Daftar Pekerja Anda
Mendaftar Pekerja Anda
Menjadi sebahagian daripada tanggungjawab anda sebagai majikan untuk mendaftarkan pekerja-pekerja yang belum mendaftar sebelum caruman pertama di buat.
Terdapat pelbagai cara bagi mendaftar pekerja anda.
Pendaftaran Ahli Melalui i-Akaun (Majikan)
- Majikan yang telah mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun boleh mendaftarkan sendiri pekerja secara dalam talian (online).
- Kaedah ini hanya terpakai bagi pekerja warganegara dan pemastautin tetap Malaysia yang mempunyai kad pengenalan 7 dan 12 digit sahaja.
- Selepas pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara, pekerja tersebut akan diperuntukkan dengan nombor ahli KWSP.
Pendaftaran Secara Auto Melalui Borang Caruman Bulanan (Borang A)
Dengan menguncimasuk MyKad dan Nama Pekerja sepertimana yang dinyatakan dalam MyKad, pekerja yang belum didaftar akan didaftarkan secara automatik dengan KWSP.
Kaedah ini hanya boleh digunakan untuk warganegara dan Penduduk Tetap (PR) yang mempunyai MyKad.
Borang
Dengan melengkapkan borang yang berkaitan, anda boleh mendaftar di Kaunter KWSP atau mel apabila kriteria berikut dipenuhi.
Apa anda perlukan
Taraf Kerakyatan Pekerja | Jenis Borang | Dokumen Pengenalan Diri |
---|---|---|
Warganegara | KWSP 3 (jika perlu) | MyKad |
Penduduk Tetap | KWSP 3 (jika perlu) | MyKad |
Bukan Warganegara | KWSP 16B | Passport dan Permit Kerja yang sah |
Pekerja Dengan MyKad
Kaedah ini memerlukan pekerja menghadirkan diri ke kaunter KWSP, di mana mereka perlu mengemukakan MyKad dan pendaftaran akan dibuat dengan menggunakan cip MyKad.
Setelah pengesahan dibuat pekerja akan menerima nombor keahlian KWSP.
Peringatan Penting
Nombor Rujukan Majikan hendaklah digunakan untuk membuat sebarang caruman atau dalam sebarang urusan KWSP.

Frequently Asked Question
Bilakah Pendaftaran Majikan perlu dibuat dan dokumen apakah yang diperlukan?
Seksyen 41(1), Akta KWSP 1991, majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh mengambil pekerja. Majikan melengkapkan Borang KWSP 1 dan menyerahkannya berserta dengan Borang Pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa (Contoh: Borang 49/Sijil Pendaftaran oleh SSM). Majikan akan diberi:
a. Nombor Rujukan Majikan
b. Sijil Pendaftaran Majikan
c. Notis Pendaftaran Majikan
Apakah itu pendaftaran Majikan dalam talian bagi Syarikat berdaftar dengan SSM?
a. Pendaftaran majikan dalam talian merupakan kemudahan untuk syarikat yang berdaftar
dengan SSM, mendaftar sebagai majikan KWSP di laman web KWSP (www.kwsp.gov.my).
b. Ia juga menyediakan kemudahan pendaftaran i-Akaun (Majikan) dalam talian bagi majikan
yang layak.
Siapakah yang boleh menggunakan kemudahan ini?
Buat masa ini, kemudahan ini hanya dibuka kepada majikan yang berdaftar di bawah kategori syarikat (Sdn. Bhd. & Bhd.) dan perniagaan (pemilik tunggal dan perkongsian) dengan pihak SSM.
Adakah majikan yang berdaftar dengan SSM di bawah kategori lain boleh menggunakan kemudahan ini?
Majikan yang berdaftar dengan SSM di bawah kategori lain TIDAK BOLEH menggunakan kemudahan ini.
Mengapakah kemudahan ini hanya dibuka kepada majikan yang berdaftar di bawah kategori syarikat dengan pihak SSM?
Pada masa ini, kemudahan dalam talian ini hanya dibuka kepada majikan yang berdaftar sebagai syarikat atau perniagaan dengan SSM kerana maklumat majikan dari kategori ini telah diintegrasikan dengan KWSP.
Adakah kemudahan ini akan diperluaskan kepada majikan di bawah kategori lain?
Kemudahan ini akan diperluaskan kepada majikan di bawah kategori lain pada masa akan datang dan sebarang penambahbaikan kemudahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak KWSP.
Apakah syarat-syarat permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini?
a. Belum berdaftar sebagai Majikan KWSP
b. Telah mempunyai pekerja yang bekerja
c. Telah berdaftar di bawah kategori syarikat/ perniagaan dengan SSM
d. Setiap maklumat pendaftaran yang dikunci masuk semasa proses pendaftaran mestilah SAMA dengan maklumat yang telah didaftarkan/direkodkan di SSM untuk pengesahan.
Siapakah daripada majikan yang boleh membuat permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini?
Permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini boleh dibuat oleh majikan, wakil majikan atau setiausaha syarikat.
Apakah fasiliti tambahan yang disediakan dalam permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP?
Fasiliti tambahan yang disediakan dalam permohonan pendaftaran untuk menjadi majikan KWSP ialah pendaftaran i-Akaun (Majikan) bagi majikan yang layak.
Bagaimanakah majikan boleh mengetahui status permohonan pendaftaran Majikan dalam talian sama ada berjaya atau ditolak?
Majikan boleh mengetahui status permohonan pendaftaran dalam talian secara automatik melalui makluman status berjaya atau tidak semasa membuat pendaftaran.
Apakah maklumat yang akan diperolehi majikan setelah permohonan pendaftaran dalam talian berjaya?
Maklumat yang akan diperolehi majikan adalah seperti berikut:
a. Nombor rujukan majikan
b. Notis pendaftaran majikan
c. Sijil pendaftaran sebagai majikan
d. Pengaktifan i-Akaun (Majikan) bagi majikan yang layak
Bolehkah majikan mendapatkan semula notis dan sijil pendaftaran majikan sekiranya terlupa untuk memuat turun atau mencetak dokumen tersebut?
Majikan BOLEH memuat turun atau mencetak semula notis dan sijil pendaftaran dengan mengunci masuk semula maklumat pendaftaran yang telah didaftarkan di skrin pendaftaran.
Adakah kemudahan pendaftaran majikan dalam talian ini selamat?
Kemudahan pendaftaran majikan dalam talian ADALAH SELAMAT berikutan langkah-langkah keselamatan telah diambil bagi melindungi data majikan.
Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan permohonan pendaftaran majikan sebagai Majikan KWSP dalam talian ini ditolak?
Faktor-faktornya adalah seperti berikut:
a. Majikan telahpun berdaftar sebagai majikan dengan pihak KWSP.
b. Maklumat pendaftaran yang dikunci masuk semasa proses pengesahan maklumat
pendaftaran didapati TIDAK SAMA dengan maklumat yang didaftarkan/direkodkan di SSM.
Di manakah majikan boleh membuat permohonan pendaftaran Majikan KWSP jika permohonan pendaftaran majikan dalam taliannya ditolak?
Sekiranya permohonan pendaftaran secara dalam talian ditolak, majikan boleh membuat pendaftaran di Pejabat KWSP atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk pertanyaan lanjut.
Bolehkah majikan membuat permohonan pendaftaran untuk lebih daripada satu nombor rujukan melalui kemudahan pendaftaran majikan dalam talian ini?
TIDAK BOLEH. Majikan hanya boleh berbuat demikian di Pejabat KWSP.
Adakah saluran pendaftaran Majikan KWSP dalam talian ini akan menghapuskan saluran pendaftaran Majikan sedia ada di kaunter KWSP?
TIDAK. Saluran pendaftaran majikan di Pejabat KWSP masih kekal seperti sedia ada.
Artikel Untuk Anda
Bacaan tambahan untuk anda