Siapa Yang Boleh Mencarum
Anak-anak kepada ibu bapa
Isteri kepada suami
Ibu bapa kepada anak-anak
Suami kepada isteri
Syarat-syarat kelayakan
Penerima
- Ahli KWSP
- Berstatus warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap atau Bukan Warganegara (yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998)
- Umur bawah 55 tahun
Penambah
Ahli atau bukan ahli KWSP
Peringatan Penting
1. Pemohon perlu membuat pendaftaran penambah simpanan/penerima simpanan sebelum membuat bayaran dengan mengisi Borang Penambah Simpanan/Penerima Simpanan - KWSP 3B.
2. Jumlah Caruman Pilihan Sendiri tertakluk kepada had maksimum RM60,000.00 setahun.
3. Penambahan simpanan boleh di buat pada bila-bila masa sehingga ahli (penerima) berumur 55 tahun.
4. Penambah tidak semestinya berdaftar sebagai ahli KWSP.