Kemaskini terakhir : 23 Ogos 2019    

Leaving the Country

Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.

Permohonan Dalam Malaysia

Siapa Yang Boleh Memohon

Keperluan

Keperluan

Warganegara Malaysia/PR yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan/PR
ATAU
Ekspatriat/pekerja asing yang tidak lagi bekerja/berhasrat meninggalkan Malaysia

Keperluan

Mempunyai simpanan KWSP

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

  • Kesemua simpanan KWSP
 
 

Apa Yang Anda Perlukan

Dokumen

  • Salinan pasport yang masih sah laku
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
  • Buku bank/Penyata akaun simpanan/Penyata akaun semasa/Penyata akaun bersama yang masih aktif dengan panel bank KWSP

Dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan bagi ahli Warganegara dan Bukan Warganegara

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan mungkin berbeza bagi ahli Warganegara dan Bukan Warganegara. Ia amatlah penting untuk memastikan semua dokumen adalah lengkapkan bagi melancarkan proses permohonan.

Bukti Pengenalan diperlukan apabila:

  • Jika nombor pasport terkini berbeza dengan rekod KWSP
    Salinan pasport lama yang digunakan untuk mendaftar
  • Jika pasport asal yang sah tiada dalam simpanan
    Surat Pengesahan Perjalanan Sementara daripada Kedutaan Negara Pemohon di Malaysia
  • Jika maklumat ahli dalam rekod KWSP tidak lengkap atau tidak sepadan
    Surat Pengesahan Pengenalan Diri Pemohon oleh majikan*
    ATAU
    Surat Pengesahan Pengenalan Diri Pemohon oleh kedutaan negara pemohon
    ATAU
    Borang Pengesahan Bayaran Caruman Ahli** oleh majikan
  • Sijil perkahwinan/Sijil kelahiran/dokumen tambahan yang berkaitan – sekiranya maklumat ahli dalam pasport berlainan dengan rekod KWSP
  • Bekas Warganegara
    1. Bukti Pelepasan
      Surat pelepasan kewarganegaraan Malaysia (Borang K / Borang Y)
      ATAU
      Surat Pengesahan Pelepasan Kewarganegaraan Malaysia daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)/Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi/Konsulat Malaysia di luar negara
  • Penduduk Tetap
    1. Surat penyerahan
      Surat Penyerahan Kad Pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Ekspatriat

    Ekspatriat boleh memohon sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tamat tempoh permit kerja atau sebelum penamatan kontrak oleh majikan atau tarikh perletakkan jawatan.

    1. Bukti pekerjaan
      Permit kerja

    1. Bukti penamatan kerja* 
      Surat berhenti kerja/ Penamatan kontrak oleh majikan
      ATAU
      Surat / Penyata Pelepasan Cukai Pendapatan
      ATAU
      Pembatalan permit kerja
      ATAU
      Pembatalan Pas Pemastautin bagi pekerja berstatus 'TALENT'.

      *Kecuali Pelaut Dagang

    1. Bukti caruman
      Borang Pengesahan Bayaran Caruman Ahli oleh Majikan (sekiranya pemohon masih bekerja)
      ATAU
      Surat Pengesahan pengenalan diri pemohon oleh pihak Kedutaan Negara pemohon (sekiranya pemohon tidak lagi bekerja)
  • Pekerja Asing
    1. Bukti pekerjaan
      Permit kerja

    1. Bukti caruman
      Borang Pengesahan Bayaran Caruman Ahli oleh Majikan (sekiranya pemohon masih bekerja)
      ATAU
      Surat Pengesahan pengenalan diri pemohon oleh pihak Kedutaan Negara pemohon (sekiranya pemohon tidak lagi bekerja)

    1. Bukti meninggalkan negara
      Memo Periksa Keluar daripada Jabatan Imigresen Malaysia
 

Siapa Yang Boleh Memohon

Keperluan

Keperluan

Warganegara/PR yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan/PR
ATAU
Ekspatriat/pekerja asing yang tidak lagi bekerja / berhasrat meninggalkan Malaysia

Keperluan

Mempunyai simpanan KWSP

Apa Yang Anda Boleh Keluarkan

  • Kesemua simpanan KWSP
 
 

Apa Yang Anda Perlukan

Dokumen

  • Salinan pasport yang masih sah laku
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
  • Buku bank/Penyata akaun simpanan/Penyata akaun semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Maklumat pemegang akaun

Dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan bagi ahli Warganegara dan Bukan Warganegara

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan mungkin berbeza bagi ahli Warganegara dan Bukan Warganegara. Ia amatlah penting untuk memastikan semua dokumen adalah lengkapkan bagi melancarkan proses permohonan

Bukti identiti diperlukan apabila:

  • Jika nombor pasport terkini berbeza dengan rekod KWSP
    Salinan pasport lama yang digunakan untuk mendaftar
  • Jika pasport asal yang sah tiada dalam simpanan
    Surat Pengesahan Perjalanan Sementara daripada Kedutaan Negara Pemohon di Malaysia
  • Jika maklumat ahli dalam rekod KWSP tidak lengkap atau tidak sepadan
    Surat Pengesahan Pengenalan Diri Pemohon oleh majikan*
    ATAU
    Surat Pengesahan Pengenalan Diri Pemohon oleh kedutaan negara pemohon
    ATAU
    Borang Pengesahan Bayaran Caruman Ahli** oleh majikan
  • Sijil perkahwinan/Sijil kelahiran/dokumen tambahan yang berkaitan – sekiranya maklumat ahli dalam pasport berlainan dengan rekod KWSP
  • Bekas Warganegara
    1. Bukti Pelepasan
      Surat pelepasan Kewarganegaraan Malaysia (Borang K/Borang Y)
      ATAU
      Surat Pengesahan Pelepasan Kewarganegaraan Malaysia daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)/Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi/Konsulat Malaysia di luar negara
  • Penduduk Tetap
    1. Surat penyerahan
      Surat Penyerahan Kad Pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Ekspatriat
    1. Dokumen 
    2. Dokumen Tambahan
  • Pekerja Asing
    1. Dokumen 
    2. Dokumen Tambahan
 
  •   CARA PEMBAYARAN
    Bayaran Dalam Negara Bayaran Luar Negara
    Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda
    Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank
    Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda
    Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan
    Anda akan diberi Cek Jurubank
    Jika bayaran ke akaun anda gagal
    Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar
    Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan
  •   PERINGATAN PENTING

    1. Sahkan dokumen anda

    Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa

    (lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)

    ORANG YANG DIBERI KUASA

    2. Pastikan bank panel anda

    Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli

    BANK PANEL KWSP

    3. Hantar ke KWSP

    Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.

    CARI KWSP TERDEKAT
    MEL KE KWSP

    4. Perlu maklumat lanjut?

    Rujuk kepada risalah produk untuk maklumat tambahan.

    MUAT TURUN RISALAH MENINGGALKAN NEGARA
housing