Pelaburan
Jabatan Perbendaharaan
Jabatan Perbendaharaan bertanggungjawab untuk menguruskan kelas aset tunai dan portfolio pelaburan pendapatan tetap (Kerajaan dan seantaranya). Jabatan ini juga menguruskan keperluan pertukaran mata wang asing KWSP dan melaksanakan dasar lindung nilai untuk melindungi risiko pertukaran mata wang asing dan risiko kadar faedah.
Jabatan Pelaburan Hartanah
Jabatan Ekuiti
Jabatan Ekuiti bertanggungjawab untuk mengurus pelaburan ekuiti domestik dan global melalui pengurus portfolio dalaman berdasarkan peruntukan aset dan mandat pelaburan yang telah diluluskan dengan cara yang berhemah, telus dan profesional untuk mengoptimunkan pulangan pelaburan. Niat strategik kami adalah untuk menjadi pengurus pelaburan ekuiti domestik dan global yang terkemuka dalam industri pencen dan pada masa yang sama memenuhi keperluan pihak berkepentingan.
Jabatan Ekuiti Persendirian & Infrastruktur
Jabatan Pasaran Modal
Jabatan Pasaran Modal bertanggungjawab untuk menguruskan mandat pendapatan tetap bagi pasaran domestik dan global yang merangkumi langganan serta urusniaga Sekuriti Hutang Persendirian (PDS) dan penyertaan dalam cadangan Pinjaman /Pembiayaan. Jabatan ini menyediakan pelbagai pilihan penyelesaian yang komprehensif serta menyeluruh bersesuaian dengan keperluan Pasaran Modal, di samping mengoptimakan pulangan danmemelihara modal melalui diversifikasi di dalam pelbagai spektrum kredit.
Jabatan Pengurus Dana Luar
Jabatan Pelaburan Strategik dan Penyelidikan
Jabatan Strategi Pelaburan dan Analitik
bertanggungjawab terhadap pengurusan yang efektif tke atas aset dan liabiliti pelaburan melalui SAA, aktuari, dan analitik untuk memastikan pulangan pelaburan dioptimumkan dan liabiliti dipenuhi. Ini termasuk pengurusan keseluruhan aset, likuiditi, dan prestasi pelaburan (pengurusan dividen) untuk kedua-dua Simpanan Shariah and Simpanan Konvensional.