Menjadi Majikan Yang Berdaftar
Menyediakan dokumen yang diperlukan dan hadir ke kaunter KWSP yang berdekatan untuk mendaftar sebagai majikan KWSP.
PENDAFTARAN
Daftar dan penuhi tanggungjawab dengan mudah
DAFTAR ROB/ROC DI SINISOALAN LAZIM
Majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari dari hari pertama mengambil pekerja pertamanya.
Majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari dari tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum, iaitu sebaik sahaja seseorang pekerja diambil bekerja untuknya.
Seksyen 41(1), Akta KWSP 1991
Menyediakan dokumen yang diperlukan dan hadir ke kaunter KWSP yang berdekatan untuk mendaftar sebagai majikan KWSP.
*Syarikat yang berdaftar dengan SSM dan telah mendaftar sebagai Majikan KWSP secara dalam talian boleh mendapatkan maklumat pendaftaran majikan di sini.
Majikan boleh memohon untuk didaftarkan di bawah nombor rujukan majikan melebihi daripada satu bagi memudahkan pembayaran caruman bulanan.
Contoh:
Syarikat XYZ Bhd | No. Rujukan Majikan |
---|---|
Untuk Kakitangan | 123456 |
Untuk Pengurusan | 789100 |
Untuk menerima penyata melalui emel, majikan perlu membuat pengesahan emel di [email protected] seperti format di bawah:
Selain daripada pendaftaran majikan, anda akan didaftarkan/perlu mendaftar sebagai pengguna i-Akaun Majikan bagi memudahkan anda membayar caruman secara dalam talian (online).
Borang boleh diperoleh di kaunter atau Laman Web KWSP
Wakil majikan menyerahkan dokumen kepada petugas KWSP untuk pendaftaran
Petugas KWSP membuat pengesahan terhadap dokumen berikut:-
Petugas KWSP mendaftarkan i-Akaun Majikan
Wakil majikan akan terima kod pengaktifan melalui SMS di telefon bimbit yang didaftarkan
Wakil majikan aktifkan i-Akaun di myEPF menggunakan kod pengaktifan dalam tempoh 30 hari
Pengaktifan TAC
TAC (Transaction Authorisation Code) akan digunakan untuk transaksi tertentu di i-Akaun bagi menjamin keselamatan data.
Contoh:
Apabila ahli atau majikan menggunakan fungsi lupa ID Pengguna atau Kata Laluan, TAC akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Majikan boleh mendaftar nombor telefon bimbit melalui i-Akaun atau di mana-mana kaunter KWSP.
Syarat-syarat untuk pengaktifan TAC:
Majikan telah mendaftar i-Akaun
Majikan yang pernah mendaftar nombor telefon bimbit untuk tujuan TAC boleh membuat pengemaskini melalui i-Akaun atau di mana-mana kaunter KWSP dengan mengisi Borang KWSP 1(i)
Layari i-Akaun Majikan dan klik Pengaktifan i-Akaun (Login Kali Pertama)
Baca dan pilih ‘Setuju’ pada Terma dan Syarat, kemudian klik ‘Seterusnya’
Masukkan nombor KWSP Majikan dalam ID Pengguna dan isikan kesemua ruang yang diperlukan untuk mendaftar
Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan dan anda boleh log masuk ke i-Akaun
Menjadi sebahagian daripada tanggungjawab anda sebagai majikan untuk mendaftarkan pekerja-pekerja yang belum mendaftar sebelum caruman pertama di buat.
Terdapat pelbagai cara bagi mendaftar pekerja anda.
Dengan menguncimasuk MyKad dan Nama Pekerja sepertimana yang dinyatakan dalam MyKad, pekerja yang belum didaftar akan didaftarkan secara automatik dengan KWSP.
Kaedah ini hanya boleh digunakan untuk warganegara dan Penduduk Tetap (PR) yang mempunyai MyKad.
Dengan melengkapkan borang yang berkaitan, anda boleh mendaftar di Kaunter KWSP atau mel apabila kriteria berikut dipenuhi.
Apa anda perlukan
Warganegara/Penduduk Tetap | Bukan Warganegara (Yang Memilih Untuk Mencarum) |
---|---|
MyKad | Pasport atau permit kerja yang sah atau visa |
Borang KWSP 3 (jika perlu) | Borang KWSP 16B |
Borang KWSP 3 |
Kaedah ini memerlukan pekerja menghadirkan diri ke kaunter KWSP, di mana mereka perlu mengemukakan MyKad dan pendaftaran akan dibuat dengan menggunakan cip MyKad.
Setelah pengesahan dibuat pekerja akan menerima nombor keahlian KWSP.
Nombor Rujukan Majikan hendaklah digunakan untuk membuat sebarang caruman atau dalam sebarang urusan KWSP.
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 69 dan ke atas, Firefox 61 dan ke atas, Safari 11 dan ke atas, Opera 54 dan ke atas, atau Edge 16 dan ke atas.
© KWSP 2022. Hakcipta Terpelihara