Fungsi utama Bahagian Kewangan dan Perkhidmatan adalah menyediakan perkhidmatan kewangan, perundangan, dan perolehan serta sokongan kepada pelanggan KWSP sendiri serta mempromosikan kesedaran dan memastikan pematuhan terhadap keperluan pentadbiran yang relevan yang berkaitan dengan KWSP.

Jabatan Pengurusan Harta

Fungsi utama jabatan adalah untuk menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat untuk kakitangan dan pelanggan KWSP. Pada masa yang sama, ia juga memastikan semua peraturan pihak berkuasa tempatan berkaitan dipatuhi.

Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan

Jabatan ini bertanggungjawab menguruskan perolehan barang dan perkhidmatan dengan cekap, beretika dan mematuhi tadbir urus korporat yang baik bagi mendapatkan nilai terbaik wang selaras dengan Polisi Perolehan KWSP.

Jabatan Perkhidmatan Pelaburan

Jabatan bertanggungjawab memastikan pematuhan dasar dan garis panduan dalaman mengenai pelaburan serta pematuhan kepada undang-undang dan peraturan berkaitan dengan pelaburan dalam dan luar negeri KWSP. Jabatan ini perlu menyelesaikan semua transaksi pelaburan dan memastikan semua rekod pelaburan dan laporan mematuhi dasar perakaunan KWSP. Jabatan ini juga berfungsi sebagai pentadbir untuk Perlindungan Data Peribadi , Polisi Tembok Cina (Chinese Wall Policy) dan Tadbir Urus Data untuk KWSP. Selain dari itu, Jabatan ini juga menguruskan sistem perakaunan dana , mengintegerasi data-data pelaburan dan membantu memberi sokongan kepada kecekapan operasi KWSP melalui Proses Automasi Robotik (RPA).

Jabatan Undang-Undang

Jabatan Undang-Undang berperanan sebagai penasihat undang-undang dengan memberikan pandangan perundangan serta menyemak perjanjian-perjanjian pelaburan dan bukan pelaburan yang dimasuki KWSP . Selain itu , Jabatan Undang –Undang bertanggungjawab mengambil tindakan undang- undang terhadap majikan atau mana-mana pihak yang tidak mematuhi peruntukan di bawah Akta KWSP 1991 dan undang-undang subsidiarinya. Jabatan Undang-Undang juga memberikan perkhidmatan sekretariat kepada Lembaga Panel Pelaburan dan Pengurusan Tertinggi.

Kewangan

Jabatan Kewangan mengurus dan mengawal fungsi kewangan KWSP termasuk hal ehwal bajet, bayaran, percukaian dan pelaporan kewangan. Jabatan ini juga memberi khidmat nasihat mengenai perakaunan, percukaian, pengurusan kos dan polisi kewangan.