat berdaftar dengan SSM?

back chevron

a. Pendaftaran majikan dalam talian merupakan kemudahan untuk syarikat yang berdaftar
    dengan SSM, mendaftar sebagai majikan KWSP di laman web KWSP (www.kwsp.gov.my).
b. Ia juga menyediakan kemudahan pendaftaran i-Akaun (Majikan) dalam talian bagi majikan
    yang layak.


Siapakah yang boleh menggunakan kemudahan ini ?

back chevron

Sebagai permulaan, kemudahan ini hanya dibuka kepada Majikan yang berdaftar di bawah kategori syarikat (Sdn. Bhd. & Bhd.) dengan pihak SSM untuk mendaftar sebagai Majikan KWSP.


Adakah majikan yang berdaftar dengan SSM di bawah kategori lain boleh menggunakan kemudahan ini ?

back chevron

Majikan yang berdaftar dengan SSM di bawah kategori lain TIDAK BOLEH menggunakan kemudahan ini.


Mengapakah kemudahan ini hanya dibuka kepada majikan yang berdaftar di bawah kategori syarikat dengan pihak SSM?

back chevron

Buat masa ini, kemudahan ini hanya dibuka kepada majikan yang berdaftar di bawah kategori syarikat dengan SSM berikutan maklumat bagi kategori majikan ini telah pun disimpan di peringkat KWSP.


Adakah kemudahan ini akan diperluaskan kepada majikan di bawah kategori lain ?

back chevron

Kemudahan ini akan diperluaskan kepada majikan di bawah kategori lain pada masa akan datang dan sebarang penambahbaikan kemudahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak KWSP.


Apakah syarat-syarat permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini ?

back chevron

Syarat-syarat permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini adalah seperti berikut:
i. Belum berdaftar sebagai Majikan KWSP
ii. Telah mempunyai pekerja yang bekerja
iii. Telah berdaftar di bawah kategori syarikat dengan SSM
iv. Setiap maklumat pendaftaran yang dikunci masuk semasa proses pendaftaran mestilah SAMA dengan maklumat yang telah didaftarkan/direkodkan di SSM untuk pengesahan.


Siapakah daripada majikan yang boleh membuat permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini?

back chevron

Permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini boleh dibuat oleh majikan, wakil majikan atau setiausaha syarikat.


Apakah fasiliti tambahan yang disediakan dalam permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP?

back chevron

Fasiliti tambahan yang disediakan dalam permohonan pendaftaran untuk menjadi majikan KWSP ialah pendaftaran i-Akaun (Majikan) bagi majikan yang layak.


Bagaimanakah majikan boleh mengetahui status permohonan pendaftaran Majikan dalam talian sama ada berjaya atau ditolak?

back chevron

Majikan boleh mengetahui status permohonan pendaftaran dalam talian secara automatik melalui makluman status berjaya atau tidak semasa membuat pendaftaran. 


Apakah maklumat yang akan diperolehi majikan setelah permohonan pendaftaran dalam talian berjaya?

back chevron

Maklumat yang akan diperolehi majikan adalah seperti berikut:
a. Nombor rujukan majikan
b. Notis pendaftaran majikan
c. Sijil pendaftaran sebagai majikan
d. Pengaktifan i-Akaun (Majikan) bagi majikan yang layak


Bolehkah majikan mendapatkan semula notis dan sijil pendaftaran majikan sekiranya terlupa untuk memuat turun atau mencetak dokumen tersebut ?

back chevron

Majikan BOLEH memuat turun atau mencetak semula notis dan sijil pendaftaran dengan mengunci masuk semula maklumat pendaftaran yang telah didaftarkan di skrin pendaftaran.


Adakah kemudahan pendaftaran majikan dalam talian ini selamat ?

back chevron

Kemudahan pendaftaran majikan dalam talian ADALAH SELAMAT berikutan langkah-langkah keselamatan telah diambil bagi melindungi data majikan.


Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan permohonan pendaftaran majikan sebagai Majikan KWSP dalam talian ini ditolak?

back chevron

Faktor-faktornya adalah seperti berikut:
a. Majikan telahpun berdaftar sebagai majikan dengan pihak KWSP.
b. Maklumat pendaftaran yang dikunci masuk semasa proses pengesahan maklumat
    pendaftaran didapati TIDAK SAMA dengan maklumat yang didaftarkan/direkodkan di SSM.


Di manakah majikan boleh membuat permohonan pendaftaran Majikan KWSP jika permohonan pendaftaran majikan dalam taliannya ditolak?

back chevron

Permohonan boleh dibuat di kaunter KWSP atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk pertanyaan lanjut.


Bolehkah majikan membuat permohonan pendaftaran untuk lebih daripada satu nombor rujukan melalui kemudahan pendaftaran majikan dalam talian ini ?

back chevron

Tidak. Majikan hanya boleh berbuat demikian di Pejabat KWSP.


Adakah saluran pendaftaran Majikan KWSP dalam talian ini akan menghapuskan saluran pendaftaran Majikan sedia ada di Pejabat KWSP?

back chevron

TIDAK. Saluran pendaftaran majikan di Pejabat KWSP masih kekal seperti sedia ada.


Apa Yang Anda Perlukan

  • Salinan pasport yang masih sah laku
  • Buku bank/ Penyata akaun simpanan/ Penyata akaun semasa/ Penyata akaun bersama yang masih aktif dengan panel bank KWSP

Dokumen-Dokumen Tambahan Yang Diperlukan Bagi Ahli Warganegara dan Bukan Warganegara Malaysia

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan mungkin berbeza bagi ahli Warganegara dan Bukan Warganegara. Ia amatlah penting untuk memastikan semua dokumen adalah lengkapkan bagi melancarkan proses permohonan.

Bukti Pengenalan diperlukan bagi keadaan seperti berikut:
 
  • Jika nombor pasport terkini berbeza dengan rekod KWSP
    Salinan pasport lama yang digunakan untuk mendaftar
  • Jika pasport asal yang sah tiada dalam simpanan
    Surat Pengesahan Perjalanan Sementara daripada Kedutaan Negara Pemohon di Malaysia
  • Jika maklumat ahli dalam rekod KWSP tidak lengkap atau tidak sepadan
    Surat Pengesahan Pengenalan Diri Pemohon oleh majikan*
    ATAU
    Surat Pengesahan Pengenalan Diri Pemohon oleh kedutaan negara pemohon
    ATAU
    Borang Pengesahan Bayaran Caruman Ahli** oleh majikan
  • Sijil perkahwinan/ Sijil kelahiran/ dokumen tambahan yang berkaitan
    Sekiranya maklumat ahli dalam pasport berlainan dengan rekod KWSP

Leaving the Country (Ex-Citizen/Permanent Resident/Expatriate/Foreign Worker) Accordion

Bekas Warganegara

back chevron

Bukti Pelepasan
Surat pelepasan kewarganegaraan Malaysia (Borang K/ Borang Y)
ATAU
Surat Pengesahan Pelepasan Kewarganegaraan Malaysia daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)/ Kedutaan/ Pesuruhjaya Tinggi/ Konsulat Malaysia di luar negara


Penduduk Tetap

back chevron

Surat Penyerahan
Surat Penyerahan Kad Pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Ekspatriat

back chevron

Ekspatriat boleh memohon sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tamat tempoh permit kerja atau sebelum penamatan kontrak oleh majikan atau tarikh perletakkan jawatan.

 

  1. Bukti Pekerjaan
    Permit kerja
     
  2. Bukti Penamatan Kerja* 
    Surat berhenti kerja/ penamatan kontrak oleh majikan
    ATAU
    Surat/ Penyata Pelepasan Cukai Pendapatan
    ATAU
    Pembatalan permit kerja

    *Pembatalan Pas Pemastautin bagi pekerja berstatus 'TALENT'
    *Kecuali Pelaut Dagang
  3. Bukti Caruman
    Borang Pengesahan Bayaran Caruman Ahli oleh Majikan (sekiranya pemohon masih bekerja)
    ATAU
    Surat Pengesahan pengenalan diri pemohon oleh pihak Kedutaan Negara pemohon (sekiranya pemohon tidak lagi bekerja)

Pekerja Asing

back chevron
  1. Bukti pekerjaan
    Permit kerja
     
  2. Bukti caruman
    Borang Pengesahan Bayaran Caruman Ahli oleh Majikan (sekiranya pemohon masih bekerja)
    ATAU
    Surat Pengesahan pengenalan diri pemohon oleh pihak Kedutaan Negara pemohon (sekiranya pemohon tidak lagi bekerja)
     
  3. Bukti meninggalkan negara
    Memo Periksa Keluar daripada Jabatan Imigresen Malaysia
     

Dividend- Crediting

Di manakah Penyata Ahli 2023 boleh diperolehi?

back chevron

Penyata Ahli 2023 boleh diperoleh melalui i-Akaun (Ahli) sama ada versi web atau aplikasi mudah alih, Self Service Terminal (SST) dan kaunter-kaunter di Pejabat KWSP. Senarai Pejabat KWSP dan SST boleh dirujuk di Laman Web KWSP melalui https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami

Ahli digalakkan untuk mendapatkan Penyata Ahli 2023 melalui i-Akaun (Ahli). Panduan pendaftaran i-Akaun boleh dirujuk di Laman Web KWSP melalui https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/e-kyc-via-kwsp-i-akaun_v6


Bilakah ahli boleh menyemak jumlah dividen mereka untuk tahun 2023?

back chevron

Ahli boleh menyemak jumlah dividen yang telah dikreditkan melalui Penyata Ahli 2023 setelah Dividen Tahun 2023 diisytiharkan oleh KWSP.


Bagaimanakah ahli yang berada di luar negara boleh mendapatkan Penyata Ahli?

back chevron

Ahli yang berada di luar negara boleh mendapatkan Penyata Ahli melalui kemudahan i-Akaun Ahli sama ada versi web atau aplikasi mudah alih.


Sekiranya ahli tiada kemudahan ini, Penyata Ahli boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian +603-89226000 atau mengemukakan permohonan di Laman Web KWSP melalui https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami


Siapa Yang Boleh Memohon

icon card
Warganegara / PR yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan / PR ATAU Ekspatriat / pekerja asing yang tidak lagi bekerja / berhasrat meninggalkan Malaysia
icon card
Mempunyai simpanan KWSP

Apa Yang Anda Boleh Keluarkan

• Kesemua simpanan KWSP

Leaving the Country (What You Can Withdraw) Accordion

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

back chevron

Kesemua simpanan KWSP


Apa Yang Anda Perlukan

  • Salinan pasport yang masih sah laku
  • Buku bank/Penyata akaun simpanan/Penyata akaun semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Maklumat pemegang akaun

Dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan bagi ahli Warganegara dan Bukan Warganegara

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan mungkin berbeza bagi ahli Warganegara dan Bukan Warganegara. Ia amatlah penting untuk memastikan semua dokumen adalah lengkapkan bagi melancarkan proses permohonan.
 
Bukti Pengenalan diperlukan apabila:
 
  • Jika nombor pasport terkini berbeza dengan rekod KWSP
    Salinan pasport lama yang digunakan untuk mendaftar
  • Jika pasport asal yang sah tiada dalam simpanan
    Surat Pengesahan Perjalanan Sementara daripada Kedutaan Negara Pemohon di Malaysia
  • Jika maklumat ahli dalam rekod KWSP tidak lengkap atau tidak sepadan
    Surat Pengesahan Pengenalan Diri Pemohon oleh majikan*
    ATAU
    Surat Pengesahan Pengenalan Diri Pemohon oleh kedutaan negara pemohon
    ATAU
    Borang Pengesahan Bayaran Caruman Ahli** oleh majikan
  • Sijil perkahwinan/Sijil kelahiran/dokumen tambahan yang berkaitan
    Sekiranya maklumat ahli dalam pasport berlainan dengan rekod KWSP

Leaving the Country (Overseas Application) Accordion

Bekas Warganegara

back chevron

Bukti Pelepasan
Surat pelepasan Kewarganegaraan Malaysia (Borang K/Borang Y)
ATAU
Surat Pengesahan Pelepasan Kewarganegaraan Malaysia daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)/Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi/Konsulat Malaysia di luar negara.


Penduduk Tetap

back chevron

Surat penyerahan
Surat Penyerahan Kad Pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Ekspatriat

back chevron
  1. Dokumen
  2. Dokumen Tambahan

Pekerja Asing

back chevron
  1. Dokumen
  2. Dokumen Tambahan

Maklumat Tambahan

Leaving the Country (Payment/ Reminder) Accordion

Cara Pembayaran​

back chevron
  1. Bayaran Dalam Negara

    a. Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda
    Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor dokumen pengenalan diri sama dengan rekod bank.

    b. Anda akan diberi Cek Jurubank
    Jika bayaran ke akaun bank anda gagal.
     
  2. Bayaran Luar Negara

    a. Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda
    Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan.

    b. Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar
    Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan.

Peringatan Penting

back chevron

Mengesahkan dokumen anda
Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.
(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)

1. Pemohon Di Malaysia:

  • Pegawai KWSP 
  • Pegawai Kedutaan/ Pesuruhjaya Tinggi/ Konsulat Negara pemohon di Malaysia
  • Majikan Pemohon

2. Pemohon Luar Negara:

  • Kedutaan Malaysia
  • Suruhanjaya Tinggi/ Konsulat Malaysia
  • Suruhanjaya Perdagangan Malaysia
  • Notari Awam

 

Pastikan bank panel anda
Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli.

Bank Panel KWSP

Hantar ke KWSP
Hantar permohonan lengkap ke pejabat KWSP terdekat atau secara mel.

Mel Ke KWSP: 

JABATAN PENGURUSAN TRANSAKSI
Menara KWSP 
No.1 Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150 Shah Alam,
Selangor.

Cari KWSP Terdekat

Perlu maklumat lanjut?
Rujuk kepada risalah produk untuk maklumat tambahan.

Muat Turun Risalah