EPF Learning Campus

EPF Learning Campus (ELC) adalah pusat pembelajaran yang ditubuhkan bagi memastikan KWSP mencapai inisiatif pembangunan modal insan dan pusat kecemerlangan untuk pembangunan keselamatan sosial, yang mana kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran warga KWSP dan melengkapkan mereka dengan set kemahiran relevan yang diperlukan bagi memenuhi tuntutan tempat kerja dan menyokong keperluan perancangan masa depan KWSP.

ELC juga merupakan Pusat Pembelajaran Keselamatan Sosial di Asia Pasifik yang menyediakan sumber untuk pembelajaran keselamatan sosial dari segi program dan infrastruktur pembelajaran. ELC kini telah bekerjasama dengan beberapa organisasi antarabangsa untuk memastikan penyampaian program berkualiti kepada pihak berkepentingan sama ada bagi program dalaman atau luaran.
Misi & Matlamat Strategik
icon card
Misi
ELC komited untuk memberikan penyelesaian pembelajaran yang mampan, terkini dan boleh disesuaikan untuk memenuhi jangkaan pihak berkepentingan. Ia termasuk kualiti pembelajaran, jangkauan pembelajaran, teknologi pembelajaran dan juga infrastruktur pembelajaran.
icon card
Matlamat Strategik
Fokus utama ELC adalah untuk menyemarak, menggalak dan memacu pertumbuhan organisasi dengan membangunkan bakat-bakat berkemahiran dan berkebolehan pada masa hadapan melalui modul pembelajaran yang komprehensif termasuk penyelidikan, khidmat nasihat, perundingan, pembangunan dan pelaksanaan.

Program Pendidikan Khas untuk Majikan Anjuran KWSP

1. Pengenalan Tanggungjawab Majikan (Permulaan)

Objektif Kursus:
(i) Kursus ini memberi pendedahan awal kepada majikan baru berdaftar tentang pengetahuan dan pemahaman asas berkaitan Akta KWSP 1991 dan sebarang pindaan terkini.
(ii) Memastikan tanggungjawab moral dan pematuhan undang-undang oleh majikan baru dalam melindungi hak-hak pekerja.

Kumpulan Sasaran:
Pegawai/ Penyelia Sumber Manusia yang menguruskan hal ehwal pekerjaan, pengurusan sumber manusia, kewangan, undang-undang, perhubungan perusahaan dan percukaian.

Kandungan Kursus:
- Menekankan kepentingan perlindungan pekerjaan dan keselamatan sosial dalam perspektif KWSP;
- Menerangkan peranan majikan mengikut Akta KWSP 1991; dan
- Menjelaskan obligasi asas majikan dan hakhak asas pekerja.


2. Bengkel Tanggungjawab Majikan Terhadap Pekerja (Pertengahan)

Objektif Kursus:
(i) Menekankan kepentingan perlindunagn pekerjaan dan keselamatan sosial meliputi skim KWSP, LHDN, PERKESO dan undang-undang buruh.
(ii) Menjelaskan isu-isu semasa berkaitanhak buruh dan faedah pekerja dari konteks Akta KWSP, Akta Cukai Pendapatan, AKta PERKESO dan Akta Pekerja.
(iii) Memastikan peserta memperolehi satu kefahaman konseptual berkaitan hak-hak asa pekerja dan tanggungjawab majikan menurut undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.

Kumpulan Sasaran:
Semua majikan/wakil majikan terutama pegawai yang terlibat dalam aspek pembayaran caruman dan pengurusan sumber manusia.

Kandungan Kursus:
- Pengenalan kepada KWSP, Visi, Misi dan Piagam Pelanggan KWSP, Objektif Penubuhan, Fungsi, Tanggungjawab dan Peranan KWSP sebagai organisasi keselamatan sosial dan perkhidmatan untuk pelanggan.
- Tanggungjawab Majikan merujuk kepada Akta KWSP 1991.
- Peranan dan Tanggungjawab Majikan dalam konteks Akta Cukai Pendapatan, Akta PERKESO dan Akta Pekerja.
- Penyelesaian isu/masalah berhubung Akta-akta yang berkaitan

3. Pemantapan Obligasi Majikan & Hak Pekerja (Intensif)

Objektif Kursus:
Peserta akan dapat mendalami pengetahuan mengenai peruntukan utama dan pindaan terkini dalam Akta KWSP dan memastikan majikan mereka menjalankan tanggungjawab moral dan undangundang dalam melindungi hak pekerja mereka yang merupakan ahli KWSP. Di samping itu, majikan dikongsikan dengan scenario kajian kes serta penyelesaian terhadap isu/masalah yang sering berlaku. Pendekatan advokasi secara terus kepada majikan.

Kumpulan Sasaran:
Semua majikan/wakil terutama pegawai yang terlibat dalam aspek pembayaran caruman dan pengurusan sumber manusia yang memerlukan info terkini berkaitan.

Kandungan Kursus:
- Pendedahan kepada senario serta kes mahupun masalah, Kesilapan Bulan Caruman & Bulan Gaji, Kelebihan & Kekurangan Bayaran, Caruman Tanpa Maklumat Lengkap dan Borang A/E Defektif.  
- Advokasi terhadap permasalahan majikan yang sering berlaku dan cadangan penyelesaian terhadap isu/ masalah berkaitan.

4. Forum/Seminar Pendidikan Majikan (Kolaborasi)

Objektif Kursus:
Peranan KWSP, PERKESO, dan Jabatan Tenaga Kerja dalam merealisasikan prinsip keselamatan sosial di Malaysia dan keselamatan sosial pekerja. Hak dan faedah pekerja di bawah KWSP. Isu-isu berkaitan faedah serta prosedur tuntutan Skim PERKESO. Perlindungan pekerjaan di bawah Undang-Undang Buruh, Isu-isu semasa berkaitan KWSP, PERKESO, Jabatan Tenaga Kerja dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM).

Kumpulan Sasaran:
Semua majikan / wakil majikan di Malaysia

Kandungan Kursus:
- Menekankan kepentingan perlindungan pekerjaan dan keselamatan sosial melalui skim KWSP, LHDN, PERKESO dan UndangUndang Buruh.
- Menjelaskan isu semasa dan perkembangan terkini berkaitan hak buruh dan faedah pekerja dari konteks Akta KWSP, Akta PERKESO, Akta Kerja dan Akta Cukai Pendapatan.

Sebarang pertanyaan berkaitan kursus majikan

Social Protection Academy | EPF Learning Campus

Kemudahan Latihan

Direka untuk kesesuaian aktiviti pembelajaran secara formal dan informal.
Dewan Rempah Ratus
Makmal Komputer
Ruang Bengkel
Ruang Seminar
Kelas
Ruang Berinteraksi
Pusat Perniagaan
Pusat Kecergasan
Hostel Ruai Inap
Ruang Rehat
Apartmen
Taman Rekreasi
Surau Al-Falah
Kafeteria


Bersedia untuk membuat tempahan?

Hubungi kami melalui telefon atau e-mel dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin
Talian Umum

1. Wan Izani     (03 - 8921 0349)         
2. Ross Afandi (03 - 8921 0356)

EPF Learning Campus diwujudkan untuk memberi kesedaran dan pendidikan yang lebih tinggi mengenai keselamatan sosial di rantau ini. Oleh itu, kami di KWSP telah bekerjasama dengan institusi yang terbaik untuk membawa masuk kepakaran dan pengetahuan terbaik dari seluruh dunia.

Bekerjasama Dengan


Objektif
 

  1. Membangunkan penyelidikan berasaskan sumber yang sahih bagi memastikan perancangan, pembangunan polisi dan latihan keselamatan sosial yang komprehensif untuk semua anggota KWSP.
  2. Melaksanakan penyelidikan yang diperlukan supaya dapat memberi respon secara konstruktif terhadap perubahan demografik dan keperluan generasi akan datang, terutamanya mengenai simpanan persaraan dan isu berkaitan.
  3. Menjadi saluran pemindahan pengetahuan mengenai perlindungan sosial yang akan dimanfaatkan untuk negara dan di dalam konteks perancangan persaraan.
  4. Memastikan anggota KWSP memahami dan menghargai keperluan perlindungan sosial dan hubungannya dengan KWSP.

Topik

 
  • Sistem Perlindungan Sosial di Malaysia
  • Sistem Persaraan di Malaysia
  • Literasi Kewangan di Malaysia
  • Perancangan Kewangan Individu
  • Landskap Demografi Malaysia
  • Trend Terkini Pasaran Buruh di Malaysia
  • Perluasan Liputan Perlindungan Sosial kepada Sektor Informal
  • Kemiskinan dan Jurang Ketidaksamarataan Pendapatan di Malaysia

Lokasi ELC