i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).
Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).
Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.
Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:
i. i-Akaun (Ahli); ATAU
ii. Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.
Tidak boleh. Pada masa ini, pindahan caruman i-Sayang dihadkan kepada 2% sahaja.
Tidak boleh. Inisiatif i-Sayang hanya membenarkan pemindahan caruman dibuat daripada akaun KWSP suami (pemberi) ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).
Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).
Nota: Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima), suami (pemberi) perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan. Kelewatan dalam memaklumkan perkara ini kepada KWSP akan mengakibatkan pemindahan caruman terus dibuat ke dalam akaun isteri (penerima).
Formula pengiraan pindahan 2% daripada caruman syer pekerja dikira seperti berikut:
Contoh:
a) Upah suami : RM2000.00
b) Kadar berkanun syer pekerja : 11%
c) Amaun caruman syer pekerja : RM220.00 (RM2,000 x 11%)
Amaun pindahan ialah : RM 40.00
Amaun caruman syer pekerja 11% akan termasuk amaun Voluntary Excess (tambahan (%) caruman yang dipilih oleh ahli). Oleh itu, amaun pindahan ke akaun isteri juga akan termasuk amaun Voluntary Excess suami.
Contoh:
a) Upah suami : RM2,000.00
b) Kadar berkanun syer pekerja : 11%
c) Kadar Caruman Tambahan (VE) : 3%
d) Jumlah Syer pekerja suami : 11% +3% = 14%
e) Amaun caruman syer pekerja : RM280.00 (RM2,000.00 x 14%)
f) Amaun pindahan ialah : RM 51.00
Tidak layak.
Tiada pemberian insentif khas yang diberikan kepada pemberi (suami) dan penerima (isteri).
Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:
i. i-Akaun (Ahli); ATAU
ii. Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.
Suami (pemberi) boleh mendaftar i-Sayang melalui i-Akaun (Ahli) dengan merujuk Panduan Pengguna Pendaftaran i-Sayang.
Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY) boleh didapati di laman web KWSP.
Tidak boleh. Pendaftaran i-Sayang hanya boleh dibuat oleh suami (pemberi) secara sukarela.
Hanya suami (pemberi) boleh menyemak status pendaftaran i-Sayang melalui i-Akaun (Ahli). Rujuk Panduan Pengguna Pendaftaran i-Sayang.
Pendaftaran adalah untuk isteri yang sah di bawah undang-undang Malaysia sahaja. Sebarang ketidaktepatan maklumat isteri (penerima) adalah tanggungjawab suami sepenuhnya.
Tidak boleh. Proses pembatalan caruman i-Sayang hanya boleh dibuat di Kaunter KWSP kerana suami (pemberi) perlu kemukakan dokumen sokongan.
Proses pembatalan caruman i-Sayang mengambil masa sebulan selepas permohonan dibuat.
Dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pembatalan i-Sayang adalah seperti berikut:
i. Sijil Penceraian; ATAU
ii. Sijil Kematian Isteri (penerima)
Pemindahan caruman i-Sayang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima) selepas tempoh dua (2) bulan daripada tarikh penerimaan caruman syer pekerja suami (pemberi). Pemindahan juga bergantung kepada baki terkini akaun pemberi (suami) mengikut sub akaun ketika pemindahan caruman dibuat.
Tidak boleh. Kesemua pemindahan caruman i-Sayang yang telah dikreditkan ke dalam akaun isteri (penerima) tidak boleh dituntut semula sekiranya suami (pemberi) lewat mengemukakan makluman penceraian atau kematian isteri (penerima) kepada KWSP.
Tidak boleh. Caruman yang telah dipindahkan ke dalam akaun isteri (penerima) tidak boleh dipindahkan kembali ke akaun suami (pemberi).
Tidak perlu. Pendaftaran i-Sayang adalah pilihan suami (pemberi) secara sukarela untuk memindahkan caruman 2% ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).
KWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam akaun isteri (penerima) dengan mengkreditkan 70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2.
Boleh. Tiada sebarang risiko akan berlaku kerana pindahan adalah berdasarkan syer pekerja dan tidak melibatkan syer majikan.
Dibenarkan. Perbezaan jenis akaun (Simpanan Shariah atau Simpanan Konvesional) antara suami (pemberi) dan isteri (penerima) tidak memberi sebarang implikasi kepada pemindahan caruman i-Sayang.
Lebih 80% ahli KWSP yang mempunyai gaji RM5,000 ke bawah. Kadar permulaan 2% membolehkan majoriti suami yang merupakan ahli KWSP berpeluang untuk menyediakan simpanan jangka panjang dan jaminan pendapatan jangka panjang kepada isteri mereka seperti yang dinikmati oleh ahli KWSP kini. Walau bagaimanapun, suami boleh membuat caruman tambahan ke akaun KWSP isteri melalui saluran caruman sukarela.
Tidak perlu. Majikan hanya perlu membuat pembayaran caruman seperti biasa. Pengasingan tersebut akan dilaksanakan oleh KWSP melalui pemindahan caruman daripada akaun suami (pemberi) ke dalam akaun isteri (penerima).
Ya, amaun pindahan caruman i-Sayang akan dipaparkan dalam penyata KWSP tahunan suami (pemberi) dan isteri (penerima) yang boleh disemak melalui i-Akaun (Ahli).
Cara pengiraan pindahan 2% caruman i-Sayang daripada akaun suami (pemberi) ke akaun isteri (penerima) adalah seperti berikut:
Maklumat lanjut berkaitan i-Sayang boleh diperoleh melalui saluran-saluran berikut:
i. Laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my; ATAU
ii. Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000; ATAU
iii. Cawangan KWSP yang berhampiran.