Soalan Lazim i-Akaun View Mode

 

NOSOALAN DAN JAWAPAN
1

Apa itu i-Akaun view mode?

i-Akaun view mode merupakan akses ke paparan i-Akaun yang terhad kepada semakan maklumat sahaja.

2

Adakah ahli boleh membuat sebarang transaksi di i-Akaun view mode?

Ahli tidak boleh membuat sebarang transaksi yang melibatkan penggunaan nombor telefon Transaction Authorization Code (TAC).Hanya semakan maklumat sahaja dibenarkan.

3

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan?

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti dibawah:

  • Semakan Baki Akaun
  • Semakan Caruman Semasa
  • Semakan Profil
  • Semakan Sejarah Pengeluaran
  • Semakan Kelayakan Pengeluaran
  • Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox
4

Berapa lamakah tempoh penggunaan akses i-Akaun view mode ini?

Tiada tempoh tamat ditetapkan untuk akses ke i-Akaun view mode ini.

5

Bagaimanakah ahli boleh mendapatkan akses i-Akaun Full Mode?

Bagi mendapatkan akses i-Akaun (full mode), Ahli perlu membuat pengemaskinian nombor telefon Transaction Authorization Code (TAC) dan pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) di kios/ kaunter KWSP.

6

 

Bolehkah ahli menukar kata laluan untuk i-Akaun view mode?

Ahli boleh menukar kata laluan i-Akaun view mode dengan memastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah aktif dan terkini.

7

Apakah kelebihan yang diperolehi sekiranya ahli bertukar kepada akses i-Akaun Full Mode?

Ahli boleh membuat transaksi berikut, tertakluk kepada terma dan syarat.

  1. Permohonan e-Pengeluaran
  2. Permohonan i-Invest
  3. Pendaftaran Simpanan Shariah
  4. Muat turun penyata ahli
  5. Mengemaskini profil
8

Bolehkah saya muat turun penyata ahli KWSP dengan akses view mode?

Akses view mode tidak membenarkan ahli untuk memuat turun penyata. 

9

Bagaimanakah cara untuk mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun Online (view mode) selepas menjadi ahli KWSP?

Ahli boleh merujuk kepada Panduan Pengguna bagi tujuan pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun Online (view mode).