Kemaskini terakhir : 27 Apr 2021    

I-Suri

Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Faedah

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
 
  • Bantuan Kematian: RM2,500

          ** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP  
 

Siapakah Yang Boleh Mencarum

Self

Diri sendiri (isteri)

Husband to wife

Suami kepada pasangan yang layak


Syarat-syarat kelayakan

Requirements

Warganegara Malaysia

Requirements

Belum mencapai umur 60 tahun

Requirements

Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)

Requirements

Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020

Requirements

Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

Cara Dan Saluran Bayaran

Perbankan Internet
 
Kaunter Ejen Bank
 
Ejen Bank Berdaftar Kaunter KWSP 
 

Pemindahan wang secara elektronik

  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Bank Muamalat
  • CIMB Bank
  • Bank Islam
  • KFH (Caruman Pilihan Sendiri Sahaja)
  • Hong Leong Bank
  • MBSB

Tunai/cek

  • BSN 
  • Maybank
  • Public Bank

Ejen Bank (EB) BSN

Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Had Bayaran

Minimum (RM sahaja)

Tiada had

Maksimum (RM sahaja)

RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Apakah Yang Anda Perlukan

  • MyKad
  • Bayaran i-Suri boleh dibuat dengan menggunakan Borang KWSP 6A(2) jika bayaran dibuat di kaunter ejen Bank atau kaunter KWSP.
 
housing