Bahagian ini ditugaskan mengurus dan menyelaras aktiviti utama selaras dengan misi KWSP untuk menyediakan simpanan persaraan yang terbaik untuk ahli. Antara aktiviti utama termasuk merangka dasar dan skim untuk memenuhi landskap persaraan masa hadapan; berkomunikasi, melibatkan diri dan mendidik semua pihak berkepentingan berkaitan isu persaraan; merancang, menyediakan dan meletakkan KWSP untuk memenuhi mandat dan objektifnya; dan menyediakan infrastruktur dan kemampuan modal insan terbaik untuk menjadikan KWSP salah satu organisasi terbaik untuk mereka bekerjasama di Malaysia.

Jabatan Strategi & Polisi

Jabatan Strategi & Polisi bertanggungjawab merangka hala tuju masa depan organisasi, memacu strategi korporat dan memastikan penjajaran organisasi ke arah tujuan, visi dan misi KWSP. Fungsi jabatan merangkumi pengurusan elemen sempadan organisasi, memastikan KWSP kekal relevan sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk menjamin pendapatan persaraan, serta pemantauan prestasi organisasi.

Jabatan ini juga bertanggungjawab mengurus perhubungan strategik dengan pihak-pihak berkepentingan dalam penggubalan polisi dan dasar bertujuan menambahbaik Skim KWSP, produk dan perkhidmatan untuk meningkatkan kesejahteraan ahli KWSP demi memenuhi aspirasi membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik.

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP bertanggungjawab menguruskan reputasi organisasi melalui komunikasi dalaman dan luaran yang berkesan dan strategik - dengan matlamat keseluruhan mengukuhkan peranan KWSP sebagai organisasi keselamatan sosial.

Jabatan Polisi & Strategi

Jabatan Polisi & Strategi bertanggungjawab merangka hala tuju masa depan organisasi, memacu strategi korporat dan memastikan penjajaran organisasi ke arah tujuan, visi dan misi KWSP. Fungsi jabatan merangkumi pengurusan elemen sempadan organisasi, memastikan KWSP kekal relevan sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk menjamin pendapatan persaraan, serta pemantauan prestasi organisasi.

Jabatan ini juga bertanggungjawab mengurus perhubungan strategik dengan pihak-pihak berkepentingan dalam penggubalan polisi dan dasar bertujuan menambahbaik Skim KWSP, produk dan perkhidmatan untuk meningkatkan kesejahteraan ahli KWSP demi memenuhi aspirasi membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik.