Sebagai majikan, anda bertanggungjawab untuk memastikan semua pekerja bukan warganegara Malaysia yang memiliki pas kerja yang sah didaftarkan dan mencarum kepada KWSP selaras dengan peruntukan undang-undang. Laman ini menyediakan panduan lengkap mengenai keperluan caruman, proses pendaftaran, serta maklumat penting bagi pelaksanaan caruman mandatori pekerja bukan warganegara.
Siapa Yang Wajib Mencarum
icon card
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang memiliki pas kerja yang sah (kecuali orang gaji domestik), wajib didaftarkan dan dicarum oleh majikan
icon card
Berumur 75 tahun ke bawah

Siapa Yang Wajib Mencarum

Majikan Pekerja

*Menurut Seksyen 3, Akta Pampasan Pekerja 1952, 'orang gaji domestik' merujuk kepada individu yang bekerja sebagai, antara lain: Pembantu rumah, Tukang masak, Tukang kebun, Tukang cuci, Pengasuh (babysitter), pemandu dan seumpamanya.

Kadar Caruman

Pekerja Bukan Warganegara
Caruman Majikan
Syer Majikan: 2%
Caruman Pekerja
Syer Pekerja: 2%

Bila Dan Apa Yang Dicarumkan

Majikan hendaklah membayar caruman untuk sesuatu bulan upah pada atau selewat-lewatnya 15 haribulan bulan berikutnya.

Contoh:
Gaji bulan Oktober 2025
Maka Bulan Caruman adalah November 2025 dan hendaklah dibayar sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 November 2025.

Majikan dikehendaki membayar syer pekerja dan majikan kepada KWSP.  Majikan boleh memotong syer pekerja daripada gaji pekerja. Caruman KWSP hendaklah dibayar dalam nilai ringgit penuh dan tiada nilai sen dibenarkan.

Soalan Lazim

Majikan

Non-Malaysian Citizen - (Employer) General FAQ

1. Apakah tujuan caruman KWSP diwajibkan kepada pekerja bukan warganegara Malaysia?

back chevron

Tujuan mewajibkan caruman KWSP untuk pekerja bukan warganegara Malaysia adalah untuk menyediakan akses perlindungan sosial kepada semua pekerja di Malaysia tanpa mengira kewarganegaraan, selaras dengan piawaian keselamatan sosial antarabangsa, sekali gus memupuk kesaksamaan dan keadilan dalam pasaran tenaga kerja.

2. Bilakah peluasan liputan caruman mandatori KWSP kepada pekerja bukan warganegara Malaysia berkuat kuasa?

back chevron

Peluasan liputan caruman mandatori KWSP kepada pekerja bukan warganegara Malaysia  akan berkuat kuasa bermula gaji Oktober 2025 dengan caruman pertama selewat-lewatnya pada 15 November 2025.

3. Di manakah majikan boleh merujuk sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut mengenai pelaksanaan peluasan caruman pekerja bukan warganegara Malaysia?

back chevron

Majikan boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui saluran berikut:

a.    Laman web KWSP
b.    Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP

4. Adakah pekerja bukan warganegara Malaysia tertakluk kepada Perintah Gaji Minimum?

back chevron

Penguatkuasaan pematuhan kepada Perintah Gaji Minimum adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Walau bagaimanapun, bagi tujuan caruman KWSP, amaun caruman bagi pekerja bukan warganegara Malaysia (kecuali pembantu rumah domestik) hendaklah dikira sekurang-kurangnya berdasarkan kadar gaji minima yang ditetapkan di bawah Perintah Gaji Minimum yang berkuat kuasa.

Non-Malaysian Citizen - (Employer) Registration FAQ

5. Di manakah pendaftaran majikan boleh dibuat?

back chevron

Pendaftaran majikan boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut;

a. Secara dalam talian (online) melalui laman web KWSP bagi syarikat yang ditubuhkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kecuali Perkongsian Liabiliti Terhad / Limited Liability Partnership. Pendaftaran secara online adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

b. Secara fizikal di mana-mana pejabat KWSP berhampiran.

6. Adakah majikan yang menggaji pekerja bukan warganegara Malaysia perlu mendaftar dengan KWSP?

back chevron

Ya, majikan yang mengambil pekerja bukan warganegara Malaysia dengan pas yang sah dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia untuk bekerja dikehendaki mendaftar dan membayar caruman bagi pekerja tersebut.

Bagaimanapun, majikan yang mengupah orang gaji domestik dikecualikan daripada caruman mandatori. Walaupun dikecualikan, orang gaji domestik dan majikan boleh memilih untuk mencarum.

Nota: Mengikut Seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952, ‘orang gaji domestik’ ialah individu yang bekerja sebagai antara lain: Pembantu Rumah, Tukang Masak, Tukang Kebun, Tukang Cuci, Pengasuh Bayi, Pemandu dan lain-lain.

7. Sekiranya majikan sedang menggajikan pekerja warganegara Malaysia dan juga pekerja bukan warganegara Malaysia, adakah majikan perlu mengemukakan pendaftaran majikan baharu?

back chevron

Majikan TIDAK PERLU mengemukakan pendaftaran majikan yang baharu dan boleh menggunakan nombor majikan sedia ada.

8. Bilakah majikan perlu mendaftar dan mula mencarum untuk pekerja bukan warganegara Malaysia, dan bagaimana majikan boleh mendapatkan status pendaftaran automatik (direct registration) pekerja tersebut?

back chevron

Majikan perlu mendaftar dan mencarum untuk pekerja bukan warganegara Malaysia bermula daripada gaji bulan Oktober 2025.

Selaras dengan peluasan ini, KWSP telah menambah baik proses pendaftaran dengan melaksanakan pendaftaran automatik (direct registration). Majikan akan menerima notis fizikal berkenaan status pendaftaran automatik pekerja bukan warganegara Malaysia, yang dihantar ke alamat majikan berdaftar di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Notis ini telah mula diedarkan bermula 20 September 2025.

9. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh majikan yang telah menerima notis makluman berkenaan pekerja yang berjaya didaftarkan secara automatik?

back chevron

Tindakan yang perlu diambil oleh majikan yang telah menerima notis makluman berkenaan pekerja yang berjaya didaftarkan secara automatik:

1. Membuat permohonan janji temu melalui pautan yang disertakan dalam notis makluman yang diterima 
2. Memastikan pekerja berkenaan hadir ke pejabat KWSP pada janji temu yang dijadualkan mulai Januari 2026 untuk pengemaskinian maklumat dan pengesahan cap ibu jari

Buat Temu Janji
Di Pejabat KWSP

10. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh majikan yang telah menerima notis makluman berkenaan pekerja yang tidak berjaya didaftarkan secara automatik?

back chevron

Tindakan yang perlu diambil oleh majikan yang telah menerima notis makluman berkenaan pekerja yang tidak berjaya didaftarkan secara automatik:

1. Membuat permohonan janji temu melalui pautan yang disertakan dalam notis makluman yang diterima, selewat-lewatnya tujuh (7) hari dari tarikh notis
2. Memastikan pekerja berkenaan mendaftar sebagai ahli di pejabat KWSP pada janji temu yang dijadualkan

Buat Temu Janji
Di Pejabat KWSP

11. Apakah jenis-jenis pas bagi pekerja bukan warganegara Malaysia yang tertakluk kepada caruman KWSP dan diwajibkan untuk mencarum?

back chevron

Pemegang pas bukan warganegara Malaysia yang telah diambil bekerja oleh majikan mulai gaji Oktober 2025 dan memegang salah satu daripada jenis pas di bawah, adalah diwajibkan mencarum kepada KWSP:
i. Pas Lawatan Kerja Sementara (Pekerja Asing kecuali Pembantu Rumah Asing)
ii. Pas Penggajian
iii. Pas Lawatan (Ikhtisas)
iv. Pas Pelajar
v. Pas Residen
vi. Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang

Nota
a.    Tanggungjawab untuk mencarum adalah terpakai kepada pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah diambil bekerja oleh majikan dan menerima upah dalam bentuk wang mulai gaji Oktober 2025.
b.    Kebenaran bekerja bagi pemegang Pas Lawatan (Ikhtisas) dan Pas Pelajar hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

12. Bagaimana jika nombor pasport pekerja bukan warganegara Malaysia berubah (e.g. selepas pembaharuan pasport)?

back chevron

Bagi pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Pas Penggajian, maklumat pasport baharu dikemaskini secara automatik berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia.

Walau bagaimanapun, bagi pemegang pas selain tersebut hendaklah mengemaskini maklumat terkini pasport dan pas masing-masing di pejabat KWSP yang berhampiran.

Sehubungan itu, pekerja dan majikan adalah dinasihatkan untuk memastikan maklumat terkini dikemaskini dari semasa ke semasa. Selain itu, majikan perlu memastikan untuk menggunakan nombor pasport terbaharu dalam semua rekod penggajian dan semasa membuat bayaran caruman.

13. Apakah maksud Majikan kepada Orang Bukan Domisil?

back chevron

Majikan kepada Orang Bukan Domisil merujuk kepada majikan individu yang merupakan warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap Malaysia yang telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggajikan pekerja bukan warganegara Malaysia.

14. Apakah syarat-syarat pendaftaran dengan KWSP bagi Majikan kepada Orang Bukan Domisil?

back chevron

Syarat pendaftaran Majikan kepada Orang Bukan Domisil adalah:

1. Majikan hendaklah orang perseorangan warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap Malaysia yang tidak berdaftar dengan mana-mana pendaftar perniagaan atau pertubuhan di Malaysia.
2. Surat kelulusan Bersyarat Pekerja Asing daripada Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing Kementerian Dalam Negeri (OSC KDN) telah diperoleh dan masih sah laku.
3. Pekerja bukan warganegara Malaysia yang digajikan adalah pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah laku, kecuali Pembantu Rumah Asing.
4. Nama majikan dalam KWSP 1 adalah merujuk kepada nama majikan di dalam pas PLKS.

15. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sebagai Majikan kepada Orang Bukan Domisil?

back chevron

Dokumen yang diperlukan adalah:

1. Borang Pendaftaran Majikan (KWSP 1).
2. Salinan kad pengenalan majikan.
3. Salinan pas kerja pekerja bukan warganegara Malaysia yang masih sah laku.
4. Salinan Surat Kelulusan Bersyarat Pekerja Asing daripada Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing Kementerian Dalam Negeri (OSC KDN) yang masih sah laku.

16. Di manakah pendaftaran Majikan kepada Orang Bukan Domisil boleh dibuat?

back chevron

Pendaftaran Majikan kepada Orang Bukan Domisil boleh dibuat secara fizikal di mana-mana pejabat KWSP berhampiran.

17. Adakah wakil dibenarkan mendaftar bagi Majikan kepada Orang Bukan Domisil?

back chevron

Tidak boleh. Pendaftaran Majikan kepada Orang Bukan Domisil memerlukan pengecaman cap ibu jari (CIJ).

18. Sekiranya Majikan kepada Orang Bukan Domisil memilih untuk mencarum bagi orang gaji domestik, adakah mereka perlu mendaftar semula sebagai Majikan Orang Gaji Domestik?

back chevron

Tidak perlu. Majikan boleh menggunakan nombor KWSP sedia ada. Walau bagaimanapun, orang gaji domestik perlu mengemukakan Notis Pilihan Kepada KWSP Dan Majikan Bagi Orang Gaji Domestik (KWSP 16) untuk tujuan pengesahan pilihan untuk mencarum kepada KWSP.

19. Adakah Majikan Orang Gaji Domestik sedia ada perlu berdaftar semula sebagai Majikan kepada Orang Bukan Domisil sekiranya majikan tersebut mula menggajikan pekerja bukan warganegara Malaysia yang memenuhi syarat pendaftaran Majikan Orang Bukan Domisil?

back chevron

Ya. Majikan perlu melengkapkan semula KWSP 1 bersama dokumen sokongan yang diperlukan untuk pendaftaran Majikan kepada Orang Bukan Domisil.

Non-Malaysian Citizen - (Employer) Contribution FAQ

20. Apakah had umur minimum dan maksimum bagi pekerja bukan warganegara Malaysia untuk mencarum kepada KWSP?

back chevron

Umur minimum: 14 tahun
Umur maksimum: 75 tahun

21. Apakah kriteria yang menentukan kewajipan caruman KWSP bagi pekerja bukan warganegara Malaysia?

back chevron

Caruman KWSP adalah wajib mulai gaji Oktober 2025 jika memenuhi semua kriteria berikut:
1. Majikan berdaftar/diperbadankan di Malaysia
2. Pekerja memiliki passport dan pas kerja yang sah
3. Diambil bekerja di bawah kontrak perkhidmatan/perantisan
4. Upah dibayar dalam bentuk wang 
5. Umur pekerja belum mencapai 75 tahun

22. Berapakah kadar caruman syer majikan dan syer pekerja bagi ahli KWSP bukan warganegara Malaysia selepas kuatkuasa pelaksanaan caruman mandatori?

back chevron

Kadar caruman bagi pekerja bukan warganegara Malaysia mulai Oktober 2025 adalah seperti berikut:

Kategori pekerja bukan
warganegara Malaysia
Kadar Caruman mulai Oktober 2025
Belum mencapai
usia 60 tahun
Telah mencapai
usia 60 tahun
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang juga adalah Pemastautin Tetap di Malaysia Tiada perubahan
SM: 13% atau 12%, 
SP: 11%
Tiada perubahan
SM: 6.5% atau 6%, 
SP: 5.5%
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebelum 1 Ogos 1998 Tiada perubahan
SM: 13% atau 12%, 
SP: 11%
Tiada perubahan
SM: 6.5% atau 6%,
 SP: 5.5%
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah mendaftar selepas 1 Ogos 1998 SM: 2%,
SP: 2%
SM: 2%,
SP: 2%

Nota: SM - Syer Majikan, SP - Syer Pekerja

23. Bagaimanakah pengiraan caruman KWSP bagi pekerja bukan warganegara Malaysia di bawah inisiatif peluasan liputan dibuat?

back chevron

Pengiraan caruman bagi ahli KWSP bukan warganegara Malaysia di bawah inisiatif peluasan liputan akan menggunakan Jadual Ketiga (Bahagian F) yang diperkenalkan dan dikemas kini khusus bagi pekerja bukan warganegara.

Jadual ini menggunakan kaedah pengiraan secara langsung berdasarkan kadar tetap 2% syer majikan dan 2% syer pekerja.

Contoh Pengiraan: Upah bulan itu = RM1,751.00

Pengiraan syer majikan dan pekerja

Syer majikan = Upah x Kadar caruman
= RM1,751 x 2% = RM35.02 (~ digenapkan kepada ringgit berikutnya)
= RM36

Syer pekerja = Upah x Kadar caruman
= RM1,751 x 2%
= RM35.02 (~ digenapkan kepada ringgit berikutnya)
= RM36

24. Adakah pekerja bukan warganegara Malaysia yang digajikan oleh Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, Konsulat atau Kerajaan asing diwajibkan mencarum kepada KWSP?

back chevron

Selaras dengan peruntukan di bawah Jadual Kedua Akta KWSP 1991 (Jadual Kedua), mana-mana Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, Konsulat atau mana-mana Kerajaan lain adalah tidak ditarifkan sebagai majikan, kecuali jika dinyatakan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Sehubungan itu, pekerja-pekerja yang digajikan oleh majikan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, sama ada pekerja warganegara Malaysia atau pekerja bukan warganegara Malaysia, adalah tidak diwajibkan untuk mencarum ke KWSP.

25. Adakah pekerja bukan warganegara Malaysia di bawah kontrak jangka pendek (kurang daripada 3 bulan), separuh masa atau sambilan tertakluk kepada caruman KWSP?

back chevron

Ya, selagi mereka bekerja secara sah di Malaysia dan menerima gaji, mereka tetap tertakluk kepada caruman wajib KWSP.

26. Di manakah majikan boleh membuat bayaran caruman?

back chevron

Majikan boleh membuat bayaran caruman melalui saluran-saluran berikut:

1. i-Akaun (Majikan)
2. Perbankan Internet
3. Kaunter ejen bank (MBB, RHB, BSN, PBB)
4. Pejabat KWSP

Nota: Pejabat KWSP hanya menerima bayaran bagi caruman tertunggak sahaja.

27. Bilakah kewajipan caruman wajib bagi pekerja bukan warganegara Malaysia akan terhenti?

back chevron

Kewajipan caruman wajib adalah terhenti dalam mana-mana keadaan berikut:

i. Pada bulan kematian pekerja bukan warganegara Malaysia

ii. Apabila pekerja bukan warganegara Malaysia telah mencapai umur 75 tahun

iii. Dua (2) bulan sebelum tamat tempoh pas kerja, sekiranya tiada perlanjutan pas

iv. Dua (2) bulan sebelum tamat tempoh pelanjutan pas

28. Adakah sistem penggajian (payroll) perlu dikemas kini selaras dengan pelaksanaan caruman mandatori KWSP bagi pekerja bukan warganegara Malaysia?

back chevron

Ya. Sistem penggajian (payroll) perlu dinaik taraf bagi membolehkan perekodan maklumat pekerja bukan warganegara Malaysia serta pengiraan caruman berdasarkan kadar yang ditetapkan, iaitu 2% bagi syer pekerja dan 2% bagi syer majikan.

Bagi pengguna sistem e-Payroll KWSP, penambahbaikan sedang dilaksanakan untuk menyokong pelaksanaan caruman mandatori KWSP melibatkan pekerja bukan warganegara Malaysia

Non-Malaysian Citizen - (Employer) Compliance FAQ

29. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya pekerja bukan warganegara Malaysia berhenti kerja, melarikan diri, atau ingin menukar majikan?

back chevron

Sekiranya pekerja bukan warganegara Malaysia berhenti kerja, melarikan diri, atau menukar majikan:

  • Majikan hendaklah segera memaklumkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk mendapatkan nasihat dan arahan lanjut berhubung status pas pekerjaan pekerja berkenaan.
  • Majikan hendaklah melaksanakan tanggungjawab mencarum dengan memastikan caruman KWSP dibuat sehingga bulan terakhir pekerja tersebut berada dalam perkhidmatan.

Ahli

Non-Malaysian Citizen - (Employee) General FAQ

1. Apakah tujuan mewajibkan caruman KWSP untuk pekerja bukan warganegara Malaysia?

2. Apakah kemudahan dan manfaat yang boleh dinikmati oleh pekerja bukan warganegara Malaysia selepas pelaksanaan peluasan liputan ini?

back chevron

Selepas pelaksanaan peluasan liputan ini, pekerja bukan warganegara Malaysia yang mencarum kepada KWSP akan layak menikmati pelbagai kemudahan dan manfaat KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP:

Pengeluaran Sebahagian Pengeluaran Penuh Caruman Sukarela Lain-Lain Kemudahan / Manfaat
  • Pengeluaran Akaun Fleksibel
  • Pengeluaran Perumahan
  • Pengeluaran Kesihatan
  • Pengeluaran Umur 50
  • Pengeluaran Pendidikan
  • Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta
Nota: 
Bagi Pengeluaran Sebahagian Umur 55 dan 60 Tahun, pengeluaran hanya boleh dibuat mulai Jun 2026.
  • Pengeluaran Kematian (kecuali bayaran bantuan kematian)
  • Pengeluaran Hilang Upaya (kecuali bayaran bantuan hilang upaya)
  • Pengeluaran Meninggalkan Negara
  • Pengeluaran Umur 55 & 60 
     
  • Mencarum melebihi kadar berkanun
  • i-Sayang (sebagai pencarum)
  • Caruman kepada Ahli Lain (sebagai pencarum)
     
  • Dividen Tahunan
  • Pendaftaran Pilihan Simpanan Shariah
  • Pindahan Simpanan Antara Akaun KWSP Diri Sendiri
     
3. Bolehkah ahli bukan warganegara Malaysia memilih untuk mendaftar di bawah Simpanan Shariah?

back chevron

Boleh. Ahli bukan warganegara Malaysia boleh memilih untuk mendaftar di bawah Simpanan Shariah.

4. Adakah ahli bukan warganegara Malaysia layak untuk mendaftar i-Saraan?

back chevron

Tidak, ahli bukan warganegara Malaysia tidak layak untuk mendaftar i-Saraan kerana ia diperkenalkan khusus untuk ahli warganegara Malaysia sahaja.

5. Bilakah caruman KWSP mandatori untuk pekerja bukan warganegara Malaysia akan dilaksanakan?

back chevron

Pelaksanaan caruman mandatori KWSP untuk pekerja bukan warganegara Malaysia bermula dengan gaji Oktober 2025.

6. Adakah pekerja berstatus Pemastautin Tetap di Malaysia tertakluk kepada pelaksanaan ini?

back chevron

Pekerja berstatus Pemastautin Tetap di Malaysia tidak termasuk dalam pelaksanaan caruman mandatori KWSP sebanyak 2% syer pekerja dan 2% syer majikan ke atas pekerja bukan warganegara. Ini kerana sekiranya mereka bekerja di bawah kontrak perkhidmatan/ perantisan dengan mana-mana majikan, mereka sudah diwajibkan mencarum ke KWSP pada kadar caruman yang sama seperti warganegara Malaysia.

7. Adakah pekerja bukan warganegara layak menerima dividen tahunan KWSP?

back chevron

Ya. Semua ahli KWSP, termasuk ahli bukan warganegara, layak menerima dividen tahunan yang diisytiharkan KWSP.

Non-Malaysian Citizen - (Employee) Registration FAQ

8. Adakah pekerja bukan warganegara Malaysia berumur lebih 75 tahun wajib mendaftar sebagai ahli KWSP?

back chevron

Pekerja bukan warganegara Malaysia yang berumur lebih 75 tahun tidak diwajibkan untuk mendaftar sebagai ahli KWSP atau mencarum, selaras dengan polisi KWSP semasa.

9. Di manakah pekerja bukan warganegara Malaysia boleh membuat semakan pendaftaran sebagai ahli KWSP?

back chevron

Semakan pendaftaran boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut: 
i. i-Akaun (Majikan) - semakan oleh majikan bermula 1 Oktober 2025 
ii. Pejabat KWSP - semakan oleh ahli di mana-mana pejabat KWSP

10. Adakah majikan boleh mendaftarkan pekerja bukan warganegara Malaysia melalui i-Akaun (Majikan)?

back chevron

Ya. Majikan boleh mendaftarkan pekerja bukan warganegara Malaysia melalui saluran i-Akaun (Majikan) mulai 1 Oktober 2025. Walaubagaimanapun, di dalam keadaan khas dan tertentu, pekerja bukan warganegara tersebut perlu hadir ke pejabat KWSP bagi melengkapkan proses pendaftaran ahli.

11. Bagaimanakah kaedah pendaftaran pekerja bukan warganegara Malaysia?

back chevron

Bagi pekerja bukan warganegara Malaysia, selain daripada sektor domestik, KWSP akan memudah cara dan menambah baik proses pendaftaran ahli secara automatik (Direct Registration - DR) tanpa memerlukan kehadiran majikan ke pejabat KWSP dan hanya terpakai kepada Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Pas Penggajian (PP).

Nota: Selain itu, majikan boleh membuat permohonan janji temu bagi tujuan pendaftaran ahli melalui saluran khas yang disediakan

12. Apakah saluran pendaftaran ahli bagi pekerja bukan warganegara Malaysia?

back chevron

Berikut adalah saluran pendaftaran ahli bagi pekerja bukan warganegara Malaysia: 
i. Pendaftaran secara automatik (DR) (bermula Oktober 2025)*
ii. i-Akaun (Majikan) (bermula Oktober 2025)
iii. Self-Service Terminal (SST) (bermula Oktober 2025)*
iv. Pejabat KWSP

Nota: *Bagi pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Pas Penggajian, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

13. Apakah yang dimaksudkan dengan pendaftaran Automatik (DR)?

back chevron

Pendaftaran Automatik (DR) adalah proses pendaftaran ahli bukan warganegara melalui integrasi pangkalan data dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Melalui pengintegrasian data ini, pengesahan identiti ahli berdasarkan maklumat pasport dan pas kerja yang diluluskan oleh JIM membolehkan pendaftaran dapat dilaksanakan secara digital dan lebih efisien.

14. Adakah pendaftaran secara Automatik (DR) ini melibatkan semua pekerja bukan warganegara di Malaysia?

back chevron

Pendaftaran secara Automatik (DR) melibatkan pekerja bukan warganegara yang mempunyai Pas Penggajian dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)* yang masih dalam tempoh sah laku, tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

*Tidak termasuk pembantu rumah

15. Bagi pekerja bukan warganegara Malaysia yang belum mendaftar sebagai ahli KWSP, adakah mereka boleh mendaftar KWSP i-Akaun?

back chevron

Pekerja bukan warganegara Malaysia yang belum mendaftar sebagai ahli KWSP, perlu menjadi ahli KWSP terlebih dahulu sebelum boleh mendaftar untuk kemudahan KWSP i-Akaun. KWSP i-Akaun merupakan platform dalam talian yang membolehkan ahli mengakses dan mengurus semua urusan berkaitan KWSP dengan mudah dan selamat.

16. Adakah ahli bukan warganegara yang ingin mendaftar KWSP i-Akaun perlu hadir secara fizikal ke pejabat KWSP atau pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian?

back chevron

Buat masa ini, ahli bukan warganegara yang telah berdaftar perlu hadir ke pejabat KWSP untuk membuat pendaftaran i-Akaun. Walau bagaimanapun, bermula pada Oktober 2025 pendaftaran KWSP i-Akaun boleh dibuat secara dalam talian melalui platform KWSP i-Akaun tanpa perlu menghadirkan diri ke pejabat KWSP. Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

17. Adakah ahli bukan warganegara Malaysia yang telah membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara boleh menggunakan nombor ahli sedia ada atau perlu membuat pendaftaran baharu sekiranya kembali bekerja di Malaysia?

back chevron

Mengikut prosedur semasa, sekiranya ahli bukan warganegara Malaysia telah membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara dan bayaran telah berjaya dikreditkan ke akaun bank ahli. Akaun ahli KWSP akan terbatal/tutup. Sehubungan itu, ahli perlu membuat pendaftaran baharu.

18. Adakah ahli bukan warganegara Malaysia dibenarkan membuat penamaan?

back chevron

Boleh, sekiranya ahli bukan warganegara Malaysia berdaftar sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.

19. Adakah pas kerja yang telah tamat tempoh dianggap sah sebagai dokumen sokongan untuk pendaftaran?

back chevron

Tidak. Pas kerja yang telah tamat tempoh tidak sah dan tidak boleh digunakan sebagai dokumen sokongan untuk pendaftaran. Hanya pas kerja atau dokumen pengenalan diri yang masih berkuat kuasa sahaja boleh diterima.

Non-Malaysian Citizen - (Employee) Contribution FAQ

20. Siapakah golongan pekerja bukan warganegara Malaysia yang diwajibkan mencarum di bawah skim KWSP?

back chevron

Peluasan caruman mandatori kepada pekerja bukan warganegara Malaysia merangkumi semua pekerja bukan warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia (tidak termasuk orang gaji domestik), yang mempunyai pasport dan pas yang sah yang dibenarkan bekerja oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

21. Berapakah kadar caruman berkanun yang akan dikenakan kepada ahli bukan warganegara Malaysia dan majikan mereka?

back chevron

Kadar caruman berkanun bagi pekerja bukan warganegara Malaysia yang bukan pemastautin tetap di Malaysia ialah 2% untuk syer pekerja dan 2% untuk syer majikan, tertakluk kepada semakan dari semasa ke semasa.

22. Apakah yang perlu dilakukan oleh ahli bukan warganegara Malaysia sekiranya ingin mengekalkan kadar caruman syer pekerja 11% atau ingin memilih mencarum melebihi kadar berkanun?

back chevron

Berikut adalah tindakan yang perlu diambil sekiranya ingin mengekalkan 11% kadar caruman syer pekerja atau ingin memilih mencarum melebihi kadar berkanun selepas tarikh kuat kuasa:

i. Ahli perlu melengkapkan Borang KWSP 17A (AHL) / KWSP 18A (AHL) - Permohonan Pendaftaran / Pembatalan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja) yang boleh diperoleh di laman web rasmi KWSP.

ii. Ahli perlu mengemukakan borang tersebut kepada majikan. Setelah itu, majikan hendaklah memasukkan maklumat permohonan pekerja berkenaan melalui i-Akaun (Majikan). Sila rujuk Panduan Permohonan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (VE) Melalui i-Akaun (Majikan).

iii. Borang yang diterima oleh majikan perlu disimpan sebagai rekod majikan (tidak perlu dikemukakan kepada KWSP).

Muat turun borang di sini: Borang Permohonan Pendaftaran / Pembatalan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja) KWSP 17A/18A (AHL).

23. Berapakah kadar caruman syer majikan dan syer pekerja bagi ahli KWSP bukan warganegara Malaysia selepas kuatkuasa pelaksanaan caruman mandatori?

back chevron

Kadar caruman bagi ahli KWSP bukan warganegara Malaysia mulai Oktober 2025 adalah seperti berikut:

Kategori Ahli KWSP Bukan Warganegara Malaysia Kadar Caruman Mulai Oktober 2025
Belum Mencapai Usia 60 Tahun Telah Mencapai Usia 60 Tahun
Ahli KWSP bukan warganegara Malaysia yang juga adalah Pemastautin Tetap di Malaysia Tiada perubahan
SM: 13% atau 12%,
SP: 11%
Tiada perubahan
SM: 6.5% atau 6%
SP: 5.5%
Ahli KWSP bukan warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebelum 1 Ogos 1998 Tiada perubahan
SM: 13% atau 12%,
SP: 11%
Tiada perubahan
SM: 6.5% atau 6%
SP: 5.5%
Ahli KWSP bukan warganegara Malaysia yang telah mendaftar selepas 1 Ogos 1998 Dipinda
SM: 2%, SP: 2%
Dipinda
SM: 2%, SP: 2%

Nota: SM - Syer Majikan, SP - Syer Pekerja

24. Bagaimanakah cara untuk mengira jumlah caruman yang perlu dibayar oleh majikan keatas pekerja bukan warganegara Malaysia?

back chevron

Kadar caruman KWSP bagi pekerja bukan warganegara Malaysia ke atas upah bulan semasa adalah seperti berikut:

Syer Majikan : 2%
Syer Pekerja : 2%

Kaedah pengiraan adalah seperti berikut: 

Upah Bulan Semasa Pengiraan SyerMajikan Pengiraan Syer Pekerja Jumlah Caruman
RM1,751.00

= Upah x Kadar Caruman

= RM1,751 x 2%

= RM35.02

= RM36 (digenapkan kepada ringgit berikutnya)

= Upah x Kadar Caruman

= RM1,751 x 2%

= RM35.02

= RM36 (digenapkan
kepada ringgit berikutnya)
RM72.00

Nota: Sekiranya jumlah caruman yang dikira termasuk sen, jumlah tersebut hendaklah
digenapkan kepada ringgit berikutnya

25. Bagaimanakah pengiraan caruman KWSP bagi ahli bukan warganegara Malaysia di bawah inisiatif peluasan liputan dibuat?

back chevron

Pengiraan caruman bagi ahli KWSP bukan warganegara Malaysia di bawah inisiatif peluasan liputan akan menggunakan Jadual Ketiga (Bahagian F) yang diperkenalkan dan dikemas kini khusus bagi pekerja bukan warganegara. Jadual ini menggunakan kaedah pengiraan secara langsung berdasarkan kadar tetap 2% syer majikan dan 2% syer pekerja.

26. Adakah pekerja bukan warganegara Malaysia yang digajikan oleh Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, Konsulat atau Kerajaan asing diwajibkan mencarum kepada KWSP?

back chevron

Selaras dengan peruntukan di bawah Jadual Kedua Akta KWSP 1991 (Jadual Kedua), mana-mana Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, Konsulat atau mana-mana Kerajaan lain adalah tidak ditarifkan sebagai majikan, kecuali jika dinyatakan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Sehubungan itu, pekerja-pekerja yang digajikan oleh majikan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, sama ada pekerja warganegara Malaysia atau pekerja bukan warganegara Malaysia, adalah tidak diwajibkan untuk mencarum ke KWSP.

27. Sekiranya pekerja bukan warganegara Malaysia telah memilih untuk mencarum sebelum 1 Oktober 2025, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pekerja bukan warganegara Malaysia dan majikan susulan pelaksanaan ini?

back chevron

Sekiranya ahli KWSP bukan warganegara Malaysia yang telah memilih untuk mencarum sebelum 1 Oktober 2025, berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan:

i. Ahli KWSP bukan warganegara tidak perlu mengemukakan permohonan pendaftaran baharu dan boleh menggunakan nombor ahli sedia ada untuk semua jenis urusan.

ii. Majikan perlu mencarum bagi pekerja tersebut dengan kadar caruman 2% masing-masing bagi syer majikan dan syer pekerja, mulai gaji Oktober 2025.

Nota: Sekiranya ahli KWSP bukan warganegara Malaysia ingin mengekalkan kadar caruman syer pekerja sebanyak 11% selepas tarikh kuat kuasa kadar baharu, sila rujuk soalan Bil. 22

28. Adakah ahli bukan warganegara Malaysia boleh membuat Caruman Pilihan Sendiri?

back chevron

Ahli bukan warganegara Malaysia tidak boleh membuat Caruman Pilihan Sendiri kerana pilihan ini hanya terbuka kepada ahli warganegara Malaysia sahaja.

29. Adakah kadar dividen bagi ahli bukan warganegara Malaysia sama dengan kadar dividen bagi ahli warganegara Malaysia?

back chevron

Ahli bukan warganegara Malaysia layak mendapat dividen tahunan dengan kadar sama seperti ahli warganegara Malaysia dan tiada perbezaan dari segi pembayaran dividen.

Walau bagaimanapun, kadar dividen adalah berbeza mengikut pilihan simpanan ahli sama ada Simpanan Shariah atau Simpanan Konvensional.simpanan ahli sama ada Simpanan Shariah atau Simpanan Konvensional.

30. Adakah simpanan ahli bukan warganegara Malaysia yang telah dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD) boleh dipindahkan semula ke akaun KWSP?

back chevron

Tidak boleh. Sekiranya simpanan ahli bukan warganegara Malaysia telah dihantar kepada BWTD, ahli atau waris terdekat dinasihatkan untuk berurusan terus dengan BWTD.

31. Adakah pekerja bukan warganegara Malaysia yang bekerja secara sementara atau kontrak jangka pendek masih perlu mencarum KWSP?

back chevron

Ya, selagi mereka bekerja secara sah di Malaysia dan menerima gaji, mereka tetap tertakluk kepada caruman wajib KWSP

Non-Malaysian Citizen - (Employee) Withdrawal FAQ

32. Adakah ahli bukan warganegara Malaysia boleh membuat pengeluaran melalui KWSP i-Akaun?

back chevron

Ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh membuat pengeluaran menerusi saluran kaunter di mana-mana Pejabat KWSP. Walau bagaimanapun, penambahbaikan akan dibuat bagi membolehkan ahli bukan warganegara Malaysia memohon pengeluaran melalui KWSP i-Akaun, terhad kepada jenis pengeluaran tertentu.

33. Apakah perbezaan antara pengeluaran penuh dan pengeluaran sebahagian?

back chevron

Pengeluaran penuh merupakan pengeluaran yang membolehkan ahli bukan warganegara Malaysia yang mematuhi syarat mengeluarkan kesemua simpanan daripada Akaun Persaraan, Akaun Siejahtera dan Akaun Fleksibel. Manakala pengeluaran sebahagian hanya merujuk kepada pengeluaran daripada Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel sahaja.

Pengeluaran Penuh Pengeluaran Sebahagian

i. Pengeluaran Kematian (kecuali bayaran bantuan kematian)

ii. Pengeluaran Hilang Upaya (kecuali bayaran bantuan hilang upaya)

iii. Pengeluaran Meninggalkan Negara

iv. Pengeluaran Umur 55 & 60

i. Pengeluaran Akaun Fleksibel

ii. Pengeluaran Perumahan

iii. Pengeluaran Kesihatan

iv. Pengeluaran Umur 50

v. Pengeluaran Pendidikan

vi. Pengeluaran Melebihi 1 Juta+

34. Apakah pengeluaran yang boleh dibuat oleh pekerja bukan warganegara Malaysia yang bekerja kurang daripada tempoh sah laku pas?

back chevron

Pekerja bukan warganegara Malaysia yang bekerja kurang daripada tempoh sah laku pas boleh memohon Pengeluaran Meninggalkan Negara, tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, sekiranya ahli telah mencapai umur 60 tahun, ahli digalakkan memohon Pengeluaran Penuh 60 Tahun.

35. Jika pas kerja ahli bukan warganegara Malaysia akan tamat tempoh dan mereka tidak berniat untuk meneruskan pekerjaan, bilakah mereka perlu memohon Pengeluaran Meninggalkan Negara?

back chevron

Ahli bukan warganegara Malaysia boleh memohon Pengeluaran Meninggalkan Negara lebih awal iaitu dalam tempoh dua (2) bulan sebelum tarikh tamat tempoh pas kerja mereka.

36. Apakah prosedur pengeluaran sekiranya ahli bukan warganegara Malaysia meninggal dunia?

back chevron

Jika ahli bukan warganegara Malaysia meninggal dunia, waris terdekat boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan ahli melalui permohonan Pengeluaran Kematian Tanpa Penamaan. Waris terdekat perlu mengemukakan borang dan dokumen sokongan seperti yang ditetapkan mengikut syarat dan prosedur semasa.

37. Jika waris terdekat tidak dapat hadir untuk membuat permohonan Pengeluaran Kematian, bolehkah majikan mengemukakan permohonan bagi pihak waris?

back chevron

Ya. Majikan boleh bertindak sebagai wakil untuk mengemukakan permohonan yang telah dilengkapkan oleh waris ahli. Semua dokumen sokongan yang dikemukakan mestilah disahkan oleh pegawai pengesah yang bertauliah.

Frequently Asked Question

Non-Malaysian Citizen - (Employer) General FAQ

1. Apakah tujuan caruman KWSP diwajibkan kepada pekerja bukan warganegara Malaysia?

back chevron

Tujuan mewajibkan caruman KWSP untuk pekerja bukan warganegara Malaysia adalah untuk menyediakan akses perlindungan sosial kepada semua pekerja di Malaysia tanpa mengira kewarganegaraan, selaras dengan piawaian keselamatan sosial antarabangsa, sekali gus memupuk kesaksamaan dan keadilan dalam pasaran tenaga kerja.

2. Bilakah peluasan liputan caruman mandatori KWSP kepada pekerja bukan warganegara Malaysia berkuat kuasa?

back chevron

Peluasan liputan caruman mandatori KWSP kepada pekerja bukan warganegara Malaysia  akan berkuat kuasa bermula gaji Oktober 2025 dengan caruman pertama selewat-lewatnya pada 15 November 2025.

3. Di manakah majikan boleh merujuk sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut mengenai pelaksanaan peluasan caruman pekerja bukan warganegara Malaysia?

back chevron

Majikan boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui saluran berikut:

a.    Laman web KWSP
b.    Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP

4. Adakah pekerja bukan warganegara Malaysia tertakluk kepada Perintah Gaji Minimum?

back chevron

Penguatkuasaan pematuhan kepada Perintah Gaji Minimum adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Walau bagaimanapun, bagi tujuan caruman KWSP, amaun caruman bagi pekerja bukan warganegara Malaysia (kecuali pembantu rumah domestik) hendaklah dikira sekurang-kurangnya berdasarkan kadar gaji minima yang ditetapkan di bawah Perintah Gaji Minimum yang berkuat kuasa.

Frequently Asked Question

Non-Malaysian Citizen - (Employer) Registration FAQ

5. Di manakah pendaftaran majikan boleh dibuat?

back chevron

Pendaftaran majikan boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut;

a. Secara dalam talian (online) melalui laman web KWSP bagi syarikat yang ditubuhkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kecuali Perkongsian Liabiliti Terhad / Limited Liability Partnership. Pendaftaran secara online adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

b. Secara fizikal di mana-mana pejabat KWSP berhampiran.

6. Adakah majikan yang menggaji pekerja bukan warganegara Malaysia perlu mendaftar dengan KWSP?

back chevron

Ya, majikan yang mengambil pekerja bukan warganegara Malaysia dengan pas yang sah dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia untuk bekerja dikehendaki mendaftar dan membayar caruman bagi pekerja tersebut.

Bagaimanapun, majikan yang mengupah orang gaji domestik dikecualikan daripada caruman mandatori. Walaupun dikecualikan, orang gaji domestik dan majikan boleh memilih untuk mencarum.

Nota: Mengikut Seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952, ‘orang gaji domestik’ ialah individu yang bekerja sebagai antara lain: Pembantu Rumah, Tukang Masak, Tukang Kebun, Tukang Cuci, Pengasuh Bayi, Pemandu dan lain-lain.

7. Sekiranya majikan sedang menggajikan pekerja warganegara Malaysia dan juga pekerja bukan warganegara Malaysia, adakah majikan perlu mengemukakan pendaftaran majikan baharu?

back chevron

Majikan TIDAK PERLU mengemukakan pendaftaran majikan yang baharu dan boleh menggunakan nombor majikan sedia ada.

8. Bilakah majikan perlu mendaftar dan mula mencarum untuk pekerja bukan warganegara Malaysia, dan bagaimana majikan boleh mendapatkan status pendaftaran automatik (direct registration) pekerja tersebut?

back chevron

Majikan perlu mendaftar dan mencarum untuk pekerja bukan warganegara Malaysia bermula daripada gaji bulan Oktober 2025.

Selaras dengan peluasan ini, KWSP telah menambah baik proses pendaftaran dengan melaksanakan pendaftaran automatik (direct registration). Majikan akan menerima notis fizikal berkenaan status pendaftaran automatik pekerja bukan warganegara Malaysia, yang dihantar ke alamat majikan berdaftar di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Notis ini telah mula diedarkan bermula 20 September 2025.

9. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh majikan yang telah menerima notis makluman berkenaan pekerja yang berjaya didaftarkan secara automatik?

back chevron

Tindakan yang perlu diambil oleh majikan yang telah menerima notis makluman berkenaan pekerja yang berjaya didaftarkan secara automatik:

1. Membuat permohonan janji temu melalui pautan yang disertakan dalam notis makluman yang diterima 
2. Memastikan pekerja berkenaan hadir ke pejabat KWSP pada janji temu yang dijadualkan mulai Januari 2026 untuk pengemaskinian maklumat dan pengesahan cap ibu jari

Buat Temu Janji
Di Pejabat KWSP

10. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh majikan yang telah menerima notis makluman berkenaan pekerja yang tidak berjaya didaftarkan secara automatik?

back chevron

Tindakan yang perlu diambil oleh majikan yang telah menerima notis makluman berkenaan pekerja yang tidak berjaya didaftarkan secara automatik:

1. Membuat permohonan janji temu melalui pautan yang disertakan dalam notis makluman yang diterima, selewat-lewatnya tujuh (7) hari dari tarikh notis
2. Memastikan pekerja berkenaan mendaftar sebagai ahli di pejabat KWSP pada janji temu yang dijadualkan

Buat Temu Janji
Di Pejabat KWSP

11. Apakah jenis-jenis pas bagi pekerja bukan warganegara Malaysia yang tertakluk kepada caruman KWSP dan diwajibkan untuk mencarum?

back chevron

Pemegang pas bukan warganegara Malaysia yang telah diambil bekerja oleh majikan mulai gaji Oktober 2025 dan memegang salah satu daripada jenis pas di bawah, adalah diwajibkan mencarum kepada KWSP:
i. Pas Lawatan Kerja Sementara (Pekerja Asing kecuali Pembantu Rumah Asing)
ii. Pas Penggajian
iii. Pas Lawatan (Ikhtisas)
iv. Pas Pelajar
v. Pas Residen
vi. Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang

Nota
a.    Tanggungjawab untuk mencarum adalah terpakai kepada pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah diambil bekerja oleh majikan dan menerima upah dalam bentuk wang mulai gaji Oktober 2025.
b.    Kebenaran bekerja bagi pemegang Pas Lawatan (Ikhtisas) dan Pas Pelajar hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

12. Bagaimana jika nombor pasport pekerja bukan warganegara Malaysia berubah (e.g. selepas pembaharuan pasport)?

back chevron

Bagi pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Pas Penggajian, maklumat pasport baharu dikemaskini secara automatik berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia.

Walau bagaimanapun, bagi pemegang pas selain tersebut hendaklah mengemaskini maklumat terkini pasport dan pas masing-masing di pejabat KWSP yang berhampiran.

Sehubungan itu, pekerja dan majikan adalah dinasihatkan untuk memastikan maklumat terkini dikemaskini dari semasa ke semasa. Selain itu, majikan perlu memastikan untuk menggunakan nombor pasport terbaharu dalam semua rekod penggajian dan semasa membuat bayaran caruman.

13. Apakah maksud Majikan kepada Orang Bukan Domisil?

back chevron

Majikan kepada Orang Bukan Domisil merujuk kepada majikan individu yang merupakan warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap Malaysia yang telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggajikan pekerja bukan warganegara Malaysia.

14. Apakah syarat-syarat pendaftaran dengan KWSP bagi Majikan kepada Orang Bukan Domisil?

back chevron

Syarat pendaftaran Majikan kepada Orang Bukan Domisil adalah:

1. Majikan hendaklah orang perseorangan warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap Malaysia yang tidak berdaftar dengan mana-mana pendaftar perniagaan atau pertubuhan di Malaysia.
2. Surat kelulusan Bersyarat Pekerja Asing daripada Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing Kementerian Dalam Negeri (OSC KDN) telah diperoleh dan masih sah laku.
3. Pekerja bukan warganegara Malaysia yang digajikan adalah pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah laku, kecuali Pembantu Rumah Asing.
4. Nama majikan dalam KWSP 1 adalah merujuk kepada nama majikan di dalam pas PLKS.

15. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sebagai Majikan kepada Orang Bukan Domisil?

back chevron

Dokumen yang diperlukan adalah:

1. Borang Pendaftaran Majikan (KWSP 1).
2. Salinan kad pengenalan majikan.
3. Salinan pas kerja pekerja bukan warganegara Malaysia yang masih sah laku.
4. Salinan Surat Kelulusan Bersyarat Pekerja Asing daripada Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing Kementerian Dalam Negeri (OSC KDN) yang masih sah laku.

16. Di manakah pendaftaran Majikan kepada Orang Bukan Domisil boleh dibuat?

back chevron

Pendaftaran Majikan kepada Orang Bukan Domisil boleh dibuat secara fizikal di mana-mana pejabat KWSP berhampiran.

17. Adakah wakil dibenarkan mendaftar bagi Majikan kepada Orang Bukan Domisil?

back chevron

Tidak boleh. Pendaftaran Majikan kepada Orang Bukan Domisil memerlukan pengecaman cap ibu jari (CIJ).

18. Sekiranya Majikan kepada Orang Bukan Domisil memilih untuk mencarum bagi orang gaji domestik, adakah mereka perlu mendaftar semula sebagai Majikan Orang Gaji Domestik?

back chevron

Tidak perlu. Majikan boleh menggunakan nombor KWSP sedia ada. Walau bagaimanapun, orang gaji domestik perlu mengemukakan Notis Pilihan Kepada KWSP Dan Majikan Bagi Orang Gaji Domestik (KWSP 16) untuk tujuan pengesahan pilihan untuk mencarum kepada KWSP.

19. Adakah Majikan Orang Gaji Domestik sedia ada perlu berdaftar semula sebagai Majikan kepada Orang Bukan Domisil sekiranya majikan tersebut mula menggajikan pekerja bukan warganegara Malaysia yang memenuhi syarat pendaftaran Majikan Orang Bukan Domisil?

back chevron

Ya. Majikan perlu melengkapkan semula KWSP 1 bersama dokumen sokongan yang diperlukan untuk pendaftaran Majikan kepada Orang Bukan Domisil.

Frequently Asked Question

Non-Malaysian Citizen - (Employer) Contribution FAQ

20. Apakah had umur minimum dan maksimum bagi pekerja bukan warganegara Malaysia untuk mencarum kepada KWSP?

back chevron

Umur minimum: 14 tahun
Umur maksimum: 75 tahun

21. Apakah kriteria yang menentukan kewajipan caruman KWSP bagi pekerja bukan warganegara Malaysia?

back chevron

Caruman KWSP adalah wajib mulai gaji Oktober 2025 jika memenuhi semua kriteria berikut:
1. Majikan berdaftar/diperbadankan di Malaysia
2. Pekerja memiliki passport dan pas kerja yang sah
3. Diambil bekerja di bawah kontrak perkhidmatan/perantisan
4. Upah dibayar dalam bentuk wang 
5. Umur pekerja belum mencapai 75 tahun

22. Berapakah kadar caruman syer majikan dan syer pekerja bagi ahli KWSP bukan warganegara Malaysia selepas kuatkuasa pelaksanaan caruman mandatori?

back chevron

Kadar caruman bagi pekerja bukan warganegara Malaysia mulai Oktober 2025 adalah seperti berikut:

Kategori pekerja bukan
warganegara Malaysia
Kadar Caruman mulai Oktober 2025
Belum mencapai
usia 60 tahun
Telah mencapai
usia 60 tahun
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang juga adalah Pemastautin Tetap di Malaysia Tiada perubahan
SM: 13% atau 12%, 
SP: 11%
Tiada perubahan
SM: 6.5% atau 6%, 
SP: 5.5%
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebelum 1 Ogos 1998 Tiada perubahan
SM: 13% atau 12%, 
SP: 11%
Tiada perubahan
SM: 6.5% atau 6%,
 SP: 5.5%
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah mendaftar selepas 1 Ogos 1998 SM: 2%,
SP: 2%
SM: 2%,
SP: 2%

Nota: SM - Syer Majikan, SP - Syer Pekerja

23. Bagaimanakah pengiraan caruman KWSP bagi pekerja bukan warganegara Malaysia di bawah inisiatif peluasan liputan dibuat?

back chevron

Pengiraan caruman bagi ahli KWSP bukan warganegara Malaysia di bawah inisiatif peluasan liputan akan menggunakan Jadual Ketiga (Bahagian F) yang diperkenalkan dan dikemas kini khusus bagi pekerja bukan warganegara.

Jadual ini menggunakan kaedah pengiraan secara langsung berdasarkan kadar tetap 2% syer majikan dan 2% syer pekerja.

Contoh Pengiraan: Upah bulan itu = RM1,751.00

Pengiraan syer majikan dan pekerja

Syer majikan = Upah x Kadar caruman
= RM1,751 x 2% = RM35.02 (~ digenapkan kepada ringgit berikutnya)
= RM36

Syer pekerja = Upah x Kadar caruman
= RM1,751 x 2%
= RM35.02 (~ digenapkan kepada ringgit berikutnya)
= RM36

24. Adakah pekerja bukan warganegara Malaysia yang digajikan oleh Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, Konsulat atau Kerajaan asing diwajibkan mencarum kepada KWSP?

back chevron

Selaras dengan peruntukan di bawah Jadual Kedua Akta KWSP 1991 (Jadual Kedua), mana-mana Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, Konsulat atau mana-mana Kerajaan lain adalah tidak ditarifkan sebagai majikan, kecuali jika dinyatakan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Sehubungan itu, pekerja-pekerja yang digajikan oleh majikan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, sama ada pekerja warganegara Malaysia atau pekerja bukan warganegara Malaysia, adalah tidak diwajibkan untuk mencarum ke KWSP.

25. Adakah pekerja bukan warganegara Malaysia di bawah kontrak jangka pendek (kurang daripada 3 bulan), separuh masa atau sambilan tertakluk kepada caruman KWSP?

back chevron

Ya, selagi mereka bekerja secara sah di Malaysia dan menerima gaji, mereka tetap tertakluk kepada caruman wajib KWSP.

26. Di manakah majikan boleh membuat bayaran caruman?

back chevron

Majikan boleh membuat bayaran caruman melalui saluran-saluran berikut:

1. i-Akaun (Majikan)
2. Perbankan Internet
3. Kaunter ejen bank (MBB, RHB, BSN, PBB)
4. Pejabat KWSP

Nota: Pejabat KWSP hanya menerima bayaran bagi caruman tertunggak sahaja.

27. Bilakah kewajipan caruman wajib bagi pekerja bukan warganegara Malaysia akan terhenti?

back chevron

Kewajipan caruman wajib adalah terhenti dalam mana-mana keadaan berikut:

i. Pada bulan kematian pekerja bukan warganegara Malaysia

ii. Apabila pekerja bukan warganegara Malaysia telah mencapai umur 75 tahun

iii. Dua (2) bulan sebelum tamat tempoh pas kerja, sekiranya tiada perlanjutan pas

iv. Dua (2) bulan sebelum tamat tempoh pelanjutan pas

28. Adakah sistem penggajian (payroll) perlu dikemas kini selaras dengan pelaksanaan caruman mandatori KWSP bagi pekerja bukan warganegara Malaysia?

back chevron

Ya. Sistem penggajian (payroll) perlu dinaik taraf bagi membolehkan perekodan maklumat pekerja bukan warganegara Malaysia serta pengiraan caruman berdasarkan kadar yang ditetapkan, iaitu 2% bagi syer pekerja dan 2% bagi syer majikan.

Bagi pengguna sistem e-Payroll KWSP, penambahbaikan sedang dilaksanakan untuk menyokong pelaksanaan caruman mandatori KWSP melibatkan pekerja bukan warganegara Malaysia

Frequently Asked Question

Non-Malaysian Citizen - (Employer) Compliance FAQ

29. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya pekerja bukan warganegara Malaysia berhenti kerja, melarikan diri, atau ingin menukar majikan?

back chevron

Sekiranya pekerja bukan warganegara Malaysia berhenti kerja, melarikan diri, atau menukar majikan:

  • Majikan hendaklah segera memaklumkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk mendapatkan nasihat dan arahan lanjut berhubung status pas pekerjaan pekerja berkenaan.
  • Majikan hendaklah melaksanakan tanggungjawab mencarum dengan memastikan caruman KWSP dibuat sehingga bulan terakhir pekerja tersebut berada dalam perkhidmatan.

Soalan Lazim

Non-Malaysian Citizen - (Employee) General FAQ

1. Apakah tujuan mewajibkan caruman KWSP untuk pekerja bukan warganegara Malaysia?

back chevron

Tujuan mewajibkan caruman KWSP untuk pekerja bukan warganegara Malaysia adalah untuk menyediakan akses perlindungan sosial kepada semua pekerja di Malaysia tanpa mengira kewarganegaraan, selaras dengan piawaian keselamatan sosial antarabangsa, sekali gus memupuk kesaksamaan dan keadilan dalam pasaran tenaga kerja.

2. Apakah kemudahan dan manfaat yang boleh dinikmati oleh pekerja bukan warganegara Malaysia selepas pelaksanaan peluasan liputan ini?

back chevron

Selepas pelaksanaan peluasan liputan ini, pekerja bukan warganegara Malaysia yang mencarum kepada KWSP akan layak menikmati pelbagai kemudahan dan manfaat KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP:

Pengeluaran Sebahagian Pengeluaran Penuh Caruman Sukarela Lain-Lain Kemudahan / Manfaat
  • Pengeluaran Akaun Fleksibel
  • Pengeluaran Perumahan
  • Pengeluaran Kesihatan
  • Pengeluaran Umur 50
  • Pengeluaran Pendidikan
  • Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta
Nota: 
Bagi Pengeluaran Sebahagian Umur 55 dan 60 Tahun, pengeluaran hanya boleh dibuat mulai Jun 2026.
  • Pengeluaran Kematian (kecuali bayaran bantuan kematian)
  • Pengeluaran Hilang Upaya (kecuali bayaran bantuan hilang upaya)
  • Pengeluaran Meninggalkan Negara
  • Pengeluaran Umur 55 & 60 
     
  • Mencarum melebihi kadar berkanun
  • i-Sayang (sebagai pencarum)
  • Caruman kepada Ahli Lain (sebagai pencarum)
     
  • Dividen Tahunan
  • Pendaftaran Pilihan Simpanan Shariah
  • Pindahan Simpanan Antara Akaun KWSP Diri Sendiri
     
3. Bolehkah ahli bukan warganegara Malaysia memilih untuk mendaftar di bawah Simpanan Shariah?

back chevron

Boleh. Ahli bukan warganegara Malaysia boleh memilih untuk mendaftar di bawah Simpanan Shariah.

4. Adakah ahli bukan warganegara Malaysia layak untuk mendaftar i-Saraan?

back chevron

Tidak, ahli bukan warganegara Malaysia tidak layak untuk mendaftar i-Saraan kerana ia diperkenalkan khusus untuk ahli warganegara Malaysia sahaja.

5. Bilakah caruman KWSP mandatori untuk pekerja bukan warganegara Malaysia akan dilaksanakan?

back chevron

Pelaksanaan caruman mandatori KWSP untuk pekerja bukan warganegara Malaysia bermula dengan gaji Oktober 2025.

6. Adakah pekerja berstatus Pemastautin Tetap di Malaysia tertakluk kepada pelaksanaan ini?

back chevron

Pekerja berstatus Pemastautin Tetap di Malaysia tidak termasuk dalam pelaksanaan caruman mandatori KWSP sebanyak 2% syer pekerja dan 2% syer majikan ke atas pekerja bukan warganegara. Ini kerana sekiranya mereka bekerja di bawah kontrak perkhidmatan/ perantisan dengan mana-mana majikan, mereka sudah diwajibkan mencarum ke KWSP pada kadar caruman yang sama seperti warganegara Malaysia.

7. Adakah pekerja bukan warganegara layak menerima dividen tahunan KWSP?

back chevron

Ya. Semua ahli KWSP, termasuk ahli bukan warganegara, layak menerima dividen tahunan yang diisytiharkan KWSP.

Non-Malaysian Citizen - (Employer) Contribution FAQ

20. Apakah had umur minimum dan maksimum bagi pekerja bukan warganegara Malaysia untuk mencarum kepada KWSP?

back chevron

Umur minimum: 14 tahun
Umur maksimum: 75 tahun

21. Apakah kriteria yang menentukan kewajipan caruman KWSP bagi pekerja bukan warganegara Malaysia?

back chevron

Caruman KWSP adalah wajib mulai gaji Oktober 2025 jika memenuhi semua kriteria berikut:
1. Majikan berdaftar/diperbadankan di Malaysia
2. Pekerja memiliki passport dan pas kerja yang sah
3. Diambil bekerja di bawah kontrak perkhidmatan/perantisan
4. Upah dibayar dalam bentuk wang 
5. Umur pekerja belum mencapai 75 tahun

22. Berapakah kadar caruman syer majikan dan syer pekerja bagi ahli KWSP bukan warganegara Malaysia selepas kuatkuasa pelaksanaan caruman mandatori?

back chevron

Kadar caruman bagi pekerja bukan warganegara Malaysia mulai Oktober 2025 adalah seperti berikut:

Kategori pekerja bukan
warganegara Malaysia
Kadar Caruman mulai Oktober 2025
Belum mencapai
usia 60 tahun
Telah mencapai
usia 60 tahun
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang juga adalah Pemastautin Tetap di Malaysia Tiada perubahan
SM: 13% atau 12%, 
SP: 11%
Tiada perubahan
SM: 6.5% atau 6%, 
SP: 5.5%
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebelum 1 Ogos 1998 Tiada perubahan
SM: 13% atau 12%, 
SP: 11%
Tiada perubahan
SM: 6.5% atau 6%,
 SP: 5.5%
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah mendaftar selepas 1 Ogos 1998 SM: 2%,
SP: 2%
SM: 2%,
SP: 2%

Nota: SM - Syer Majikan, SP - Syer Pekerja

23. Bagaimanakah pengiraan caruman KWSP bagi pekerja bukan warganegara Malaysia di bawah inisiatif peluasan liputan dibuat?

back chevron

Pengiraan caruman bagi ahli KWSP bukan warganegara Malaysia di bawah inisiatif peluasan liputan akan menggunakan Jadual Ketiga (Bahagian F) yang diperkenalkan dan dikemas kini khusus bagi pekerja bukan warganegara.

Jadual ini menggunakan kaedah pengiraan secara langsung berdasarkan kadar tetap 2% syer majikan dan 2% syer pekerja.

Contoh Pengiraan: Upah bulan itu = RM1,751.00

Pengiraan syer majikan dan pekerja

Syer majikan = Upah x Kadar caruman
= RM1,751 x 2% = RM35.02 (~ digenapkan kepada ringgit berikutnya)
= RM36

Syer pekerja = Upah x Kadar caruman
= RM1,751 x 2%
= RM35.02 (~ digenapkan kepada ringgit berikutnya)
= RM36

24. Adakah pekerja bukan warganegara Malaysia yang digajikan oleh Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, Konsulat atau Kerajaan asing diwajibkan mencarum kepada KWSP?

back chevron

Selaras dengan peruntukan di bawah Jadual Kedua Akta KWSP 1991 (Jadual Kedua), mana-mana Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, Konsulat atau mana-mana Kerajaan lain adalah tidak ditarifkan sebagai majikan, kecuali jika dinyatakan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Sehubungan itu, pekerja-pekerja yang digajikan oleh majikan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, sama ada pekerja warganegara Malaysia atau pekerja bukan warganegara Malaysia, adalah tidak diwajibkan untuk mencarum ke KWSP.

25. Adakah pekerja bukan warganegara Malaysia di bawah kontrak jangka pendek (kurang daripada 3 bulan), separuh masa atau sambilan tertakluk kepada caruman KWSP?

back chevron

Ya, selagi mereka bekerja secara sah di Malaysia dan menerima gaji, mereka tetap tertakluk kepada caruman wajib KWSP.

26. Di manakah majikan boleh membuat bayaran caruman?

back chevron

Majikan boleh membuat bayaran caruman melalui saluran-saluran berikut:

1. i-Akaun (Majikan)
2. Perbankan Internet
3. Kaunter ejen bank (MBB, RHB, BSN, PBB)
4. Pejabat KWSP

Nota: Pejabat KWSP hanya menerima bayaran bagi caruman tertunggak sahaja.

27. Bilakah kewajipan caruman wajib bagi pekerja bukan warganegara Malaysia akan terhenti?

back chevron

Kewajipan caruman wajib adalah terhenti dalam mana-mana keadaan berikut:

i. Pada bulan kematian pekerja bukan warganegara Malaysia

ii. Apabila pekerja bukan warganegara Malaysia telah mencapai umur 75 tahun

iii. Dua (2) bulan sebelum tamat tempoh pas kerja, sekiranya tiada perlanjutan pas

iv. Dua (2) bulan sebelum tamat tempoh pelanjutan pas

28. Adakah sistem penggajian (payroll) perlu dikemas kini selaras dengan pelaksanaan caruman mandatori KWSP bagi pekerja bukan warganegara Malaysia?

back chevron

Ya. Sistem penggajian (payroll) perlu dinaik taraf bagi membolehkan perekodan maklumat pekerja bukan warganegara Malaysia serta pengiraan caruman berdasarkan kadar yang ditetapkan, iaitu 2% bagi syer pekerja dan 2% bagi syer majikan.

Bagi pengguna sistem e-Payroll KWSP, penambahbaikan sedang dilaksanakan untuk menyokong pelaksanaan caruman mandatori KWSP melibatkan pekerja bukan warganegara Malaysia

Panduan Untuk Majikan

Persediaan Caruman KWSP Untuk Pekerja Bukan Warganegara Malaysia