Kemaskini terakhir : 02 Nov 2022    

age 50

 

i-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP. Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.

Siapa Yang Boleh Memohon

Syarat-syarat kelayakan

Requirements

Warganegara Malaysia

Requirements

Pengguna i-Akaun (Ahli)

Requirements

Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP

Jenis Perlindungan Yang Ditawarkan

Requirements

Perlindungan Hayat

Requirements

Perlindungan Penyakit Kritikal

Ciri-Ciri Utama i-Lindung

 
Employer

Proses yang lancar

Cara yang mudah untuk mendapatkan produk perlindungan tanpa keperluan pemeriksaan kesihatan

Employer

Sebut harga serta-merta

Dapatkan sebut harga bagi setiap produk yang ditawarkan secara dalam talian

Employer

Pusat maklumat

Kemudahan akses dan menganalisis semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan

Employer

Paparan keseluruhan

Memaparkan maklumat berkaitan polisi/ sijil yang dibeli secara keseluruhan

Employer

Bila-bila masa dan di mana sahaja

Kelebihan untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua

 

Soalan Lazim

Soalan Umum

 

Soalan Berkaitan Produk

 

Soalan Berkaitan Polisi

  • Apakah langkah untuk menyempurnakan transaksi melalui i-Lindung?
    1. Langkah 1

      Log masuk ke i-Akaun (Ahli)

    2. Langkah 2

      klik pada tab i-Lindung

    3. Langkah 3

      pilih produk yang ditawarkan oleh SIT

    4. Langkah 4

      lengkapkan maklumat di portal SIT

    5. Langkah 5

      kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP

    6. Langkah 6

      penerimaan penyata maklumat dari SIT

  • Bilakah perlindungan bagi polisi/sijil saya bermula?

    Perlindungan akan bermula pada hari polisi/sijil anda telah dikeluarkan oleh SIT. Polisi/sijil anda akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.

    Anda juga boleh mendapatkan polisi/sijil yang dibeli melalui fungsi ‘e-Policy’ di Pelan Perlindungan Saya.

  • Bilakah pembayaran akan dibuat kepada SIT?

    Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin mengambil masa beberapa hari. Walau bagaimanapun, status polisi/sijil anda akan kekal aktif kecuali jika pembayaran ditolak. Sekiranya pembayaran ditolak, polisi/sijil yang dibeli akan dibatalkan oleh SIT.

    Anda dinasihatkan untuk menyemak status permohonan pembayaran anda di bahagian Sejarah Transaksi di i-Lindung untuk memastikan tiada komplikasi terhadap status polisi/sijil anda.

  • Adakah produk di bawah i-Lindung boleh membiayai kos kemasukan ke hospital atau membekalkan kad perubatan untuk rawatan pesakit luar?

    Produk yang ditawarkan di i-Lindung merupakan produk Perlindungan Asas yang tidak menyediakan apa-apa simpanan dan tidak melibatkan nilai tunai. Sekiranya polisi/sijil telah luput dan anda tidak membuat apa-apa tuntutan, anda tidak akan mendapat apa-apa pampasan/tunai.

    Oleh itu, produk yang merangkumi kos kemasukan ke hospital (hospitalisation), medical card atau investment-linked tidak ditawarkan di bawah i-Lindung.

  • Apakah had umur penyertaan bagi produk perlindungan yang ditawarkan oleh SIT?

    Had umur penyertaan bagi setiap produk perlindungan yang ditawarkan SIT di i-Lindung adalah berbeza. Sehubungan itu, ahli dinasihatkan untuk menghubungi SIT yang menawarkan produk berkenaan.

 

Perkhidmatan Lain

  • Bolehkah saya membatalkan polisi/sijil setelah melakukan pembelian?

    Anda boleh membatalkan polisi/sijil anda pada bila-bila masa melalui SIT berkenaan. Sekiranya anda membatalkan polisi/sijil anda dalam tempoh 15 hari yang pertama selepas perlindungan bermula, SIT akan memulangkan premium/sumbangan yang telah dibayar. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk membatalkan polisi/sijil anda selepas 15 hari, SIT akan mengembalikan bahagian yang belum digunakan, tertakluk kepada pengiraan yang ditentukan oleh SIT.

    Setelah pembatalan dilakukan, anda tidak lagi mendapat manfaat perlindungan. Anda dinasihatkan untuk mempertimbangkan dengan teliti adakah pembatalan perlindungan adalah keputusan yang terbaik untuk anda.

    Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan SIT tersebut atau merujuk pada dokumen polisi/sijil anda. Selain itu, anda juga boleh merujuk di bahagian Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.

  • Setelah pembatalan polisi/sijil dilakukan, adakah pemulangan akan dikreditkan ke Akaun KWSP?

    Ya, pemulangan akan dikreditkan ke Akaun KWSP sekiranya pembayaran dibuat sebelum anda mencapai umur 55 tahun. Sebaliknya wang tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank, berdasarkan maklumat perbankan yang diberikan kepada SIT. Pemulangan ini juga akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda jika Akaun KWSP tidak aktif.

  • Berapa lamakah masa diambil untuk memaparkan jumlah pemulangan didalam Akaun 2 KWSP saya?

    Ya, pemulangan akan dikreditkan ke Akaun KWSP sekiranya pembayaran dibuat sebelum anda mencapai umur 55 tahun. Sebaliknya wang tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank jika anda berumur melebihi 55 tahun, berdasarkan maklumat perbankan yang diberikan kepada SIT. Pemulangan ini juga akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda jika Akaun KWSP tidak aktif.

  • Berapa lamakah masa diambil untuk memaparkan jumlah pemulangan di dalam Akaun 2 KWSP saya?

    Ia akan mengambil masa tujuh (7) hari bekerja setelah SIT meluluskan proses pembatalan polisi/sijil anda dan memaklumkan ke KWSP. Tempoh kelulusan proses pembatalan polisi/sijil adalah berbeza di antara SIT. Untuk maklumat lebih lanjut, anda juga boleh menghubungi khidmat pelanggan SIT berkenaan.

    Adalah penting bagi penama mengetahui polisi/sijil yang dibeli oleh anda.

  • Bolehkah saya melakukan Hibah untuk polisi/sijil yang telah dibeli melalui i-Lindung?

    Hibah yang bermaksud hadiah atau pemberian secara sukarela tanpa balasan, hanya terpakai bagi penamaan di bawah produk takaful.

    Dengan menamakan orang yang tersayang sebagai benefisiari di bawah hibah bersyarat, manfaat akan dibayar oleh Pengendali Takaful tanpa melalui prosedur pewarisan atau Faraid yang lazimnya memakan masa yang panjang.

  • Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan bagi polisi/sijil bagi di bawah i-Lindung?

    Anda boleh melakukan tuntutan melalui SIT yang menawarkan produk tersebut. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan SIT tersebut atau merujuk dokumen polisi/sijil anda.

    Selain itu, anda juga boleh merujuk di bahagian Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.

  • Apakah terdapat sebarang manfaat (bayaran) yang akan saya terima jika tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh polisi/sijil saya?

    Produk yang ditawarkan di bawah i-Lindung tidak mempunyai manfaat matang. Oleh itu, tiada sebarang manfaat (bayaran) akan diterima oleh ahli jika TIADA tuntutan dibuat sepanjang tempoh polisi/ sijil.

    Sebagai contoh, bagi perlindungan Penyakit Kritikal atau Hayat, jika dalam tempoh polisi ahli yang diinsuranskan disahkan menghidap penyakit kritikal atau meninggal dunia, SIT akan membayar jumlah yang diinsuranskan kepada ahli/penama seperti yang dinyatakan dalam dokumen polisi.

    Namun, jika ahli yang diinsuranskan tidak menghidap sebarang penyakit kritikal atau tidak meninggal dunia dalam tempoh polisi, ini bermakna TIADA sebarang tuntutan dan pembayaran akan dibuat oleh SIT kepada ahli yang diinsuranskan atau waris mereka.

 

Dapatkan akses kepada produk-produk di bawah i-Lindung

 

 

 

housing