Saluran Bayaran Caruman
Bayaran Caruman KWSP
Majikan hendaklah membayar caruman untuk sesuatu bulan upah pada atau sebelum 15 haribulan bulan berikutnya. Anda dikehendaki membayar syer pekerja dan majikan kepada KWSP.
Bagi memastikan ketepatan dan mempercepatkan pengkreditkan ke akaun ahli, anda hendaklah memastikan:
- Nama dan nombor dokumen pengenalan diri ahli di dalam Borang A adalah sama seperti kad pengenalan diri
- Jumlah bayaran adalah sepadan dengan jumlah caruman di dalam Borang A.
Nota:
Majikan adalah bertanggungjawab menghantar borang caruman (Borang A) bersama bayaran untuk tujuan pengkreditan ke akaun ahli.
Kaedah Pembayaran Caruman Oleh Majikan
Laman Web KWSP
Majikan adalah digalakkan untuk menggunakan portal i-Akaun (Majikan) bagi mempercepat dan mempermudahkan proses bayaran caruman bulanan.
Saluran Bayaran
- Majikan boleh menghantar data dan/atau membuat bayaran caruman secara dalam talian (online)
Mod Pembayaran
2) Financial Process Exchange (FPX)
3) Direct Debit Authorisation (DDA)
Aplikasi Mudah Alih
Majikan digalakkan menggunakan aplikasi e-Caruman untuk membuat pembayaran dan caruman bulanan yang lebih cepat dan mudah.
Saluran Bayaran
- Majikan boleh menghantar data dan/atau membuat bayaran caruman secara dalam talian (online)
Mod Pembayaran
Perbankan Internet
Majikan juga boleh menghantar Borang A disertakan dengan bayaran caruman bulanan melalui Internet Banking.
Saluran Bayaran
Pembayaran secara elektronik melalui:
- Affin Bank
- Agro Bank
- Alliance Bank
- Ambank
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- BSN
- CIMB Bank
- CITI Bank
- Hong Leong Bank
- HSBC Bank
- Kuwait Finance House
- Maybank
- MBSB
- OCBC Bank
- Public Bank
- RHB Bank
- Standard Chartered
- UOB Bank
Ejen Bank
Bayaran caruman bulanan (Borang A) bersama dengan caj lewat bayar dan dividen bagi pembayaran caruman tertunggak boleh dibuat melalui di mana-mana ejen bank yang dilantik. Pembayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan bank bersama borang caruman yang ditetapkan.
Saluran Bayaran
2) Jenis-jenis pembayaran:
- Caruman (Borang A)
- Caj Lewat Bayar/Dividen
- Caruman Pilihan Sendiri
- i-Saraan/i-Suri
Mod Pembayaran
2) Senarai Bank:
- Bank Simpanan Nasional
- Maybank
- Public Bank
- RHB – Hanya menerima pembayaran Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja.
Kaunter KWSP
Majikan boleh menghantar borang bersama bayaran di mana-mana kaunter KWSP yang mempunyai fungsi peresitan di seluruh negara.
Kaunter KWSP
2) Ipoh
3) Johor Bahru
4) Kangar
5) Kelantan
6) Kota Bharu
7) Kota Kinabalu
8) Kuala Lumpur
9) Kuala Terengganu
10) Kuching
11) Melaka
12) Muar
13) Seberang Jaya
14) Seremban
15) Shah Alam
Mod Pembayaran
Nota:
- Semua jenis bayaran boleh dibayar di kaunter peresitan KWSP.
- Bayaran caruman bulan di kaunter KWSP dengan menggunakan cek/kiriman wang/wang pos tidak diterima mulai 1 Januari 2018.
- Bagi bayaran caruman yang lain (lewat bayar/dividen), had maksimum tunai sebanyak RM500 sahaja bagi setiap transaksi diterima di kaunter KWSP sehingga jam 3 petang sahaja.
Frequently Asked Question
1. Siapakah pengarah syarikat/rakan kongsi/pemilik tunggal?
Pengarah syarikat merujuk kepada individu yang didaftarkan sebagai pengarah dalam sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Rakan kongsi merujuk kepada individu atau entiti yang bekerjasama dalam perniagaan berasaskan perkongsian.
Pemilik tunggal merujuk kepada individu atau entiti yang memiliki hak milik ke atas sebuah perniagaan atau syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
2. Apakah maksud Seksyen 39(1)(a), peruntukan di bawah Akta KWSP 1991 berhubung tindakan sekatan perjalanan meninggalkan Malaysia?
Seksyen 39(1)(a) Akta KWSP 1991 memperuntukkan bahawa:-
“Jika ketua pegawai eksekutif mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang hendak atau berkemungkinan akan meninggalkan Malaysia tanpa membayar manamana caruman yang tertunggak dan kena dibayar di bawah Akta ini, ketua pegawai eksekutif boleh mengeluarkan kepada Ketua Pengarah Imigresen suatu perakuan yang mengandungi butir-butir mengenai orang itu dan caruman yang tertunggak dan kena dibayar dengan permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan Malaysia, melainkan jika dia membayar caruman yang tertunggak dan kena dibayar itu, atau mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati ketua pegawai eksekutif bagi pembayarannya.”
3. Dalam situasi apakah pengarah syarikat/rakan kongsi/pemilik tunggal boleh dikenakan sekatan untuk meninggalkan Malaysia?
Pengarah syarikat/ rakan kongsi/ pemilik tunggal yang gagal membayar caruman KWSP yang tertunggak (termasuk dividen dan caj lewat bayar) boleh dihalang daripada meninggalkan Malaysia.
4. Bagaimanakah pengarah syarikat/rakan kongsi/pemilik tunggal boleh mendapatkan butiran tunggakan yang dikenakan sekatan perjalanan meninggalkan Malaysia?
Pengarah syarikat/rakan kongsi/pemilik tunggal boleh menghubungi Unit Larangan Keluar Negara KWSP menerusi e-mel rasmi: [email protected] bagi mendapatkan butiran tunggakan.
5. Bagaimanakah prosedur permohonan pelepasan sekatan meninggalkan Malaysia?
1. Hantar Permohonan: Permohonan hendaklah dihantar menerusi e-mel [email protected] sekurang-kurangnya lima (5) hari bekerja sebelum tarikh perjalanan, dan perlu mengandungi maklumat berikut:
- Nama penuh individu yang dihalang;
- Nombor kad pengenalan/pasport;
- Nombor majikan KWSP (jika ada);
- Tujuan keluar negara;
- Maklumat destinasi; dan
- Tempoh di luar negara.
2. Maklum Balas Permohonan: KWSP akan memaklumkan pemohon mengenai butiran tunggakan serta jumlah bayaran yang perlu dijelaskan.
3. Membuat Pembayaran: Bayaran hendaklah dibuat melalui deraf bank atau perintah juruwang kepada pegawai Unit Larangan Keluar Negara yang mengendalikan kes atau di mana-mana pejabat KWSP. Resit rasmi pembayaran perlu dikemukakan sebagai dokumen sokongan. Proses permohonan pelepasan tidak akan dilaksanakan sekiranya bukti pembayaran tidak dikemukakan kepada Unit Larangan Keluar Negara.
4. Pemakluman Status: KWSP akan memaklumkan pengesahan dan status pelepasan sekatan perjalanan meninggalkan Malaysia kepada pemohon melalui e-mel.
Artikel Untuk Anda
Bacaan tambahan untuk anda