CARUMAN PILIHAN SENDIRI
Pilihan untuk pekerja sektor informal
Caruman KWSP tidak dihadkan hanya kepada mereka yang diwajibkan di bawah Akta KWSP 1991. Penyertaan sukarela daripada mereka yang tidak tertakluk di bawah undang-undang KWSP adalah sangat dialu-alukan. Tambahan pula, ianya merupakan satu kelebihan bagi anda untuk menyimpan simpanan bagi kegunaan di hari persaraan.
Pembayaran secara elektronik melalui aplikasi i-Akaun (Ahli). Untuk maklumat lanjut, klik di sini.
Pembayaran secara elektronik melalui:
Pembayaran secara elektronik/tunai melalui Ejen Bank (EB) BSN.
Pembayaran secara tunai/cek di kaunter ejen bank:
BSN
Maybank
Public Bank
RHB Bank - Hanya menerima pembayaran kad debit dan pindahan debit sahaja.
Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman Pilihan Sendiri - KWSP 6A(1)
Pembayaran secara tunai/cek di kaunter KWSP. Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar.
Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman Pilihan Sendiri - KWSP 6A(1)
Had amaun adalah tertakluk kepada had transaksi kad debit pembayar.
Had maksimum caruman sukarela adalah sehingga RM100,000 setahun.
Nota: Sila lengkapkan Borang KWSP 6A (DC) bagi pembayaran secara kad debit.
Untuk makluman lanjut, klik di sini.
*Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk bayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran bukan secara elektronik.
**KWSP tidak menggalakkan ahli membuat bayaran secara tunai di kaunter KWSP terutamanya bagi bayaran melibatkan amaun yang besar.
***Pembayaran menggunakan kad debit melalui MT / MOT tertakluk kepada jadual lawatan MT/MOT.
Tiada had
*Tertakluk kepada saluran pembayaran
Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun 1) adalah RM100,000 setahun.
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 69 dan ke atas, Firefox 61 dan ke atas, Safari 11 dan ke atas, Opera 54 dan ke atas, atau Edge 16 dan ke atas.
© KWSP 2022. Hakcipta Terpelihara