SEGALANYA TENTANG JANJI TEMU ONLINE

OPERASI KAUNTER PERKHIDMATAN KWSP SEMASA TEMPOH
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)


 

NO SEGALANYA TENTANG JANJI TEMU ONLINE
1

A. Operasi Kaunter Perkhidmatan KWSP
 

Kaunter Perkhidmatan KWSP akan beroperasi mulai hari Rabu, 6 Mei 2020 berkonsepkan janji temu yang boleh dimohon melalui www.kwsp.gov.my dan klik pada pautan Janji Temu Online.
 

B. Waktu operasi kaunter
 

9.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja.
 

C. Penutupan awal operasi kaunter
 

Waktu penutupan awal operasi kaunter adalah kerana KWSP menekankan perkhidmatan penting kepada ahli di samping menyahut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia agar mematuhi saranan penjarakan sosial serta meminimumkan sentuhan secara terus.

2

Konsep Janji Temu Online
 

Janji Temu Online adalah platform yang membolehkan Ahli KWSP membuat permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu di cawangan KWSP pada tarikh dan masa yang dipilih oleh Ahli.
 

Sila klik di sini untuk muat turun Panduan Pengguna Janji Temu Online.

3

Perkhidmatan yang tersenarai dalam Janji Temu Online
 

Perkhidmatan kaunter yang boleh dibuat melalui Janji Temu Online adalah seperti berikut:
 

(a) Pengeluaran Umur 50 tahun

(b) Pengeluaran Umur 55 tahun

(c) Pengeluaran Umur 60 tahun

(d) Pengeluaran Kesihatan
 

4

Pemohonan Pengeluaran lain yang ditawarkan melalui i-Akaun (Ahli)
 

Selain pengeluaran di atas, Ahli juga boleh menggunakan saluran dalam talian (i-Akaun Ahli) untuk membuat permohonan pengeluaran dengan melayari kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

5

Anggaran Amaun pengeluaran
 

Ahli perlu memasukkan jumlah anggaran pengeluaran bagi Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60 Tahun semasa membuat permohonan sesi Janji Temu Online.

6

Tempoh untuk membuat permohonan melalui Janji Temu Online
 

Ahli KWSP boleh memohon melalui Janji Temu Online seawal-awalnya 14 hari bekerja dan selewat-lewatnya 1 hari bekerja (24 jam)* sebelum tarikh yang ditetapkan, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu tersebut.
 

Ilustrasi :
 

Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa, tarikh paling awal yang Ahli boleh memilih untuk hadir ke cawangan KWSP adalah pada hari Rabu atau pada hari-hari selepasnya, bergantung kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan masa yang ingin dipohon.

7

Pemilihan cawangan KWSP bagi tujuan Janji Temu Online semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
 

Ahli disarankan untuk memilih cawangan KWSP yang berhampiran dengan tempat tinggal. Klik pautan untuk mendapatkan alamat cawangan KWSP.

8

 

Pengesahan permohonan janji temu

Ahli yang telah membuat permohonan melalui Janji Temu Online akan menerima notis pengesahan permohonan melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai peringatan berdasarkan alamat e-mel dan nombor telefon yang didaftarkan semasa membuat permohonan.

9

Kehadiran Ahli di cawangan KWSP pada tarikh janji temu
 

Ahli disarankan hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.
 

Selain itu, ahli juga dinasihatkan agar mematuhi saranan pihak kerajaan Malaysia dengan menjalani saringan suhu badan, pemakaian penutup mulut dan hidung, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitiser. Ahli juga disarankan untuk mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera atau MyTrace.

10

Permohonan untuk menukar tarikh atau membatalkan janji temu
 

Ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya 12 jam sebelum tarikh yang ditetapkan.
 

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang telah dihantar melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

11

Lewat hadir dan ketidakhadiran Ahli pada masa janji temu
 

Jika Ahli lewat atau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, janji temu yang dibuat akan terbatal dan Ahli perlu membuat permohonan semula melalui Janji Temu Online.