Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.
Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.
Sudahkah anda melunaskan pembayaran Zakat bagi pengeluaran simpanan KWSP? Dapatkan keterangan lanjut di laman web Lembaga Zakat Selangor (LZS) di www.zakatselangor.com.my, Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ) di www.zakat.com.my atau pihak berkuasa zakat negeri yang berkenaan.
Selain zakat berkaitan KWSP, anda juga boleh menjelaskan Zakat Fitrah, Zakat Harta, Zakat Pendapatan, Zakat Simpanan, Zakat Emas, Zakat Perak, Zakat Ternakan, Zakat Tanaman (Padi), Zakat Saham, Zakat Perniagaan dan Qadha’ Zakat. Ayuh! Bersegeralah dalam menunaikan tanggungjawab kita semua.
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) bertekad memberi perkhidmatan berkualiti yang menyeluruh dan berterusan bagi urusan kutipan dan agihan zakat berlandaskan hukum syarak bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan. Agensi ini beroperasi dengan objektifnya untuk memperkasa pengurusan zakat, memaksimakan kutipan zakat dan meningkatkan keberkesanan agihan zakat.
Satu Institusi Zakat yang unggul dan menjadi salah satu teras sosio-ekonomi umat Islam berlandaskan perkhidmatan yang berkualiti, pengurusan korporat yang mantap & berdaya maju, penggunaan teknologi terkini, pengembelingan & pembangunan sumber manusia serta pertalian yang erat dengan semua pihak. Agensi ini komited dalam menjalankan aktiviti dakwah dan promosi ke arah meningkatkan kesedaran umat Islam tentang kewajipan berzakat, mengutip zakat dan menguruskan Pusat Pungutan Zakat bagi pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Ahli bukan beragama Islam juga boleh memilih Simpanan Shariah sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional:
Simpanan Shariah | Simpanan Konvensional | |
---|---|---|
Keahlian | Semua ahli KWSP boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah. | Semua Ahli KWSP adalah Simpanan Konvensional selagi mana belum memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah |
Akad (Kontrak Shariah) | Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad Wakalah | Tidak berkenaan |
Kadar dividen | Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah | Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5% |
Perakuan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) | Diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) dan tertakluk kepada Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah | Tidak berkenaan |
Pertukaran akaun | Ahli tidak boleh memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa | Ahli boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah |
Simpanan Shariah | Simpanan Konvensional | |
---|---|---|
Pendaftaran |
|
|
Caruman | Proses berkaitan caruman sedia ada kekal dan majikan tidak perlu membuat pembayaran caruman secara berasingan bagi pekerja yang memilih Simpanan Shariah. | |
Majikan/Penguatkuasaan | Majikan yang lewat membayar caruman sama ada pekerja-pekerjanya memilih Simpanan Shariah atau tidak, akan dikenakan:
Sebelum tahun 2017, kadar dividen KWSP yang diisytiharkan bagi setiap tahun berkenaan hendaklah dirujuk bagi pengiraan caj lewat bayar dan dividen |
|
Pengeluaran | Kemudahan pengeluaran sedia ada kekal kecuali Skim Pelaburan Ahli, di mana ahli hanya dibenarkan untuk melabur dalam dana patuh Shariah yang diluluskan oleh KWSP | Kemudahan pengeluaran sedia ada kekal |
Pelaburan | Pelaburan beretika yang mengelakkan dari melabur dalam sektor yang menghasilkan dan mempromosikan alkohol, perjudian , hiburan dewasa dan senjata ketenteraan. Tertakluk kepada saringan syariah untuk menyingkirkan elemen tidak patuh syariah seperti riba (faedah) gharar (ketidakpastian dalam kontrak) maysir (perjudian) dan lain-lain elemen terlarang seperti barangan dan perkhidmatan tidak patuh syariah |
Pelaburan beretika yang mengelakkan dari melabur dalam sektor yang menghasilkan dan mempromosikan alkohol, perjudian , hiburan dewasa dan senjata ketenteraan. |