Berinteraksi dengan Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) kami dengan lebih mudah!
Kemaskini terakhir : 16 Mac 2022
Rancang janji temu anda dengan mudah dalam talian.
Di KWSP, kami sentiasa berusaha untuk memudahkan urusan ahli dan majikan. Melalui Janji Temu Online, anda boleh membuat janji temu secara dalam talian dengan lebih awal untuk berurusan di kaunter KWSP untuk perkhidmatan yang disediakan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim atau panduan pengguna Janji Temu Online sekiranya anda ingin membuat permohonan janji temu.
PERINGATAN
Ahli harus mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis KWSP.
Mulai 1 November 2021, segala urusan transaksi di kaunter KWSP tidak memerlukan Janji Temu Online (JTO) kecuali bagi urusan berkaitan Perundingan Khidmat Nasihat Ahli (RAS).
Perundingan
Perundingan Ahli merujuk kepada perundingan berkaitan kewangan, persaraan, dan produk KWSP
Ahli KWSP boleh membuat permohonan sesi perundingan melalui Janji Temu Online bagi mendapatkan:
Khidmat Nasihat Ahli secara bersemuka seawal 7 hari bekerja atau selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh janji temu
Perkhidmatan Seminar Awam seawal 30 hari bekerja atau selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh seminar
Tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.