NO | SOALAN & JAWAPAN |
---|---|
1 |
Lanjutan kepada pengumuman Belanjawan 2021, apakah kadar berkanun caruman syer pekerja baharu ? |
Kadar berkanun caruman syer pekerja yang baharu ialah 9% daripada upah bulanan (diturunkan sebanyak 2%; berbanding 11% kadar asal). |
|
2 |
Siapakah terkesan dengan kadar berkanun caruman syer pekerja baharu ini ? |
Pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun sahaja yang akan terkesan dengan penurunan kadar berkanun caruman syer pekerja baharu ini. |
|
3 |
Adakah pekerja berumur 60 tahun ke atas terkesan dengan kadar berkanun caruman bagi syer pekerja baharu ini ? |
TIDAK. |
|
4 |
Apakah kesan pelaksanaan penurunan kadar berkanun caruman syer pekerja kepada para pekerja ? |
Para pekerja akan memperoleh pendapatan boleh guna bulanan (take home pay) yang lebih banyak setiap bulan tetapi caruman untuk simpanan KWSP bagi bulan yang berkenaan akan berkurangan. |
|
5 |
Bilakah tarikh kuat kuasa kadar berkanun caruman syer pekerja yang baharu ini ? |
Tarikh kuat kuasa kadar berkanun caruman syer pekerja yang baharu adalah bagi tempoh upah bulan Januari 2021 (caruman Februari 2021) sehingga upah bulan Disember 2021 (caruman Januari 2022). |
|
6 |
Berapakah jumlah caruman sebenar (RM) mengikut kadar berkanun caruman syer pekerja yang baharu dan dimanakah jumlah caruman ini boleh dirujuk ? |
Jumlah caruman sebenar mengikut kadar berkanun caruman syer pekerja yang baharu adalah sepertimana di dalam Jadual Ketiga Akta KWSP 1991. Rujukan adalah seperti berikut:
Jadual Ketiga ini boleh diperoleh di Laman Web KWSP www.kwsp.gov.my mulai 15/12/2020 |
|
7 |
Bolehkah pekerja membuat pilihan untuk mengekalkan kadar berkanun caruman syer pekerja pada kadar 11% ? |
BOLEH.
|
|
8 |
Bagaimanakah cara untuk pekerja membuat pilihan mengekalkan kadar caruman syer pekerja 11% ? |
|
|
9 |
Dimanakah Borang KWSP 17A (Khas 2021) boleh diperoleh ? |
Borang KWSP 17A (Khas 2021) boleh diperoleh di Laman Web KWSP www.kwsp.gov.my mulai 01/12/2020. |
|
10 |
Adakah perubahan ini melibatkan kadar berkanun caruman syer majikan ? |
TIDAK. |
|
11 |
Bilakah pilihan mencarum melebihi kadar berkanun caruman syer pekerja melalui Borang 17A (Khas 2021) akan berkuat kuasa ? |
Pilihan untuk mencarum melebihi kadar berkanun caruman syer pekerja akan berkuat kuasa mulai upah bulan Januari 2021 ATAU untuk upah bulan berikutnya setelah permohonan dibuat oleh majikan melalui i-Akaun (Majikan). |
|
12 |
Adakah pilihan untuk mencarum melebihi kadar berkanun caruman syer pekerja melalui Borang KWSP 17A (Khas 2021) ini membatalkan pilihan untuk mencarum melebihi kadar berkanun melalui Borang KWSP 17A (AHL) yang terdahulu ? |
Pilihan untuk mencarum melebihi kadar berkanun yang dibuat melalui Borang KWSP 17A (AHL) yang terdahulu adalah tidak terbatal dan masih berkuat kuasa. |
|
13 |
Bagaimanakah pekerja boleh membuat semakan bagi memastikan bahawa majikan telah meremitkan jumlah caruman sepertimana pilihan pekerja ? |
Pekerja boleh menyemak jumlah caruman dalam Penyata Akaun KWSP masing-masing yang boleh diperoleh melalui i-Akaun (Ahli). |
|
14 |
Saya mencarum atas pilihan sendiri. Adakah kadar caruman saya akan terjejas ? |
TIDAK. |
NO | SOALAN & JAWAPAN |
---|---|
1 |
Bagaimanakah majikan hendak mendaftar permohonan pekerjanya yang memilih untuk mengekalkan kadar caruman syer pekerja pada kadar 11% ? |
Majikan setelah menerima makluman daripada pekerjanya melalui Borang KWSP 17A (Khas 2021) hendaklah membuat pendaftaran melalui kemudahan yang disediakan dalam i-Akaun (Majikan).
|
|
2 |
Bolehkah majikan tidak mendaftarkan permohonan yang dibuat oleh ahli bagi mengekalkan kadar berkanun caruman syer pekerja sebanyak 11% ? |
TIDAK BOLEH. Majikan hendaklah mendaftarkan permohonan pekerja mereka melalui i-Akaun (Majikan) dan membuat potongan caruman syer pekerja sebanyak 11% sebagaimana yang diminta oleh pekerja mereka. |
|
3 |
Perlukah Borang KWSP 17A (Khas 2021) yang diterima oleh majikan dari pekerja mereka dikemukakan kepada KWSP ? |
TIDAK PERLU. |
|
4 |
Saya seorang majikan. Saya mempunyai ramai pekerja dalam organisasi saya. Kesemua pekerja saya ingin mengekalkan kadar caruman asal. Bolehkah saya melengkapkan satu salinan Borang tersebut bagi kesemua pekerja saya ? |
BOLEH. |
NO | SOALAN & JAWAPAN |
---|---|
PENGELUARAN AKAUN 2 UNTUK MEMBELI PRODUK INSURANS DAN TAKAFUL | |
1 |
Apakah butiran kemudahan ini? |
KWSP akan membenarkan ahli untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 untuk membeli produk insurans dan takaful daripada syarikat Insurans & Takaful yang diluluskan oleh KWSP-, melalui i-Akaun. |
|
2 |
Apakah produk yang akan ditawarkan kepada ahli dibawah kemudahan ini? |
Produk yang ditawarkan akan disesuaikan untuk ahli KWSP pada kadar premium/caruman yang berpatutan dengan ciri-ciri tambahan meliputi insurans hayat/perlindungan keluarga dan penyakit kritikal. |
|
3 |
Bilakah kemudahan ini akan ditawarkan kepada ahli? |
KWSP sedang memperhalusi kemudahan ini dengan pelbagai pihak, kerana ia memerlukan perubahan pada sistem dalaman dan pindaan kepada Akta KWSP 1991 & Kaedah-Kaedah KWSP 1991. Maklumat lanjut mengenai kemudahan ini akan dimaklumkan kelak oleh KWSP. |