Kemaskini terakhir : 25 Ogos 2021    

Rancang janji temu anda dengan mudah dalam talian

Kami sentiasa berusaha untuk memudahkan urusan ahli dan majikan. Melalui Janji Temu Online, anda boleh membuat janji temu secara dalam talian dengan lebih awal untuk berurusan di kaunter KWSP untuk perkhidmatan yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim atau panduan pengguna Janji Temu Online  sekiranya anda ingin membuat permohonan janji temu.
 

 

PERINGATAN

Ahli harus mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis KWSP.

Muat turun aplikasi MySejahtera

Ahli yang telah mendaftar i-Akaun boleh membuat permohonan pengeluaran secara dalam talian melalui i-Akaun (e-Pengeluaran) di laman web KWSP bagi pengeluaran berikut:

  1. Pengeluaran Perumahan (tertakluk kepada Institusi Kewangan yang menjadi rakan strategik KWSP) 
  2. Pengeluaran Pendidikan (tertakluk kepada Institusi Pendidikan/ Pemberi Pinjaman yang menjadi rakan strategik KWSP)
  3. Pengeluaran Kesihatan (tertakluk kepada Institusi Kesihatan yang menjadi rakan strategik KWSP)
  4. Pengeluaran Umur 50 Tahun
  5. Pengeluaran Umur 55 Tahun
  6. Pengeluaran Umur 60 Tahun
  7. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta

Jika anda:

  • pernah membuat pengeluaran dengan KWSP dalam tempoh 5 tahun; DAN 
  • amaun pengeluaran tidak melebihi RM30,000 sehari (dikecualikan sekiranya bayaran dibuat kepada rakan strategik KWSP)

permohonan anda boleh diproses sepenuhnya secara dalam talian, tertakluk kepada terma dan syarat pengeluaran.

 
  

PERHATIAN

Pengeluaran Umur 50 Tahun hanya dibenarkan SEKALI sahaja. Sekiranya anda memilih untuk membuat pengeluaran sebahagian, sila rancang sebaiknya mengikut keperluan semasa.

Nota: Sekiranya amaun pengeluaran melebihi RM 30,000.00 sehari, anda akan menerima notifikasi SMS untuk hadir ke pejabat KWSP bagi tujuan pengesahan identiti.

Ahli KWSP boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 8922 6000 untuk pertanyaan lanjut.