KEMATIAN
Pengeluaran penuh apabila ahli meninggal dunia
Jika penama meninggal dunia, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian.
Jika penama meninggal dunia sebelum kematian ahli, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian. Tetapi jika penama meninggal dunia selepas kematian ahli, waris terdekat penama layak untuk memohon.
Ahli telah berkahwin | Ahli belum berkahwin |
---|---|
Balu/duda ahli, anak-anak (atau penjaganya), ibu bapa, adik-beradik atau Pentadbir Pusaka |
Ibu bapa, adik-beradik ahli atau Pentadbir Pusaka |
Simpanan ahli/ Tempoh pengeluaran | ≤ RM2,500 | > RM2,500 – RM25,000 | > RM25,000 |
---|---|---|---|
Permohonan kurang dari 2 bulan dari tarikh kematian ahli | Bayaran sekali gus |
Bayaran pertama:
RM2,500 Bayaran kedua selepas tempoh 2 bulan dari tarikh kematian ahli: Kesemua baki simpanan |
Bayaran pertama:
RM2,500 Bayaran kedua selepas tempoh 2 bulan dari tarikh kematian ahli: RM22,500 Baki simpanan akan dibayar berdasarkan Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan/ARB |
Permohonan lebih daripada 2 bulan dari tarikh kematian ahli | Bayaran sekali gus | Bayaran sekali gus |
RM25,000
Baki simpanan akan dibayar berdasarkan Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan/ARB |
*Sekiranya ahli meninggal dunia tanpa membuat penamaan, mana-mana individu yang telah di lantik oleh Mahkamah akan bertindak sewajarnya untuk memohon Pengeluaran Kematian.
*KWSP berhak mempertimbangkan keputusan akhir berkaitan dengan bayaran Bantuan Kematian.
*Amanah Raya Bhd (ARB) akan menerima 100% daripada simpanan KWSP ahli samada sebagai penama (bagi ahli Islam/bukan Islam) atau sebagai Pemegang Amanah
(bagi ahli bukan Islam – tertakluk kepada usia penama dan pembahagian) berdasarkan undang–undang yang terpakai.
*Sekiranya ahli meninggal dunia tanpa membuat penamaan, mana-mana Institusi yang telah dilantik oleh Mahkamah akan bertindak sewajarnya untuk memohon Pengeluaran Kematian.
Bayaran Dalam Negara | Bayaran Luar Negara |
---|---|
Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikredit ke dalam akaun pemohon Jika pemohon ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank |
Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam matawang pilihan pemohon Jika matawang pilihan pemohon terdapat di dalam senarai matawang yang disahkan |
Pemohon akan diberi Cek Jurubank Jika bayaran ke akaun pemohon gagal |
Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam matawang US Dolar Jika matawang pilihan pemohon tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan |
(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)
ORANG YANG DIBERI KUASAKarung Berkunci No. 220
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 69 dan ke atas, Firefox 61 dan ke atas, Safari 11 dan ke atas, Opera 54 dan ke atas, atau Edge 16 dan ke atas.
© KWSP 2019. Hakcipta Terpelihara