Caruman Wajib
Caruman wajib anda dikira berdasarkan pendapatan bulanan mengikut Kadar Caruman Bulanan (Jadual Ketiga). Caruman bulanan terdiri daripada syer majikan dan syer pekerja yang dibayar melalui saluran yang disediakan.
Caruman Wajib
Caruman yang berterusan menyokong persaraan yang selesa
Ahli KWSP dalam sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam mencarum ke dalam akaun persaraan mereka melalui potongan gaji bulanan oleh majikan. Amaun caruman tersebut terdiri daripada syer ahli dan majikan yang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli. Di halaman ini, anda akan mengetahui lebih lanjut mengenai potongan caruman ini serta kepentingannya kepada anda.
Caruman wajib anda dikira berdasarkan pendapatan bulanan mengikut Kadar Caruman Bulanan (Jadual Ketiga). Caruman bulanan terdiri daripada syer majikan dan syer pekerja yang dibayar melalui saluran yang disediakan.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kadar caruman, anda boleh melihat kadar tersebut di bawah ini.
Majikan anda wajib memberikan penyata gaji kepada anda setiap bulan. Ia bertujuan bagi membolehkan anda menyemak sama ada potongan KWSP anda adalah tepat. Penyata ini juga akan digunakan oleh KWSP sebagai bukti caruman KWSP. Oleh itu, anda adalah dinasihatkan menyemak penyata ini pada setiap bulan dan menyimpannya dengan selamat.
Penyata ini hendaklah mengandungi antara lain maklumat-maklumat seperti berikut:
Anda boleh menyemak jumlah caruman anda melalui Penyata Ahli dalam i-Akaun. Anda perlu memastikan bahawa caruman tersebut telah dikreditkan ke dalam akaun anda dengan sewajarnya.
Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.50% bagi Simpanan Konvensional.
Kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.
Tahun | Simpanan Shariah (Tahunan) |
Simpanan Konvensional (Tahunan) |
---|---|---|
2020 | 4.90 | 5.20 |
2019 | 5.00 | 5.45 |
2018 | 5.90 | 6.15 |
2017 | 6.40 | 6.90 |
2016 | - | 5.70 |
2015 | - | 6.40 |
2014 | - | 6.75 |
Anda boleh menyemak secara terperinci semua maklumat yang terkandung dalam Penyata Ahli atau i-Akaun (Ahli) anda seperti:
Melaksanakan tanggungjawab anda dengan memastikan caruman bulanan dikreditkan dengan betul pada setiap bulan. Ahli yang pintar boleh memastikan bayaran caruman adalah teratur dengan mengikut senarai semak yang kami berikan.
Semak caruman anda
Anda boleh menentukan caruman adalah teratur dengan menyemak potongan caruman melalui Penyata Ahli atau i-Akaun Ahli. Anda perlu memastikan bahawa caruman tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun anda dengan teratur.
Penyata gaji
Anda dinasihatkan menyemak penyata ini pada setiap bulan dan menyimpannya sepanjang tempoh pekerjaan anda.
Jika ada tunggakan atau jumlah caruman yang berbeza anda patut laporkan aduan mengenai caruman.
Laporkan Aduan Mengenai Caruman
Syarat majikan mendapatkan kembali Caruman Syer Pekerja
Jika majikan tidak memotong gaji anda untuk dicarumkan pada masa gaji dibayar, majikan tidak boleh mendapatkan kembali caruman syer pekerja daripada anda selepas tempoh enam bulan. Ini bermakna, majikan anda perlu menanggung kedua-dua caruman bahagian pekerja dan majikan bersama-sama dividen yang sepatutnya diterima oleh anda.
Muat turun aplikasi mudah alih i-Akaun pada hari ini untuk mengakses akaun KWSP anda dengan cepat dan mudah
Tahun |
Peratus (Simpanan Shariah) |
Peratus (Simpanan Konvensional) |
2020 |
5.20 |
4.90 |
2019 |
5.00 |
5.45 |
2018 |
5.90 |
6.15 |
2017 |
6.40 |
6.90 |
2016 |
- |
5.70 |
2015 |
- |
6.40 |
2014 |
- |
6.75 |
2013 |
- |
6.35 |
2012 |
- |
6.15 |
2011 |
- |
6.00 |
2010 |
- |
5.80 |
2009 |
- |
5.65 |
2008 |
- |
4.50 |
2007 |
- |
5.80 |
2006 |
- |
5.15 |
2005 |
- |
5.00 |
2004 |
- |
4.75 |
2003 |
- |
4.50 |
2002 |
- |
4.25 |
2001 |
- |
5.00 |
2000 |
- |
6.00 |
1999 |
- |
6.84 |
1997 - 1998 |
- |
6.70 |
1996 |
- |
7.70 |
1995 |
- |
7.50 |
1988 - 1994 |
- |
8.00 |
1983 - 1987 |
- |
8.50 |
1980 - 1982 |
- |
8.00 |
1979 |
- |
7.25 |
1976 - 1978 |
- |
7.00 |
1974 - 1975 |
- |
6.60 |
1972 - 1973 |
- |
5.85 |
1971 |
- |
5.80 |
1968 - 1970 |
- |
5.75 |
1965 - 1967 |
- |
5.50 |
1964 |
- |
5.25 |
1963 |
- |
5.00 |
1960 - 1962 |
- |
4.00 |
1952 - 1959 |
- |
2.50 |
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 69 dan ke atas, Firefox 61 dan ke atas, Safari 11 dan ke atas, Opera 54 dan ke atas, atau Edge 16 dan ke atas.
© KWSP 2022. Hakcipta Terpelihara