Akta KWSP 1991 - Jadual Pertama
Akta KWSP 1991
Jadual Pertama
JADUAL PERTAMA
(Seksyen 2)
ORANG YANG BUKAN PEKERJA
- Kesemua orang asli nomad melainkan jika dalam mana-mana hal tertentu Ketua Pengarah Hal Ehwal Orang Asli mengesyorkan selainnya.
- Orang gaji domestik sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta 273], kecuali apabila diambil bekerja
- oleh mana-mana majikan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua pada Akta ini;
- oleh mana-mana pertubuhan yang didaftarkan atau dikehendaki didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuat kuasa berhubungan dengan pendaftaran pertubuhan-pertubuhan atau pertubuhan-pertubuhan koperasi;
- dalam mana-mana perniagaan yang didaftarkan atau dilesenkan atau dikehendaki didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], Ordinan Perlesenan Perdagangan bagi Negeri Sabah [Sabah Bab. 144], Ordinan Perlesenan, Profesion dan Perdagangan bagi Negeri Sarawak [Sarawak Bab. 33], atau Ordinan Nama-Nama Perniagaan bagi Negeri Sarawak [Sarawak Bab 64], mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
- oleh mana-mana perbadanan yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
- oleh mana-mana majikan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua pada Akta ini;
- Orang gaji domestik yang ditakrifkan sebagaimana yang tersebut dahulu (selain daripada yang telah dikecualikan di bawah perenggan (2)) yang tidak, berkenaan dengan mana-mana pekerjaan dalam mana mereka pada ketika itu bekerja, memberikan kepada Lembaga dan majikan mereka satu bulan notis dalam borang yang ditetapkan mengenai niat mereka untuk menjadi ahli Kumpulan Wang.
- Pekerja luar sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952, kecuali apabila diambil bekerja oleh mana-mana majikan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
- Mana-mana orang yang ditahan dalam mana-mana penjara, Sekolah Henry Gurney, sekolah diluluskan, tempat tahanan, hospital mental, pusat pemulihan yang mempunyai erti yang sama dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283] atau penempatan pesakit kusta.
[Pin. Akta A958/1996]
- Mana-mana orang yang diambil bekerja dan yang negara domisilnya adalah di luar Malaysia dan yang masuk dan berada secara sementara di bawah kuasa mana-mana pas yang dikeluarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen dan yang tidak memberi Lembaga dan majikannya satu bulan notis dalam borang yang ditetapkan mengenai niatnya untuk menjadi ahli Kumpulan Wang.
[Pin. Akta A958/1996; Mas. Akta A1190/2003]
- Mana-mana orang yang diambil bekerja dan yang negara domisilnya adalah di luar Malaysia dan yang mengikut terma dan syarat perkhidmatannya menyertai suatu kumpulan wang simpanan atau skim lain yang seumpamanya yang ditubuhkan atau ditadbirkan di luar Malaysia.
[Pin. Akta A958/1996; Mas. Akta A1190/2003]
- Mana-mana orang yang diambil bekerja dan yang negara domisilnya adalah di luar Malaysia dan yang telah mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga untuk menyertai mengikut terma dan syarat perkhidmatannya dalam suatu kumpulan wang simpanan atau skim lain yang ditubuhkan atau ditadbirkan di Malaysia.
[Pin. Akta A958/1996]
- Mana-mana orang yang adalah Anggota Pentadbiran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
- (Dipotong oleh Akta A1190/2003).
- (Dipotong oleh Akta A1190/2003).
- (Dipotong oleh Akta A1190/2003).
- Mana-mana orang yang telah mencapai umur tujuh puluh lima tahun.
[Mas. Akta A1300/2007]