Pengeluaran Beli Rumah
Siapa Yang Boleh Memohon
Keperluan
Rumah kediaman - jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/ Small Office Home Office (SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.
**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.
***Bagi ahli yang membeli rumah kediaman jenis Small Office Home Office (SOHO) dikehendaki untuk membuat permohonan secara manual di kaunter KWSP.

Kategori
- Pengeluaran individu
- Pengeluaran bersama pasangan/ahli keluarga
Apa Yang Anda Boleh Keluarkan
Pengeluaran Individu | Pengeluaran Bersama | |
---|---|---|
Pinjaman Perumahan | Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun Sejahtera (mana lebih rendah) | Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun Sejahtera pemohon (mana lebih rendah) |
Pembiayaan Sendiri/ Tunai | Harga rumah + tambahan 10% ATAU semua simpanan dalam Akaun Sejahtera (mana lebih rendah) | Harga rumah + tambahan 10% ATAU semua simpanan dalam Akaun Sejahtera pemohon (mana lebih rendah) |
Apa Yang Anda Perlukan
Dokumen
- Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
- Buku bank/penyata akaun simpanan (untuk pengesahan)
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
- Surat Perjanjian Jual Beli – tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan
Dokumen Tambahan Untuk Rumah Pertama Atau Kedua
Jadi, ia amatlah penting untuk menyusun semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.
Rumah Pertama
Pinjaman
- Bukti Pembelian
Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
- Bukti Pembiayaan
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan
ATAU
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan*
DAN
Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/ Borang Gadaian 16A/ ’Deed Of Assignment’/ Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman
*sekiranya Kelulusan Pinjaman melebihi setahun
- Bukti Pertalian
Sijil Perkahwinan
ATAU
Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
Pembiayaan Sendiri
- Bukti Pembelian
Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
- Bukti Pembayaran
Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah
- Bukti Pembelian Tunai
Surat Pengesahan Pemaju Mengenai Belian Tunai yang mengandungi maklumat butiran harta
- Bukti Pembinaan
Sijil Arkitek/ Surat Permintaan Bayaran yang menunjukkan peringkat pembinaan tidak kurang daripada 20%
ATAU
Sijil Layak Menduduki (Certificate of Fitness - CF/ Certificate of Occupation - CO)
- Bukti Pertalian
Sijil Perkahwinan
ATAU
Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
Rumah Kedua
Pinjaman
- Bukti Pembelian
Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
- Bukti Pembiayaan
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan
ATAU
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan*
DAN
Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/ Borang Gadaian 16A/ ’Deed Of Assignment’/ Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman
*sekiranya Kelulusan Pinjaman melebihi setahun
- Bukti Pertalian
Sijil Perkahwinan
ATAU
Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
- Bukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama
- Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah atau sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah;
ATAU
Nota: Bagi rumah yang dipindah milik atas dasar kasih sayang (tertakluk kepada ahli keluarga terdekat sahaja iaitu suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), perlu sertakan mana-mana dokumen bukti pertalian. - Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’); DAN Surat pengesahan daripada peguam pembeli/ penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (‘Notice of Assignment’) telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 (bagi proses pembelian atau penjualan selepas 12 April 2007) ATAU
- Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) antara ahli dan pemilik baru yang sempurna dan mesti mempunyai Cop Duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% daripada harga penjualan ATAU
- Suratan Hakmilik atas nama pemilik baru DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru ATAU
- Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5/ 5A (‘Real Property Gain Tax’) DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru ATAU
- Perakuan jual oleh pentadbir tanah (KTN16I)/ Perakuan jual oleh mahkamah (KTN16F) ATAU
- Pengesahan Bank Pelelong mengenai lelongan harta ATAU
- Penyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak DAN surat cerai (bagi kes perceraian) ATAU
- Carian rasmi yang menunjukkan pemilik baru harta tersebut daripada Pejabat Tanah DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru ATAU
- Surat Pengesahan daripada Pihak Berkuasa (Majlis Perbandaran/ Majlis Daerah/ Penghulu) bagi rumah musnah akibat bencana alam ATAU
- Surat Pengesahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Kerajaan Negeri bagi projek terbengkalai/ bermasalah/ sakit ATAU
- Surat Perjanjian Pembatalan pembelian rumah pertama (‘Deed Of Revocation’ atau ‘Deed of Rescission’) ATAU Surat Pengesahan Pembatalan daripada pemaju/ peguam ATAU
- Cukai Taksiran yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran/ pihak berkuasa tempatan atas nama pemilik baru dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru ATAU
- Surat pengesahan mengenai kemusnahan rumah akibat kebakaran dan mengakibatkan hilang tempat kediaman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat/ Polis Di Raja Malaysia/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Majlis Tempatan/ Ketua Kampung dan lain-lain yang diberi kuasa; DAN Dokumen tambahan seperti gambar kejadian atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan pemohon (jika perlu).
Pembiayaan Sendiri
- Bukti Pembelian
Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
- Bukti Pembelian Tunai
Surat Pengesahan Pemaju Mengenai Belian Tunai Yang Mengandungi Maklumat Butiran Harta.
- Bukti Pembayaran
Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah
- Bukti Pembinaan
Sijil Arkitek/ Surat Permintaan Bayaran Yang Menunjukkan Peringkat Pembinaan Tidak Kurang Daripada 20%
ATAU
Sijil Layak Menduduki (Certificate of Fitness - CF/ Certificate of Occupation - CO)
- Bukti Pertalian
Sijil Perkahwinan
ATAU
Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
- Bukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama
- Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah atau sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah;
ATAU
Nota: Bagi rumah yang dipindah milik atas dasar kasih sayang (tertakluk kepada ahli keluarga terdekat sahaja iaitu suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), perlu sertakan mana-mana dokumen bukti pertalian. - Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’); DAN Surat pengesahan daripada peguam pembeli/ penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (‘Notice of Assignment’) telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 (bagi proses pembelian atau penjualan selepas 12 April 2007); ATAU
- Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) antara ahli dan pemilik baru yang sempurna dan mesti mempunyai Cop Duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% daripada harga penjualan; ATAU
- Suratan Hakmilik atas nama pemilik baru DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
- Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5/5A (‘Real Property Gain Tax’) DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
- Perakuan jual oleh pentadbir tanah (KTN16I)/ Perakuan jual oleh mahkamah (KTN16F); ATAU
- Pengesahan Bank Pelelong mengenai lelongan harta; ATAU
- Penyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak DAN surat cerai (bagi kes perceraian); ATAU
- Carian rasmi yang menunjukkan pemilik baru harta tersebut daripada Pejabat Tanah DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
- Surat Pengesahan daripada Pihak Berkuasa (Majlis Perbandaran/ Majlis Daerah/ Penghulu) bagi rumah musnah akibat bencana alam; ATAU
- Surat Pengesahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Kerajaan Negeri bagi projek terbengkalai/ bermasalah/ sakit; ATAU
- Surat Perjanjian Pembatalan pembelian rumah pertama (‘Deed Of Revocation’ atau ‘Deed of Rescission’); ATAU Surat Pengesahan Pembatalan daripada pemaju/ peguam; ATAU
- Cukai Taksiran yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran /pihak berkuasa tempatan atas nama pemilik baru dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
- Surat pengesahan mengenai kemusnahan rumah akibat kebakaran dan mengakibatkan hilang tempat kediaman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat/ Polis Di Raja Malaysia/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Majlis Tempatan/ Ketua Kampung dan lain-lain yang diberi kuasa; DAN Dokumen tambahan seperti gambar kejadian atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan pemohon (jika perlu).
Cara Pembayaran
Bayaran Dalam Negara
- Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda
Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank - Anda akan diberi Cek Jurubank
Jika bayaran ke akaun anda gagal
Bayaran Luar Negara
- Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda
Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan - Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar
Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan
Peringatan Penting
- Mengesahkan dokumen anda
Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.
(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP) - Pastikan bank panel anda
Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli - Hantar ke KWSP
Hantar permohonan lengkap ke pejabat KWSP terdekat atau secara mel.Mel Ke KWSP:
Jabatan Pengurusan Transaksi
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Menara KWSP
No.1 Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150 Shah Alam,
Selangor. - Perlu maklumat lanjut?
Rujuk kepada risalah produk untuk maklumat tambahan.
Frequently Asked Question
Mengapakah ahli masih perlu hadir ke kaunter untuk pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) sedangkan permohonan dibuat secara online?
Tujuan ahli perlu hadir ke pejabat KWSP adalah untuk mengesahkan identiti pemohon bagi permohonan yang telah dihantar secara dalam talian.
Apa yang akan berlaku sekiranya ahli tidak hadir melakukan pengecaman Cap Ibu Jari?
Permohonan akan ditolak secara automatik jika ahli tidak hadir untuk pengesahan cap ibu jari (CIJ) di mana-mana pejabat KWSP dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) di kaunter?
- Dokumen pengenalan diri ahli yang asal bagi tujuan pengesahan identiti (MyKad/MyPR/KP Polis/KP Tentera).
- Dokumen sokongan - ahli akan dimaklumkan melalui peti masuk (inbox) di KWSP i-Akaun jika terdapat dokumen sokongan lain diperlukan.
Bagaimana cara ahli boleh menyemak status permohonan dan bayaran mereka?
- Menggunakan aplikasi atau web portal KWSP i-Akaun
- Mengunjungi mana-mana pejabat KWSP yang berdekatan
Di manakah pengecaman CIJ dan penyerahan dokumen sokongan boleh dilakukan?
- Ahli boleh membuat pengesahan cap ibu jari (CIJ) dan penyerahan dokumen di mana-mana pejabat KWSP berhampiran.
- Ahli juga boleh membuat pengesahan cap ibu jari (CIJ) di mana-mana Self-Service Terminal (SST) berdekatan sekiranya permohonan tidak memerlukan sebarang dokumen sokongan.
Artikel Berkaitan
Bacaan tambahan untuk anda