Kemaskini terakhir : 23 Jul 2022    

age 50

 

i-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP. Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.

Siapa Yang Boleh Memohon

Syarat-syarat kelayakan

Requirements

Warganegara Malaysia

Requirements

Pengguna i-Akaun (Ahli)

Requirements

Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP

Jenis Perlindungan Yang Ditawarkan

Requirements

Perlindungan Hayat

Requirements

Perlindungan Penyakit Kritikal

Ciri-Ciri Utama i-Lindung

Employer

Proses yang lancar

Cara yang mudah untuk mendapatkan produk perlindungan tanpa keperluan pemeriksaan kesihatan

Employer

Sebut harga serta-merta

Dapatkan sebut harga bagi setiap produk yang ditawarkan secara dalam talian

Employer

Pusat maklumat

Kemudahan akses dan menganalisis semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan

Employer

Paparan keseluruhan

Memaparkan maklumat berkaitan polisi/ sijil yang dibeli secara keseluruhan

Employer

Bila-bila masa dan di mana sahaja

Kelebihan untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua

Soalan Lazim

Soalan Umum

 

Soalan Berkaitan Produk

 

Soalan Berkaitan Pembelian

  • Apakah langkah untuk menyempurnakan transaksi melalui i-Lindung?

    Log masuk ke i-Akaun (Ahli) > klik pada tab i-Lindung > pilih produk yang ditawarkan oleh SIT > lengkapkan maklumat di portal SIT > kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP > penerimaan penyata maklumat dari SIT.

  • Bilakah perlindungan bagi polisi/sijil saya bermula?

    Perlindungan akan bermula pada hari polisi/sijil anda telah dikeluarkan oleh SIT. Polisi/sijil anda akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.

  • Bilakah pembayaran akan dibuat kepada SIT?

    Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin memakan masa beberapa hari. Walau bagaimanapun, status polisi/sijil anda akan kekal aktif kecuali pembayaran ditolak. Sekiranya pembayaran ditolak, polisi/sijil yang dibeli akan dibatalkan oleh SIT.

    Anda dinasihatkan untuk menyemak status permohonan pembayaran anda di bahagian Sejarah Transaksi di i-Lindung untuk memastikan tiada komplikasi terhadap status polisi/sijil anda.

 

Perkhidmatan Lain

  • Bolehkah saya membatalkan polisi/sijil setelah melakukan pembelian?

    Anda boleh membatalkan polisi/sijil anda pada bila-bila masa melalui SIT berkenaan. Sekiranya anda membatalkan polisi/sijil anda dalam tempoh 15 hari yang pertama selepas perlindungan bermula, SIT akan memulangkan premium/sumbangan yang telah dibayar. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk membatalkan polisi/sijil anda selepas 15 hari, SIT akan mengembalikan bahagian yang belum digunakan, tertakluk kepada pengiraan yang ditentukan oleh SIT.

    Sila ambil perhatian bahawa anda tidak lagi mendapat perlindungan setelah pembatalan dilakukan. Anda dinasihatkan untuk mempertimbangkan dengan teliti adakah pembatalan perlindungan adalah keputusan yang terbaik untuk anda.

    Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan SIT tersebut atau merujuk pada dokumen polisi/sijil anda. Selain itu, anda juga boleh merujuk di bahagian Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.

  • Setelah pembatalan polisi/sijil dilakukan, adakah pemulangan akan dikreditkan ke Akaun KWSP?

    Ya, pemulangan akan dikreditkan ke Akaun KWSP sekiranya pembayaran dibuat sebelum anda mencapai umur 55 tahun. Sebaliknya wang tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank, berdasarkan maklumat perbankan yang diberikan kepada SIT. Pemulangan ini juga akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda jika Akaun KWSP tidak aktif.

  • Berapa lamakah masa diambil untuk memaparkan jumlah pemulangan didalam Akaun 2 KWSP saya?

    Ia akan mengambil masa tujuh (7) hari bekerja setelah SIT meluluskan proses pembatalan polisi/sijil anda dan memaklumkan ke KWSP. Tempoh kelulusan proses pembatalan polisi/sijil adalah berbeza diantara SIT. Untuk maklumat lebih lanjut, anda juga boleh menghubungi khidmat pelanggan SIT berkenaan.

  • Mengapakah ianya penting untuk membuat penamaan?

    Penamaan adalah penting untuk melindung orang yang tersayang dan memastikan mereka menerima manfaat seperti yang anda inginkan tanpa sebarang kelewatan. Tanpa penamaan, manfaat di bawah polisi/sijil akan dibayar oleh SIT kepada pelaksana atau pentadbir anda yang sah untuk mengagihkan wang tersebut mengikut undang-undang pengagihan yang berkaitan. Proses ini mungkin akan memakan masa.

    Adalah penting bagi penama mengetahui polisi/sijil yang dibeli oleh anda.

  • Bolehkah saya melakukan Hibah untuk polisi/sijil yang telah dibeli?

    Hibah, yang bermaksud hadiah atau pemberian secara sukarela tanpa balasan, hanya terpakai bagi penamaan di bawah produk takaful. Dengan menamakan orang yang tersayang sebagai benefisiari di bawah hibah bersyarat, manfaat akan dibayar oleh Pengendali Takaful tanpa melalui prosedur pewarisan atau Faraid yang lazimnya memakan masa yang panjang.

  • Bagaimanakah cara untuk membuat penamaan atau tuntutan bagi polisi/sijil yang telah dibeli?

    Anda boleh melakukan penamaan atau tuntutan melalui SIT tersebut. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan SIT tersebut atau merujuk dokumen polisi/sijil anda. Selain itu, anda juga boleh merujuk di bahagian Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.

  • Apakah yang akan diterima jika tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh polisi/sijil saya?

    Produk yang ditawarkan di bawah i-Lindung tidak mempunyai manfaat matang.

 

Dapatkan akses kepada produk-produk di bawah i-Lindung

 

 

 

housing