Who Can Apply

Penerbit Aset

Death Benefit
Subject to EPF terms and conditions.
Tax Exemption
Subject to IRB terms and conditions.
Annual Dividend
Enjoy annual dividends on top of your retirement savings.
Special Incentive
Up to 15% of total contribution or max RM300 this year.

Jabatan Aplikasi Enterprise Digital

Jabatan Aplikasi Enterprise Digital bertanggungjawab membangunkan, melaksanakan dan mengendalikan penyelesaian teknologi bagi keseluruhan organisasi KWSP yang menyokong keperluan maklumat korporat, operasi, pengurusan serta keperluan pelaburan di samping penyelesaian kolaborasi dan produktiviti.

Jabatan Aplikasi Teras Digital

Jabatan Aplikasi Teras Digital bertanggungjawab membangunkan, melaksanakan dan mengendalikan penyelesaian teknologi bagi sistem teras dana simpanan KWSP. Ini membolehkan KWSP melaksanakan mandatnya dalam memberikan perlindungan keselamatan sosial yang mencukupi, liputan yang lebih baik, perkhidmatan pelanggan yang cekap serta pengutipan caruman yang tepat pada masanya.

Jabatan Infrastruktur Digital

Jabatan Infrastruktur Digital bertanggungjawab untuk membangunkan, melaksanakan dan mengendalikan infrastruktur teknologi untuk menyokong sistem serta operasi digital KWSP. Jabatan ini menyediakan infrastruktur digital yang kukuh, berdaya tahan, selamat dan mempunyai kebolehpulihan yang mematuhi piawaian dan peraturan seni bina teknikal KWSP untuk memenuhi kapasiti dan prestasi teknologi maklumat yang diperlukan oleh operasi KWSP.

Jabatan Keselamatan Digital

Jabatan Keselamatan Digital bertanggungjawab untuk melindungi kerahsiaan, integriti dan ketersediaan maklumat kritikal dan aset KWSP. Jabatan ini juga membangunkan dan menguatkuasakan dasar dan prosedur keselamatan digital berdasarkan piawaian industri, amalan terbaik dan garis panduan peraturan yang relevan.