Soalan Lazim i-Lestari

Asas

 

BIL SOALAN & JAWAPAN
ASAS
1

Tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari.

Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

2

Konsep am Pengeluaran i-Lestari.

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

  1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
  3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Ilustrasi:

  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.
3

Kelayakan Ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari.

  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2
4

Tempoh Ahli membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari.

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

5

Amaun yang layak dikeluarkan oleh Ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari.

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat. Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

6

Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada Ahli?

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Permohonan untuk bayaran bulan kebelakang (backdated) tidak dibenarkan.

7

Permohonan untuk mengubah amaun bayaran pengeluaran.

Ahli boleh mengubah amaun bayaran pengeluaran berulang melalui saluran berikut:

  1. Secara dalam talian melalui portal i-Lestari Online. Klik di sini untuk kemas kini Pengeluaran i-Lestari melalui portal i-Lestari Online;
     
  2. Secara dalam talian melalui Kemas Kini dalam i-Akaun (Ahli). Klik di sini untuk log masuk ke i-Akaun (Ahli);
8

Saluran permohonan borang permohonan Pengeluaran i-Lestari.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari boleh dibuat mulai 1 April 2020 melalui saluran-saluran berikut :

  1. Secara dalam talian melalui i-Lestari Online yang disediakan di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses permohonan melalui i-Lestari Online;
  2. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli); atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.



Ahli disarankan untuk membuat permohonan melalui i-Lestari Online dan e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh Ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui pos sahaja.

9

Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?

Pengeluaran i-Lestari adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

10

Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad kepada sekali sebulan?

Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari adalah terhad kepada sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan Ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

11

Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?

Tujuan Pengeluaran i-Lestari adalah untuk membantu Ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik COVID-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.


12

Adakah Ahli yang beragama Islam diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas Pengeluaran i-Lestari?

Tujuan kemudahan Pengeluaran i-Lestari diwujudkan adalah untuk membantu meringankan beban kewangan Ahli yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Justeru, Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) berpandangan bahawa Ahli beragama Islam yang membuat pengeluaran tersebut bagi tujuan kelangsungan hidup diri sendiri dan tanggungannya dalam menampung keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan (hajah asliyah) tidak diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas pengeluaran tersebut.
 

Manakala Ahli beragama Islam yang membuat Pengeluaran i-Lestari bukan bagi tujuan menampung keperluan asas diri sendiri dan tanggungannya (bukan hajah asliyah), diwajibkan mengeluarkan zakat pada kadar 2.5% ke atas jumlah amaun pengeluaran sekiranya mencapai nisab tanpa perlu menunggu haul.
 

Ahli beragama Islam dinasihatkan untuk merujuk pihak berkuasa zakat negeri masing-masing berhubung zakat pengeluaran KWSP.
 

Glosari:
 

1. Hajah asliyah : Keperluan asas seperti makanan, kesihatan, pendidikan, pakaian dan tempat tinggal.
 

2. Nisab: Paras minimum sesuatu harta yang tertakluk kepada zakat yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas.
 

3. Haul: Tempoh satu tahun (berdasarkan taqwim Hijrah) sesuatu harta yang tertakluk kepada zakat dimiliki.
 

 

BIL SOALAN & JAWAPAN
PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI MELALUI i-LESTARI ONLINE
1

Apakah yang dimaksudkan dengan i-Lestari Online?

i-Lestari Online adalah saluran dalam talian yang membolehkan Ahli KWSP menghantar permohonan Pengeluaran i-Lestari menggunakan borang yang boleh diakses terus di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my 

2

Apakah kelebihan saluran ini kepada Ahli?

i-Lestari Online adalah saluran mesra pengguna yang membolehkan Ahli:

  1. Mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari secara dalam talian berdasarkan terma-terma yang ditetapkan;
     
  2. Memohon tanpa perlu mendaftar untuk i-Akaun (Ahli);
     
  3. Menyemak makluman status pengeluaran secara dalam talian;
     
  4. Menghantar permohonan Pengeluaran i-Lestari melalui pelbagai peranti;
     
  5. Membuat permohonan secara mudah, cepat dan tepat; dan
     
  6. Kemas kini maklumat pengeluaran seperti akaun bank, amaun pengeluaran, nombor telefon bimbit dan pilihan Arahan Bayaran (bagi yang tidak memiliki akaun bank).
     
  7. Membuat pembatalan Pengeluaran i-Lestari.
3

Adakah terdapat perubahan kepada syarat-syarat kelayakan Pengeluaran i-Lestari bagi Ahli yang menggunakan saluran ini?

Syarat-syarat kelayakan Pengeluaran i-Lestari masih sama. 

4

Apakah langkah-langkah untuk Ahli memohon Pengeluaran i-Lestari melalui i-Lestari Online?

Langkah-langkah untuk memohon melalui i-Lestari Online adalah seperti berikut:

  1. Ahli perlu melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses permohonan melalui i-Lestari Online.
  2. Masukkan nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon bimbit, alamat e-mel (jika ada) dan alamat surat menyurat.
  3. Pilih amaun pengeluaran yang dikehendaki.
  4. Pilih nama bank dan masukkan nombor akaun bank simpanan/semasa. Pastikan akaun bank simpanan/semasa yang masih AKTIF.
  5. Klik pada kotak perakuan terma dan syarat. Ahli dikehendaki untuk membaca, memahami dan bersetuju dengan perakuan terma dan syarat. Klik pada butang SETUJU.
  6. Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ (reCAPTCHA) dan klik pada butang HANTAR.
5

Perlukah Ahli memohon semula sekiranya telah menghantar permohonan Pengeluaran i-Lestari melalui saluran lain sebelum ini?

Bagi permohonan yang telah dibuat secara e-Pengeluaran melalui i-Akaun (Ahli), KWSP akan memproses permohonan tersebut untuk pertimbangan kelulusan.

Bagi permohonan yang telah dihantar melalui e-mel atau pos, Ahli digalakkan untuk memohon semula melalui i-Lestari Online sekiranya masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada KWSP.

6

Bolehkah Ahli menyemak status pengeluaran yang telah dihantar melalui saluran lain menggunakan kemudahan i-Lestari Online ini?

Ya. Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran i-Lestari melalui kemudahan i-Lestari Online sekiranya permohonan tersebut telah diterima dan didaftarkan.

7

Apakah langkah-langkah untuk Ahli menyemak status permohonan pengeluaran melalui i-Lestari Online?

Langkah-langkah untuk Ahli menyemak status permohonan pengeluaran melalui i-Lestari Online adalah seperti berikut:

  1. Ahli perlu melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses semakan status melalui i-Lestari Online.
  2. Klik pada tab SEMAK STATUS.
  3. Masukkan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit.
  4. Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ (reCAPTCHA) dan klik pada butang SEMAK.
8

Adakah Ahli bukan warganegara Malaysia boleh menggunakan saluran ini?

Tidak. Ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh menghantar permohonan melalui pos sahaja.

PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI MELALUI e-PENGELUARAN
9

Bagaimanakah cara permohonan Pengeluaran i-Lestari secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)?

Langkah-langkah untuk membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) adalah seperti berikut:

  1. Ahli perlu log masuk ke i- Akaun (Ahli)
  2. Pilih Tab Pengeluaran
  3. Klik e-Pengeluaran
  4. Klik Permohonan Baru
  5. Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi.

 

10

Adakah Ahli perlu hadir ke kaunter bagi tujuan pengesahan cap ibu jari (CIJ) untuk permohonan melalui e- Pengeluaran?

Tidak. Ahli tidak perlu hadir di kaunter bagi tujuan di atas.

PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI SECARA MANUAL MELALUI HANTARAN POS
11

Di manakah Ahli boleh mendapatkan borang permohonan Pengeluaran i-Lestari?

Ahli boleh memuat turun borang permohonan Pengeluaran i-Lestari dari laman web KWSP. Klik di sini.

12

 

Bagaimanakah permohonan Pengeluaran i-Lestari secara manual melalui hantaran pos boleh dibuat?

Ahli perlu menghantar dokumen yang disenaraikan di bawah melalui hantaran pos:

  1. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta tandatangan atau cap ibu jari kiri atau kanan;
  2. Salinan MyKad (depan dan belakang) yang jelas;
  3. Salinan pasport (untuk Ahli bukan warganegara Malaysia); dan
  4. Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) Ahli yang AKTIF

Dokumen tersebut hendaklah dihantar ke alamat:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya.
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.

13

Adakah Ahli perlu hadir ke kaunter KWSP bagi proses pengesahan cap ibu jari (CIJ) bagi Ahli yang membuat permohonan pengeluaran i-Lestari secara manual?

Tidak. Ahli tidak perlu hadir ke Pejabat KWSP bagi tujuan di atas.

SOALAN UMUM BERKAITAN PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI
14

Mengapakah Ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas tidak layak memohon Pengeluaran i-Lestari?

Bagi Ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, Ahli telah layak untuk membuat Pengeluaran Umur 55 tahun.

15

Perlukah Ahli membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari pada setiap bulan?

Tidak. Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran satu (1) kali sahaja. Permohonan Pengeluaran i-Lestari adalah berkonsepkan secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya.

16

Bilakah tarikh akhir untuk menghantar borang Pengeluaran i-Lestari?

Tarikh akhir permohonan Pengeluaran i-Lestari hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021.

17

Adakah Ahli akan dimaklumkan mengenai status permohonan Pengeluaran i-Lestari?

Bagi permohonan i-Lestari yang dibuat melalui e-Pengeluaran, Ahli boleh menyemak status permohonan melalui i-Akaun (Ahli).

Manakala permohonan yang dibuat secara manual melalui hantaran pos, Ahli akan menerima SMS apabila pembayaran telah dikreditkan.

Ahli juga boleh menyemak status permohonan pengeluaran melalui i-Lestari Online.

18

Bolehkah Ahli menghantar permohonan baru jika permohonan terdahulu tidak diluluskan?

Ya. Sekiranya permohonan terdahulu tidak diluluskan, Ahli boleh membuat permohonan baharu jika memenuhi syarat pengeluaran.

19

Bolehkah Ahli menukar nombor akaun bank yang telah dikemukakan untuk Pengeluaran i-Lestari sekiranya nombor akaun bank tersebut tidak lagi aktif?

Ya. Ahli boleh mengemas kini nombor akaun bank secara dalam talian melalui i-Lestari Online di sini.

Ahli perlu memastikan akaun tersebut adalah milik ahli dan masih aktif bagi melancarkan proses bayaran.

20

Bagaimanakah Ahli warganegara Malaysia yang berada di luar negara hendak membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari?

Ahli warganegara Malaysia yang berada di luar negara boleh membuat permohonan melalui mana-mana saluran berikut: i-Lestari Online, e-Pengeluaran dalam i-Akaun(Ahli) atau hantaran pos.

21

Bolehkah pembayaran Pengeluaran i-Lestari menggunakan nombor akaun bank Ahli yang berbeza dengan jenis pengeluaran-pengeluaran sebelum ini?

Boleh.

22

Apakah jaminan KWSP bahawa permohonan Pengeluaran i-Lestari yang dihantar akan diterima dan diproses oleh KWSP?

Ahli disarankan untuk menghantar permohonan melalui i-Lestari Online atau e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) bagi memastikan permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

23

Adakah KWSP akan memaklumkan kepada Ahli bahawa permohonan telah diterima?

Ahli boleh membuat semakan secara dalam talian melalui i-Lestari Online.

BAYARAN PENGELUARAN i-LESTARI
24

Bolehkah bayaran Pengeluaran i-Lestari dikreditkan ke dalam akaun bank orang lain?

Tidak boleh. Semua bayaran Pengeluaran i-Lestari hanya akan dikreditkan ke dalam akaun bank Ahli yang memohon sahaja.

25

Adakah Ahli akan dimaklumkan sekiranya bayaran Pengeluaran i-Lestari berjaya dikreditkan ke akaun bank Ahli?

Ya. Ahli akan mendapat notifikasi melalui SMS selepas bayaran Pengeluaran i-Lestari berjaya dikreditkan ke akaun bank Ahli.

26

Apa yang perlu Ahli lakukan jika tiada bayaran diterima pada bulan tertentu selepas permohonan diluluskan?

Ahli boleh menyemak status pembayaran Pengeluaran i-Lestari melalui i-Akaun (Ahli).

Ahli boleh mengemukakan sebarang pertanyaan melalui talian hotline KWSP 03 8922 6000.

27

Bagaimanakah kaedah bayaran Pengeluaran i-Lestari kepada Ahli yang menetap di luar negara?

Pembayaran Pengeluaran i-Lestari hanya akan dikreditkan secara pengkreditan terus ke akaun bank panel KWSP sahaja.

28

Apakah kaedah bayaran Pengeluaran i-Lestari kepada Ahli yang tiada akaun bank?

Bayaran pengeluaran boleh dibuat secara Arahan Bayaran. Walau bagaimanapun, Ahli adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank simpanan/semasa di mana-mana panel bank KWSP bagi mempercepatkan proses bayaran secara pengkreditan terus.

29

Apakah senarai bank panel KWSP?

  • Affin Bank Berhad
  • Agrobank Berhad
  • Alliance Bank Berhad
  • Al-Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
  • AM Bank Berhad
  • Bank Islam Berhad
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
  • Bank Muamalat Berhad
  • Bank Simpanan Nasional
  • CIMB Bank Berhad
  • Citi Bank Berhad
  • Hong Leong Bank Berhad
  • HSBC Amanah Malaysia Berhad
  • HSBC Bank Berhad
  • Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
  • Maybank Berhad
  • OCBC Bank Berhad
  • Public Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Standard Chartered Bank Berhad
  • Standard Chartered Sadiq Berhad
  • United Overseas Bank Berhad
30

Adakah caruman baharu yang dikreditkan ke Akaun 2 Ahli akan diambil kira semasa proses pembayaran dibuat?

Ya. Caruman baharu yang dikreditkan ke dalam Akaun 2 Ahli akan diambil kira semasa bayaran dibuat untuk pengeluaran bulan yang berkenaan.

31

Bilakah bayaran berulang untuk bulan-bulan pengeluaran berikutnya akan dibayar kepada Ahli?

Bayaran berulang untuk bulan-bulan pengeluaran berikutnya akan dikreditkan ke dalam akaun bank Ahli sebelum akhir bulan pengeluaran yang berkenaan dan tertakluk kepada baki Akaun 2.

PERMOHONAN PEMBATALAN PENGELUARAN/KEMAS KINI MAKLUMAT PENGELUARAN I-LESTARI
32

Bolehkah Ahli membuat pembatalan Pengeluaran i-Lestari bagi permohonan yang telah diluluskan?

Boleh. Ahli boleh membuat pembatalan Pengeluaran i-Lestari bagi permohonan yang telah diluluskan.

33

Apakah maklumat Pengeluaran i-Lestari yang boleh dikemas kini?

Ahli boleh kemas kini maklumat Pengeluaran i-Lestari seperti berikut:

  1. Maklumat akaun bank
  2. Amaun pengeluaran
  3. Nombor telefon bimbit
  4. Pilihan Arahan Bayaran (bagi yang tidak memiliki akaun bank)
34

Bagaimanakah pembatalan/kemas kini maklumat Pengeluaran i-Lestari boleh dibuat?

Pembatalan/kemas kini maklumat Pengeluaran i-Lestari boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut :

  1. Secara dalam talian melalui portal i-Lestari Online yang disediakan di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk membuat pembatalan/kemas kini maklumat melalui portal i-Lestari Online;
  2. Secara dalam talian melalui e-Pembatalan/Kemas Kini dalam i-Akaun (Ahli). Klik di sini untuk log masuk ke i-Akaun (Ahli);

Pembatalan pengeluaran/kemas kini maklumat oleh Ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui cawangan KWSP yang berhampiran sahaja. Klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan Pembatalan Pengeluaran/Kemas Kini Maklumat Pengeluaran i-Lestari.

35

Bagaimanakah cara pembatalan Pengeluaran i-Lestari secara dalam talian melalui e-Pembatalan dalam i-Akaun (Ahli)?

Langkah-langkah untuk membuat pembatalan Pengeluaran i-Lestari melalui e-Pembatalan dalam i-Akaun (Ahli) adalah seperti berikut:

  1. Ahli perlu log masuk ke i- Akaun (Ahli)
  2. Pilih Tab Pengeluaran
  3. Pilih e-Pembatalan
  4. Klik Batal pada jenis Pengeluaran i-Lestari untuk meneruskan pembatalan

36

Bolehkah Ahli memohon semula Pengeluaran i-Lestari selepas membuat pembatalan?

Boleh. Pengeluaran i-Lestari boleh dimohon semula melalui saluran-saluran sedia ada seperti portal i-Lestari Online, i-Akaun (Ahli) dan secara manual di cawangan-cawangan KWSP.

37

Bagaimanakah cara kemas kini maklumat Pengeluaran i-Lestari secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli)?

Langkah-langkah untuk kemas kini maklumat Pengeluaran i-Lestari melalui i-Akaun (Ahli) adalah seperti berikut:

  1. Ahli perlu log masuk ke i- Akaun (Ahli)
  2. Pilih Tab Pengeluaran
  3. Pilih Kemas Kini
  4. Klik Kemas Kini pada jenis Pengeluaran i-Lestari untuk mengemas kini maklumat

 

BIL SOALAN & JAWAPAN
SENARIO KELAYAKAN
1

Sekiranya Ahli memohon Pengeluaran i-Lestari sebanyak RM300 sebulan pada 2 April 2020 tetapi Akaun 2 Ahli pada bulan Januari 2021 hanya berbaki RM200, adakah bayaran Pengeluaran i-Lestari akan dibayar untuk pengeluaran bulan Januari 2021?

Ya. Bayaran akan dibuat untuk Pengeluaran i-Lestari bagi bulan Januari 2021 berjumlah RM200. Bayaran untuk sesuatu bulan adalah berdasarkan amaun yang dipohon atau baki di dalam Akaun 2 iaitu jumlah mana yang lebih rendah semasa bayaran dibuat untuk bulan yang berkenaan.

2

Jika simpanan Akaun 2 Ahli telah digunakan sepenuhnya untuk bayaran bulan-bulan Pengeluaran i-Lestari yang terdahulu dan kemudiannya Ahli bekerja semula dan mempunyai caruman baharu di dalam Akaun 2, adakah Ahli perlu memohon Pengeluaran i-Lestari semula?

Ahli tidak perlu membuat permohonan semula kerana permohonan pertama masih terpakai sehingga Mac 2021. Bayaran bulanan akan dibuat tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 semasa bayaran dibuat untuk bulan yang berkenaan.

3

Bolehkah permohonan Pengeluaran i-Lestari dibuat daripada simpanan Akaun 1 dan Akaun Emas?

Tidak; Pengeluaran i-Lestari adalah hanya daripada Akaun 2 sahaja.

4

Adakah kelayakan Pengeluaran i-Lestari hanya berdasarkan jumlah simpanan Akaun 2 semasa membuat permohonan?

Tidak. Ahli boleh memohon sebarang amaun pengeluaran sehingga amaun maksimum RM500. Walau bagaimanapun amaun bayaran bulanan adalah tertakluk kepada simpanan Akaun 2 semasa bayaran untuk bulan berkenaan dibuat.

5

Bolehkah Ahli KWSP yang berstatus penjawat awam/pekerja berpencen memohon Pengeluaran i-Lestari?

Boleh, sekiranya ada baki simpanan di dalam Akaun 2.

6

Adakah Ahli yang telah mencapai umur 55 tahun masih layak menerima bayaran Pengeluaran i-Lestari?

Tidak. Bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari akan terhenti apabila Ahli mencapai umur 55 tahun.

7

Adakah bayaran bulanan berulang bagi Pengeluaran i-Lestari akan terbatal jika Ahli telah mencapai umur 55 tahun dalam tempoh tersebut?

Ya. Permohonan Pengeluaran i-Lestari adalah terbatal apabila Ahli telah mencapai umur 55 tahun dan Ahli tidak lagi layak untuk menerima bayaran pengeluaran i-Lestari berikutnya.

8

Bolehkah Ahli memohon Pengeluaran i-Lestari jika telah lama tidak bekerja?

Ya. Ahli boleh membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari jika memenuhi syarat dan masih ada simpanan di dalam Akaun 2.

9

Bolehkah Ahli membuat Pengeluaran i-Lestari jika pasangan/anggota keluarga telah diluluskan Pengeluaran i-Lestari?

Ya. Ahli boleh membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari jika memenuhi syarat-syarat pengeluaran yang ditetapkan walaupun pasangan/anggota keluarga Ahli telah memohon pengeluaran yang sama.

10

Adakah pasangan/anggota keluarga Ahli boleh memohon Pengeluaran i-Lestari dengan menggunakan baki simpanan Akaun 2 milik Ahli?

Tidak boleh.

11

Bolehkah Ahli memohon Pengeluaran i-Lestari jika baki simpanan dalam Akaun 2 Ahli adalah kurang daripada RM500 atau jumlahnya adalah kurang berbanding bilangan bayaran bulanan berulang?

Ya. Ahli boleh membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari jika memenuhi syarat-syarat pengeluaran yang ditetapkan.

12

Adakah Pengeluaran i-Lestari akan menjejaskan kelayakan insentif kerajaan untuk caruman i-Suri?

Tidak.

13

Adakah Pengeluaran i-Lestari ini patuh syariah?

Pengeluaran i-Lestari ini pada asasnya adalah patuh syariah.